Selasa, 25 Jun 2013

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Tingkat hasil udang <b>di</b> Sungai <b>Ramuan China</b> - Utusan Online

Posted: 24 Jun 2013 11:43 AM PDT

AMIRUDDIN Yusof (dua dari kanan) dan Mas Ermieyati Samsudin (tiga dari kanan) bergambar beramai-ramai sebelum melepaskan sebahagian daripada 100,000 benih udang galah di Pangkalan Paya Lebar, baru-baru ini.

ALOR GAJAH 24 Jun - Sungai Ramuan China dekat sini akan terus menjadi punca rezeki nelayan sungai melalui hasil tangkapan udang galah.

Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali berkata, bagi menambah dan mengekalkan stok udang galah yang semakin berkurangan, pihaknya telah melepaskan sebanyak 100,000 ekor benih udang galah di sungai tersebut.

Menurutnya, usaha tersebut dilihat mampu meningkatkan hasil tangkapan kepada nelayan sungai selain ia mampu memberi kepuasan kepada pemancing yang kerap menjadikan sungai berkenaan sebagai lokasi memancing udang galah.

''Program pelepasan benih udang ini secara tidak langsung dapat memelihara sumber udang galah daripada pupus selain ia dapat melindungi stok di sepanjang sungai Ramuan China," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan 100,000 ekor benih udang galah di Pengkalan Paya Lebar, Sungai Ramuan China di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Shamsuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Amiruddin Yusof.

Rosmawati berkata, program pelepasan benih udang galah itu dilihat sebagai langkah terbaik untuk melestarikan sumber perikanan di sungai tersebut.

Justeru katanya, selain pelepasan benih udang galah di sepanjang sungai berkenaan, pihaknya turut akan melaksanakan pelepasan itu di beberapa sungai lain di negeri ini.

Beliau berkata, usaha yang dijalankan oleh jabatan itu sepatutnya turut mendapat sokongan padu daripada pihak swasta terutamanya pengeluar-pengeluar benih udang galah dengan memberi sumbangan meneruskan pelaksanaan program tersebut.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 01:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Terbunuh digilis treler - Rileks Community

Posted: 16 Jun 2013 09:05 PM PDT

[Image: xpix_gal0.pagespeed.ic.CSv8rOm5k8.webp]
Anggota polis dan ambulans mengangkat mayat Muhammad Hafiz (gambar kecil) dalam nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban, semalam.Seremban: Seorang penolong pegawai farmasi maut akibat digilis treler di Kilometer 258.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Muhammad Hafiz Abas, 23, yang bertugas di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kampung Lubok China, Melaka.

Terlanggar belakang lori Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terlanggar belakang lori enam tan yang sarat muatan gandum di lorong perlahan, yang dipandu lelaki berusia 48 tahun.

Pada masa sama, sebuah treler dari arah belakang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan, menyebabkan mangsa digilis kenderaan berat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


'Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib, dan Dia tidak menyatakan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya" (Al-Jin: 26-27)

ads