Rabu, 20 Mac 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Misteri! Lembaga Putih Berambut Panjang <b>Di Jasin</b>

Posted: 07 Mar 2013 04:13 PM PST

Misteri! Lembaga Putih Berambut Panjang Di Jasin | Memang tidak dinafikan, kadangkala anak-anak kecil ini diberi keistimewaan untuk melihat makhluk halus yang orang dewasa sendiri tidak nampak. Bahkan pengamal perubatan Islam pun tidak diberi keistimewaan seperti ini. Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kelebihan seperti ini. Di Jasin, seorang kanak-kanak mendakwa terakam satu makhluk yang berupa lembaga putih berambut panjang dalam telefon milik ibu nya. Sejak daripada peristiwa tersebut, kanak-kanak tersebut dipercayai telah diserang demam panas.

JASIN – Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan jatuh sakit selepas tidak sengaja merakamkan imej lembaga putihberambut panjang menggunakan telefon pintar milik ibunya di rumah mereka di Ayer Merbau, dekat sini, baru-baru ini.

Ibu kanak-kanak itu, Puteri Mas Ayu Abdullah, 36, berkata, anaknya mengalami demam panas, mengamuk dan sering berkelakuan pelik dengan membaling botol ke bawah rumah seolah-olah memarahi seseorang sedangkan sebelum ini dia tidak pernah bertindak sedemikian.

Menurutnya, anaknya, Dewi Narisha Qastury Marion memang suka mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya dan dalam kejadian kira-kira 1.10 petang Khamis lalu, anaknya masuk seorang diri ke dalam bilik dan terakam imej lembaga putih berambut panjang.

"Saya hanya menyedari imej itu dirakamkan setelah melihat semula telefon milik pada keesokan harinya.

"Selepas kejadian itu, bukan anak saya saja yang merasai sesuatu tetapi saya juga pernah terjatuh di hadapan rumah seolah-olah ditolak selain suami juga berasa tidak sedap hati," katanya.

Puteri berkata, melihat keadaan anaknya yang hampir seminggu masih tidak berubah, dia bersama suami kemudiannya membawa Dewi berubat dengan Perubatan Tradisional Islam di Muar dan Nyalas sebelum anaknya itu bertambah pulih.

"Ustaz di situ menyatakan anak saya berkemungkinan diganggu makhluk halus.

"Alhamdulillah dengan izin ALLAH, selepas berubat keadaan Dewi kembali pulih seperti sedia kala," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • gambar lembaga putih berambut panjang di jasin
  • bayi nampak makhluk halus
  • budak terakam hantu di jasin
  • cerita korean lelaki berambut putih yang
  • imej lembaga putih di jasin
  • kerat kepala
  • misteri-lembaga-putih-berambut-panjang-di-jasin/
  • rumah hantu di jasin

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: BAHAYA !!!! Sungai <b>di Klebang</b> Besar, Melaka <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 08:38 PM PST


Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar, Melaka Tengah berwaspada berikutan paras air di sungai itu kini melebihi paras bahaya iaitu 2.14 meter.
Menurut portal JPS, di Selangor setakat 9 pagi ini, paras air di Sungai Langat di JPS Sungai Manggis; Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor telah melebihi paras amaran iaitu masing-masing 6.02 meter, 4.08 meter dan 3.97 meter.
Keadaan yang sama juga dicatatkan di Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan (6.22 meter) dan Empangan Labong, Mersing, Johor (7.60 meter).
Begitu juga di Sabah dengan paras air di Sungai Padas di Tenom (175.85 meter), Sungai Padas Beaufort (7.51 meter) manakala di Sarawak, bacaan paras air di Sarawak Maritime, Sibu ialah 2.56 meter.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Johor tidak berubah iaitu 143 orang manakala di Perak seramai 45.
Selangor pula mencatat 1,309 orang manakala Melaka menurun daripada 27 orang kepada 16 orang, dan Sarawak lima mangsa banjir.

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


pesawat ringan terhempas <b>di batu berendam</b> | Merdeka Online

Posted: 06 Feb 2013 09:41 PM PST

578239_10151272918861762_968865945_n

Mo, Melaka, 7/2/2013- Sebuah pesawat ringan milik akademi penerbangan di Batu Berendam, dekat sini, terhempas berdekatan perumahan Cheng Height, jam 11.15 pagi. Mangsa berumur 2o tahun mengalami kcederaan patah kaki dan luka2 dan kini sdg dirawat di Hospital Besar Melaka.

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Mrs. Simplicity: wedding <b>di masjid tanah</b>

Posted: 12 Feb 2013 08:22 AM PST

di sebabkan esok ai masih cuti. ai settlekan update apa yang patut yeh. lepas pusing2 kat bandar hilir tu, kitorang terus ke masjid tanah. tu lah reason kenapa family mertua aku turun. jiran rumah lama, anak diorang kahwin. masa kecik2 dulu family wan dok kat masjid tanah. merata2 family diorg duduk sebab apak mertua den askar. sampai dalam pukul 12.30 gitu.
sampai je terus makan. lauk pauk nya masyaAllah, marvelous! apa makan?
masak lemak daging salai. mantap!
ulam- ulam dengan sambal belacan
ada pulak ikan masin. ini mmg lauk pauk aku lah. mmg kena dengan tekak aku. makan tak pandang kiri kanan.
adel makan siap tambah 2 kali sebab lauk masak lemak ni. mujur tak pedas. nenek duduk depan kitorg seronok je tgk adel makan selera sangat.
ni lah rumah sewa dimana family wan menetap masa kecik2. they grew up here. kalau pi melaka mmg kena singgah area ni. mula lah dia bukak memory lane dia. longkang mana dia jatuh. longkang mana dia tangkap ikan. kat mana suka main. layankan... wan, no 2 tu mas, no 3 ali.
kerusi ni pun sama usia dgn papa kot. goyang2 sudah. lama gak kitorang lepak kat sini. ayah jumpa kawan2 lama. tiba2.. terpandang seseorang..
irma hasmie uols!! aku mmg dah aim nak amik gambar dgn dia. berani dgn tak je. kebetulan kitorg dah nak balik, dia pun nak keluar dari rumah pengantin, ajak amik gambar. senyum je dia angguk. 
lagi sekali. hai manis sangat. sempat tanaya bila dia due. dia due next month. semoga semua selamat.
husband dia........ sangat lah.............. (habiskan sendiri ayat aku ni) hehehe..
lepas tu kitorg pun mintak diri. what a great weekend we had. 
bila aku belek2 gambar balik, nan ado gambar dgn pengantin ye! dgn irma hasmie tergedik- gedik nak begambo. dengan pengantin sekeping pun aram ade. hahahahahahaaampeh!
isnin selasa apa bikin? tido sampai tak larat nak tido dah.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Projek Amal Tandas Surau <b>di Lubok China</b>, Rembau - yayasan amal <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 01:45 AM PST


Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengadakan Program Khidmat Kesihatan Percuma untuk penduduk di Kg Baru Semin, Lubok China, Rembau pada Ahad 24 Februari 2013.
Dalam pada masa yang sama juga Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan sedang mengumpul dana untuk membina tandas 4 pintu untuk Surau Kg Baru Semin. Bangunan surau telah pun digunakan namun tandas masih belum dibina.
Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan untuk pembinaan tandas Surau Kg Baru Semin ini bolehlah disalurkan melalui akaun berikut :
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
No Akaun : 05012010047905
atau boleh hubungi Sdr Rozmal bin Malakan, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akauan Maybank , No Akaun 155126945930

ads