Sabtu, 16 November 2013

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Salam Borneo: <b>TANJUNG BIDARA</b> INDAHNYA!

Posted: 11 Nov 2013 07:48 PM PST

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Ummiross ni kalau Teluk Bidara atau Tanjung Jara, memang dah biasa sangat. Pagi minggu kami suka berjogging sepanjang pantai, menghirup udara segar dan nyaman  sambil melihat matahari terbit. Itu cerita dulu-dulu, semasa kami di Dungun, Terengganu.

Baru-baru ni bila Mrhubby ajak ke Tanjung Bidara, ummiross memang excited sebab memang tak pernah lagi ke sana. Boleh tanya pula kat mana tu, bunyinya macam Teluk Bidara je.

Kami menginap dua malam di Tanjung Bidara Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka. Haa..kat Melaka rupanya ye, taklah jauh dari KL kan. Memang sesuai untuk percutian hujung minggu. Terdapat banyak chalet sepanjang pantai  Tanjung Bidara ni, pilihlah yang mana suka.

IMG_8984

Waa..seronoknya berdiri mengadap Selat Melaka, selat terpanjang dan tersibuk di dunia. Tumpang bangga walaupun ummiross bukan orang Melaka. Teringat si cantik Anies, orang Melaka, bilalah dapat lepak sama-sama ye.

 DSC_0347

Dari kejauhan, nampak berbalam berpuluh-puluh kapal, amazing, baru first time tengok selat yang sibuk macam ni kan, selama ni asyik baca dari buku je.

DSC_0352

Ombak tak besar, insyaAllah sesuai untuk bermandi-manda.

DSC_0026

Subhanallah, memang cantik pantai Tanjung Bidara ni. Kalau macam ni, bolehlah datang lagi jika nak bersantai dihujung minggu, kalau tak nak tidur, boleh pergi berkelah je, bawa makanan siap-siap.

DSC_0164

DSC_0078  

DSC_0067  

DSC_0098 

DSC_0092

DSC_0214

DSC_0209

 DSC_0093

DSC_0117  

DSC_0152  

Hari ke-2, kami keluar jalan-jalan cari makan. Cantik pula view bot-bot nelayan di terusan ni.

IMG_8989

Apalagi yang dicari, kalau bukan seafood. Check kat foursquare, kami end up kat sini, Restoran Terapung, Kuala Sungai Baru.

IMG_9017IMG_9021 

Pilih-pilih..semuanya fresh dari lautan, cakap je nak masak apa. Ketam tu yang paling best, Ketam Masak Tiga Rasa, yang sedap..ketam tu sendiri, manis dan sangat fresh!, jadi masak apa pun tak kisah.

IMG_9027-tile

Hari menjelang petang, jom beredar pulang. Diperjalanan, sempat juga merakam gambar matahari terbenam, sayang gambar tak berapa cantik, guna kamera telefon je, tertinggal pula kamera di chalet masa nak keluar tadi.

Jalan-jalan bukan sebarang jalan-jalan, jalan melihat bukti kebesaran  dan indahnya bumi ciptaan Allah SWT. Subhanallah..walhamdulillah.

"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud)

IMG_9009  

IMG_9008

IMG_9045 

Wassalam…

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


Talk at SMK <b>Durian Tunggal</b> | KOLEJ SINAR / SINAR COLLEGE

Posted: 18 Oct 2013 10:32 PM PDT

Students of SMK Durian Tunggal

Students of SMK Durian Tunggal

On 17 October 2013, Kolej Sinar visited Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal as we were invited to talk on Association of  Chartered Certified Accountant (ACCA) qualification. We were welcomed and entertained by the teachers of Prinsip Akaun subject. The talk, held in the computer room, started at 02.40PM and ended at 3.30PM. It was attended by more than 60 students.

Talk at SMK Durian Tunggal

Talk at SMK Durian Tunggal

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


photo Homestay <b>di Merlimau</b> Melaka - Homestay Merlimau Melaka

Posted: 29 Oct 2013 08:18 AM PDT

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.










04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Simpan dadah dalam bantal | 1 Malaysia News - Berita Harian <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2013 07:09 AM PST

Views: 125 views

Rating:

ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri yang baru mahu merasa hidup mewah dengan berniaga dadah akhirnya berputih mata apabila kedua-duanya dicekup polis di rumah mereka di Lubok China,  di sini.

Umar Ali (tengah) menunjukkan 101 plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat kira- kira 173 gram bernilai RM10,100 yang ditemui di dalam bantal dekat sebuah rumah di Lubok China, Isnin lalu.

Umar Ali (tengah) menunjukkan 101 plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat kira- kira 173 gram bernilai RM10,100 yang ditemui di dalam bantal dekat sebuah rumah di Lubok China, Isnin lalu.

Pasangan berusia 31 tahun itu dicekup bersama 101 paket dadah disyaki heroin yang disimpan dalam bantal dan sebuah bekas kecil dalam serbuan kira-kira 12.15 tengah hari, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, dadah dipercayai bernilai RM10,100 itu ditemui dalam bilik utama kediaman suspek di Taman Wira Indah, dekat sini, ketika serbuan dilakukan sepasukan polis narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Ketika serbuan, isterinya yang membuka pintu dan suaminya berada di dalam bilik utama dan hasil pemeriksaan polis menjumpai 10 ikatan yang setiap satu ikatan mengandungi 10 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin.

"Selain 100 paket dadah yang dijumpai di dalam bantal berzip di atas meja solek, polis turut menemui satu plastik lutsinar dan empat tiub straw di dalam satu bekas di atas lantai," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang mempunyai anak berusia enam hingga 13 tahun itu ditahan di dalam rumah teres milik adik kepada lelaki berkenaan.

"Ketika serbuan yang dilakukan hasil maklumat orang awam, hanya pasangan terbabit sahaja berada di dalam rumah, sementara tiga anaknya difahamkan berada di rumah ibu bapa mereka.

"Aktiviti ini dipercayai dilakukan pasangan ini sejak Jun lalu bagi jualan pasaran sekitar Lubok China dan Rembau, Negeri Sembilan termasuk kawasan Kota dan memperoleh bekalan dadah seberat kira-kira 173 gram dari Seremban, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Inspektor Mansor Md Dom dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fazrul Izham Asli.

Umar Ali Saifuddin berkata, hasil ujian saringan urin mendapati hanya lelaki berkenaan positif dadah jenis opiat,  selain mempunyai rekod lampau berkaitan penagihan dadah.

"Lelaki yang bekerja sendiri dan isterinya suri rumah itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan mereka disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, " katanya.

Incoming search terms:

Berita berkaitan:

ads