Isnin, 4 Mac 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


DAHSYAT! - Kemalangan dahsyat <b>di Ayer Keroh</b> 3 Lori, 2 Kereta <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 07:23 AM PDT

TAOTAUAJER - Satu kemalangan dahsyat telah berlaku di hadapan Mydin Ayer Keroh petang tadi. Melibatkan 2 buah kereta, 3 lori serta 4 motosikal. Setakat ini meragut 5 nyawa.






 TAOTAUAJER - Dahsyat sungguh lori tersebut lanyak 4 biji moto berapa kereta dan juga beberap lori. Agaknya lori tersebut terlalu laju dan hilang kawalan sehingga terbabas dan melanggar pemandu yang menunggu di traffik light tersebut. Takziah di ucapkan~

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: Tragedi Hitam <b>Di Jasin</b> <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 06:36 PM PST


Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar.
"Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya".

"Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar.

Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat.

Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar.

"Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain".

"Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat. ~mutaligat

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Proton Exora Turbo Ditemui <b>Di Machap</b> | sembang-auto.com

Posted: 15 May 2011 01:05 AM PDT

May 15th, 2011 by admin

Proton Exora turbo dijumpai di RnR Machap oleh Bro Amir. Menurut beliau, pemandunya berbangsa India tidak mahu melayan pertanyaan beliau mengenai Exora turbo ini. Sungguh professional staff Proton bekerja. Beberapa bahagian yang digelapkan atau dilindungi tape adalah bahagian yang berubah dari segi luaran namun apa yang ditunggu-tunggu ialah enjinnya iaitu enjin Campro CFE 1.6liter turbocharged dan juga kotak gear CVT. Enjin turbocharged Proton menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork amat sesuai digunakan untuk Exora. Pelancarannya dijadualkan sebelum Hari Raya Puasa namun beberapa khabar angin menyatakan pelancarannya ditunda hingga bulan November depan.

Related Posts with Thumbnails

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


DMPKBKATIL Dengan Menyebut Nama ALLAH Yang Maha <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 11:21 AM PST

Apakah akan masih ada lagi warga emas yang akan mengais barang-barang terbuang di tong sampah sekiranya Pakatan Rakyat di beri  mandat untuk  memerintah Malaysia.?
Kelihatan seorang warga emas yang berusia 82 tahun sedang menyelongkar barang-barang buangan untuk di kumpulkan lalu di jual.
"Nek , Asalamua'laikum....tak ada anak-anak ke"? penulis cuba mendekati nenek tua yang sedang asyik mnyelongkar barang buangan di salah satu pasaraya di Duyong semalam. Ini kali kedua penulis terserempak dengan warga emas itu di tempat yang sama'
" Ala..jangan sebutlah pasal anak-anak. Buat sakit hati aja" jawab nenek yang terkejut dengan sapaan penulis. Kelihatan nenek itu , agak terkejut dengan sapaan penulis yang tidak di sangka-sangka itu.
"Nek nak buat apa ini. Nek tak da anak-anak ke? selagi lagi penulis bertanya menyebabkan nenek itu memandang tepat  ke wajah penulis sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
" Sudahlah..macam-macam ..anak baik. menantu pulak jahat..tak guna" nada marahnya semakin tinggi. Penulis hanya terkedu kerana penulis   tahu bahawa dia seorang nenek yang masih waras.
"Umur nenek berapa?? penulis cuba bertanya lagi. Kelihatan  seorang pekerja pasaraya tersebut, terus menimbunkan sampah-sampah yang sudah tidak di perlukan lagi sambil tersenyum kearah penulis. Mungkin itu sudah menjadi satu  pandangan biasa baginya .
"Nek , umur 82" jawabnya tanpa menunjukkan sedikit penyesalan pun terhadap kerja yang sedang di lakukan itu. Mungkin dia berasa puas dengan apa yang dia lakukan berbanding orang-orang yang mencuri atau orang-orang yang malas bekerja.
"Tapi nenek masih kuat dan sihat" penulis cuba bandingkan dengan ibunnya sendiri, yang berusia 80 tahun , tapi telah  menggunakan kerusi roda untuk berjalan.
"Alhamdulillah. ALLAH beri". Jawabnya tersenyum dengan satu kepuasan.
"Nek tinggal di mana" penulis bertanya lagi sebelum meninggalkan nenek tua memandangkan ada beberapa urusan lagi yang perlu di selesaikan.
"Nek tinggal kat semabok, belakang ESSO" jawabnya rengkas
Penulis menghulurkan sedikit sumbangan sebelum meinggalkan nenek tersebut dengan harapan bila keluar dari pasaraya nanti. boleh menghantar nenek itu balik kerumahnya tapi malang sekali sebaik keluar dari pasaraya nenek itu sudah pergi dari situ.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Buah langka <b>di</b> indonesia : Perbedaan Buah <b>Rambai</b> <b>...</b> - catatan kecil

Posted: 02 Mar 2013 08:42 AM PST





ads