Selasa, 3 April 2012

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


Welcome To My Life: JJCM ~ Ikan Bakar <b>Umbai</b>

Posted: 30 Jan 2012 08:30 PM PST

Assalamualaikum semua..

Masa cuti CNY haritu aku berkesempatan berkunjung ke Melaka..Seumur hidup aku nilah kali pertama aku menjejakkan kaki di Melaka..hehehehe aku tahu jakun kan:P Bukan pe, dulu masa kecik-kecik manalah mak ayah aku mampu nak bawa kami semua jalan-jalan..Jarak Kelantan-Melaka kan jauh..Lepastu pula kalau ada rombongan sekolah, mak ayah aku tak kasi pergi pula so bila dah tua besar dewasa ni..pergi sendiri jelah bawa anak-anak:P

Kami bertolak agak lewat juga so merasalah makan "jem" di PLUS sekejap..Sampai hotel eh silap, aku rasa tak layak pon panggil hotel, rumah tumpangan kot duduk sekejap kami terus ke Umbai..Kalau ke Melaka, tak sah kalau tak ke sini..Tapi ramai kawan-kawan aku bagitahu yang Umbai dah tak sedap, tempat yang baru nama Crystal Bay yang femes sekarang ni..

Memang aku TERjumpa Crystal Bay tapi masa tu gerai-gerai makan masih belum buka so kami ambil keputusan terus ke Umbai saje..Sampai sana terus pilih ikan-ikan & chop meja tepi muara *konon nak makan sambil tengok sunset kan* tapi takde pon..kami balik sebelum matahari tenggelam pon lagi:P


Nasib baik datang awal..bolehlah kami chop duduk tepi muara yang airnya busuk ni
kat depan kedai-kedai ada orang meniaga macam-macam..Seb baik anak-anak aku takde nak merengek untuk beli patung-patung / belon kat sini..hehehe
Aku makan kat sini lah; Ikan Bakar Parameswara since kedai dia je yang sebelah muara..Memang kedai ni pon yang ramai pelanggan jika dibandingkan ngan kedai lain
Ikan-ikan kat sini memang segar-segar..Aku ambil ikan siakap (pilih yang paling kecil) & ikan pari je
bila dah siap pilih ikan & bagitahu cara masakan ikan tu, diorang akan bagi bil & kita pilihlah meja yang kita nak & letaklah bekas bil bernombor tu atas meja..Haziq ingatkan benda alah tu diorang bagi kat kami..hehehe Seb baik Haziq tak bawa balik:P *dia ingat trofi kot*

Husna yang comot..sekali tengok macam boy lah pula T_____T


Haziq yang happy..sambil makan sambil bagi ikan makan *tapi aku tak nampak ikan pon* Habis sotong celup tepung dia nak baling dalam tu..hamboiiiiiii..

Ashraf yang masa ni sakit mata..tapi takderlah teruk mana pon..sebab tu aku ingat dia dah ok..muka belengas je anak ngan pak=P
nilah ikan siakap 3 rasa kami..Aku cukup kecewa sebabnya korang tengoklah..ikan tu digoreng dah bagus cuma kuahnyaaa..Masya Allah..macam dia taburkan timun batang, nenas yang dah dihiris halus & curah sos cili pasar malam aje..Sedap lagi kedai siam kat rumah aku ni masak tau..Definitely not worth it lah makan kat sini;(
Kami ambil kerang rebus..kerangnya segar cuma kecil-kecil..sekejap je makan habissssssssssssssssss
ni katanya kailan ikan masin tapi aku tengok macam sayur sawi goreng je..tapi takperlah..rasanya bolehlah
owh ini butter prawn..herm..aku rasa kalau aku masak lagi sedap kot *eh betullah, en suami yang cakap macam tu* sebabnya dia punya serdak-serdak tu macam biasa je..i mean takdelah macam yang kita makan kat restoran chinese muslim tu..faham tak?? tak faham?? abaikan:P
sotong celup tepung..sotong tu segar sebab takde bau hanyir pon tapi agak liat juga untuk dimakan:P
ikan pari sibakar dengan sambal..pedas giler sambal ni & tak sedap..Ni hidangan paling last sekali & kami masing-masing dah tak larat dah so there you go membazir seekor ikan hasil dari ketamakan seorang manusia yang nak order macam-macam:P
Secara totalnya kami habis dalam RM150+ (lupa berapa sebab bukan aku yang bayar) untuk 3 orang dewasa & 3 kanak-kanak..Air pula kami minum fresh orange, epal, teh O limau & tebu 2 gelas..
Honestly, harga yang dikenakan sangatlah tak sesuai dengan hasil masakan tu..Tapi takperlah..at least aku dah merasa sekali makan ikan bakar di Umbai..Next time nak try makan di Crystal Bay pula;)

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


Rumah Untuk Dijual <b>di Batu Berendam</b>, Melaka - POST-JE

Posted: 03 Apr 2012 04:00 PM PDT

Nama: shahril malik
Email: arielmalik@live.com
Website:
Tajuk: Rumah Untuk Dijual di Batu Berendam, Melaka
Iklan: Rumah untuk dijual di Taman Merdeka, Batu Berendam
-1 storey
-22x70 sqf
-status rumah leasehold

Taman Merdeka berdekatan dengan:

-kawasan maju
-3 BILIK (1 master bed room)
-2 BILIK AIR
-50m Hypermarket Econsave (baru dibuka)
-50m Maksak (Dewan serbaguna dan gym)
-50m Citibank dan kedai komersial
-500m airport bt.berendam & Flying Academy
-1km Pasar Borong
-10 minit ke Hospital Besar Melaka
-1km Giant Hypermarket
-5km Mydin dan MITC Ayer Keroh
-15 minit ke Bandaraya Melaka
-15 minit ke Zoo, Mini Melaka
-15 minit ke Melaka Wonderland
-30 minit ke Pantai Tg Puteri & Klebang
-banyak Bank : Citibank, Maybank dll

Harga: RM95000
Harga boleh dirunding (negotiate) jika berminat.
Hubungi Malik : 019-6975552
@ Shahril : 014-3069193 @ 017-3101751
Ip Pengirim: 118.101.22.194

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Tanah Untuk Dijual <b>Di Masjid Tanah</b> | Tanah Malaysia

Posted: 10 Mar 2012 06:53 AM PST

'; function load() { geocoder = new google.maps.Geocoder(); //directionsDisplay = new google.maps.DirectionsRenderer(); var newyork = new google.maps.LatLng(40.69847032728747, -73.9514422416687); var myOptions = { zoom: 14, center: newyork, mapTypeId: google.maps.MapTypeId.ROADMAP, mapTypeControlOptions: { style: google.maps.MapTypeControlStyle.DROPDOWN_MENU } } map = new google.maps.Map(document.getElementById('map'), myOptions); //directionsDisplay.setMap(map); } function codeAddress() { geocoder.geocode( { 'address': address }, function(results, status) { if (status == google.maps.GeocoderStatus.OK) { map.setCenter(); var marker = new google.maps.Marker({ map: map, icon: redFlag, shadow: shadow, //title: title, animation: google.maps.Animation.DROP, position: results[0].geometry.location }); var infowindow = new google.maps.InfoWindow({ maxWidth: 270, content: contentString, disableAutoPan: false }); infowindow.open(map, marker); google.maps.event.addListener(marker, 'click', function() { infowindow.open(map,marker); }); } else { (function($) { $('#map').append('

Sorry, the address could not be found.

'); return false; })(jQuery); } }); } function showAddress(fromAddress, toAddress) { calcRoute(); calcRoute1(); } function calcRoute() { var start = document.getElementById("fromAdd").value; var end = document.getElementById("toAdd").value; var request = { origin: start, destination: end, travelMode: google.maps.DirectionsTravelMode.DRIVING }; directionsService.route(request, function(response, status) { if (status == google.maps.DirectionsStatus.OK) { directionsDisplay.setDirections(response); } }); } //]]>

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Keadaan Parit yang Kotor dan Berbau Busuk <b>di Merlimau</b> | Penyelia <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2012 11:09 AM PDT


Beginilah keadaan parit dan berhampiran pekan Merlimau yang kotor dan berbau busuk sejak sekian lama tidak diselenggara. Keadaan ini lebih lagi meloyakan sekiranya keadaan kemarau pasti baunya sangat meloyakan.

Kedudukan parit ini berada dibelakang pekan Merlimau behampiran balai bomba Merlimau dan sebuah sekolah.

Parit ini melalui beberapa buah rumah disekitarnya. Airnya sangat hitam dan berbau busuk, selain mengalir perlahan seolah2 bertakung disitu.

Selain itu sampah sarap juga kelihatan tersangkut sana sini.

Kawasan ini termasuk dalam kawasan pilihanraya kecil Merlimau pada bulan Mac tahun lepas.

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


BAYI BERUSIA SEBULAN TERSEDAK SUSU <b>DI ALOR GAJAH</b> <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2012 06:30 PM PDT

BAYI BERUSIA SEBULAN TERSEDAK SUSU DI ALOR GAJAH

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

No of View :134
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

PILU...Norman sambil diperhatikan isterinya, Noradila mendakap jenazah anak sulungnya, Siti Zulaikha, semalam.

ALOR GAJAH: "Sejak semalam (kelmarin) Zulaikha asyik menangis seolah-olah tidak mahu berpisah dengan saya. Puas saya memujuknya kerana menyangka dia menangis kerana disuntik, rupanya dia hendak meninggalkan kami," kata Noradila Mohd Nor, 20, ibu bayi malang, Siti Zulaikha, yang mati dipercayai tersedak susu badan di rumahnya di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Difahamkan Noradila yang masih dalam pantang, terlelap ketika menyusukan bayinya yang baru berusia sebulan.

Apabila terjaga kira-kira jam 6 pagi, dia mendapati mulut Zulaikha berbuih manakala mukanya kebiruan.

Noradila kemudian menyentuh badan anak sulungnya itu yang disangka tidur tetapi tiada tindak balas sebelum memeriksa nadi.

Dia turut mengejutkan suaminya, Norman Bahran, 25.

CARA MENGELAK BAYI DARI TERSEDAK SUSU BOLEH DI BACA DI SINI

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Mati <b>Di</b> Bahu Ibu Beberapa Minit Selepas Terima Rawatan

Posted: 26 Mar 2012 09:37 PM PDT

Seorang penyelia kilang yang mengalami demam panas dan sesak nafas, mati terlentok di bahu ibunya beberapa minit selepas menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Hasrul Md Yasin, 32, ke klinik berkenaan bersama ibunya.

Gambar hiasan. Keadaaan dalam klinik

Gambar hiasan. Keadaaan dalam klinik

Hasrul yang tinggal di Kampung Berembang Jaya, Lubok China, berbual dengan ibunya di sofa klinik berkenaan selepas menerima rawatan sebelum mati beberapa minit kemudian.

Ibunya, Aminah Kecut, 63, berkata anaknya demam sehari sebelum kejadian dan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pagi semalam.

"Ketika tiba di klinik, anak saya yang mesra dipanggil 'Adik' semakin lemah dan menunggu di sofa beberapa minit sebelum menemui doktor dan dipapah kerana pandangannya kabur. Malah, ketika dirawat dia hanya menundukkan kepala," katanya.

No related posts.

PAS Kawasan Jasin: Ada Buaya Tembaga <b>Di</b> Sungai <b>Lubok China</b>

Posted: 05 Nov 2011 01:52 AM PDT

Kewujudan seekor buaya ­tembaga dewasa yang bersidai di tebing Sungai Lubok China, dekat sini, menimbulkan rasa teruja penduduk dan sesiapa sahaja yang melalui jambatan Lubok China, pagi semalam.

Buaya tembaga yang panjangnya hampir tiga meter dan sebesar perahu kecil itu pada mulanya muncul dan menyusur dari Sungai Y melalui Sungai Timun sebelum mendarat dan bersidai di tebing Sungai Lubok China, di sini.

Penduduk, Norazli Ahmad, 40, berkata, reptilia itu kelihatan apabila air sungai surut berikutan ­terdapat banyak jenis buaya tembaga di sepanjang sungai berkenaan, namun belum pernah ­mengancam nyawa manusia.

Menurutnya, kebiasaannya buaya tembaga dewasa dilihat muncul di permukaan air sungai yang surut atau di tebing dengan jumlah banyak antara tiga hingga empat ekor tetapi semalam, hanya seekor sahaja kelihatan.

"Terdapat dua jenis buaya dalam sungai ini iaitu tembaga dan katak. Lazimnya pada musim panas, buaya ini akan naik ke tebing sungai untuk berjemur.

"Bukan sahaja orang ramai, saya sendiri turut teruja melihat kelibat buaya di sini," katanya.

Norazli berkata, sepanjang dia membesar di sini, belum pernah dia terdengar buaya mengganggu dan mengancam keselamatan penduduk ataupun orang ramai yang terserempak kelibat buaya di sungai.

"Walau bagaimanapun, penduduk di sini sentiasa berhati-hati.

"Buaya yang muncul ini saiznya agak kecil berbanding sebelum ini saiznya sebesar bot pancung dan panjangnya kira-kira 13 meter," katanya.

ads