Jumaat, 9 September 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Melaka Bandaraya Warisan Dunia: Senarai Hotel <b>Di Tanjung Bidara</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2011 03:28 AM PDT

Senarai Hotel Di Tanjung Bidara:-







Samudera Bidara Resort 
Lorong Hj. Abdullah, Kg. Balik Batu
78300 Tanjung Bidara, Melaka

Tanjung Bidara Beach Resort
Tanjung Bidara, Mesjid Tanah,

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Berhari raya guna bas Panorama <b>di Jasin</b> - Utusan Malaysia Online <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2011 09:24 AM PDT

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

JASIN 1 Sept. - Dalam memberi kemudahan kepada penduduk di tujuh kawasan di daerah ini menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebuah bas Panorama berhawa dingin dan cukup selesa.

Bas yang disumbangkan oleh Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka berharga RM260,000 itu akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, penduduk di tujuh kawasan terbabit boleh menggunakan perkhidmatan bas khususnya sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, dengan adanya perkhidmatan bas itu yang pertama kali diperluaskan di luar bandar raya Melaka, ia akan memberi kemudahan khusus buat penduduk yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk pergi ke pekan Jasin.

''Ini pasti khabar gembira buat penduduk yang sebelum ini merungut kerana tidak ada perkhidmatan bas awam yang beroperasi di tujuh kawasan tersebut.

''Laluan itu sebenarnya tidak memberi keuntungan tetapi demi untuk memberi keselesaan kepada penduduk, MPJ sanggup membiayai operasi perkhidmatan bas ini," katanya selepas merasmikan perkhidmatan bas itu di Terminal Bas dan Teksi Jasin di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka, Hashim Isa dan Pengarah Syarikat PMCT Sdn. Bhd., Wahid Abdul Majid.

Perkhidmatan bas tersebut akan melalui Kesang Tua, Kesang Pajak, Selandar, Kampung Bukit Senggeh, Kampung Ju dan Kolej Komuniti.

Menurut Ghazale, sebagai permulaan hanya sebuah bas akan digunakan dan jika ia mendapat sambutan baik, MPJ dijangka menambah beberapa buah bas untuk menampung keperluan penduduk di situ.

Beliau berkata, bas itu akan mula beroperasi kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang dengan perjalanan sejam sekali.

Ujarnya, bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah beruniform dan warga emas dikenakan tiket RM1 manakala dewasa dikenakan bayaran RM2.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Dua lelaki ditahan selepas 4 jam curi kereta

Posted: 08 Sep 2011 04:03 PM PDT

MELAKA 8 Sept. – Kurang empat jam selepas melarikan dua buah kereta, dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an diberkas polis di Batang Tiga, Tanjung Kling, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kejayaan itu adalah hasil tindakan pantas sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri ketika membuat rondaan.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, polis telah menahan dua buah kereta jenis Honda Accord dan Honda Civic dalam keadaan mencurigakan di Tanjung Kling.

"Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek itu, polis mendapati kereta Honda Accord terbabit adalah milik seorang doktor yang dilaporkan hilang di kawasan Flat Seri Siantan, Bukit Baru, pukul 8.55 pagi hari yang sama.

"Sebuah lagi kereta Honda Civic yang ditahan juga didapati dicuri di kawasan Hotel Farmosa Garden, Limbongan tidak jauh dari Tanjung Kling pukul 3.34 petang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ghee Lye menambah, kedua-dua suspek yang ditahan dipercayai merupakan anggota sindiket curi kereta dan sedang merancang membawa kedua-dua kenderaan itu ke Johor Bahru.

Ujarnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis turut menemui kunci yang diubah suai dengan bahagian hulunya ditajamkan dan percaya peralatan itu digunakan untuk menghidupkan enjin kenderaan yang dicuri.

Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata, polis sedang memburu dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, kedua-dua suspek itu dipercayai menipu orang ramai kononnya menjual barangan lelongan Kastam membabitkan kerugian RM28,600.

Ujarnya, sebanyak sembilan laporan mengenai kes tersebut diterima.

Beliau berkata, suspek akan memperkenalkan diri sebagai pegawai atau mempunyai kenalan di Kastam sebelum menawarkan barangan lelong seperti komputer riba, telefon bimbit, televisyen dan kenderaan dijual pada harga yang murah.

"Setelah mendapat wang dalam jumlah ditetapkan, suspek akan menghilangkan diri dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


BANTAHAN DI TERUSKAN <b>DI BUKIT KATIL</b> 24 Jun/22 Rejab

Posted: 24 Jun 2011 07:41 AM PDT

UTUSAN SUDAH MELAMPAU...

UMNO /BN JANGAN CUBA PERBODOHKAN KAMI...
KAMI SAYANG ISLAM...

Satu perhimpunan bantahan secara aman terhadap akhbar utusan yang semakin lama semakin hanyut lagi larut dalam fitnah serta mempersendakan agama.

"Utusan dengan sengaja mempermainkan hukum Islam ." kata Ustaz Kamaruddin yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar mengingatkan betapa besarnya kemurkaan ALLAH pada yang pembawa fitnah serta mempersendakan agama,
"Muslimat juga tidak ketinggalan dalam demo yang membantah tentang sikap biadap Akhbar  Utusan .
Turut berucap pada demonstrasi tersebut ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Musa Mohammad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Jauhar Md Dawi.

Perhimpunan ini berjalan secara aman tanpa halangan dari pehak polis .Walaubagaimana polis sampai beberapa minit setelah perhimpuanna bersurai..

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


MEDAN INFODESA <b>SUNGAI RAMBAI</b> BARAT: <b>Di</b> mana <b>Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2011 10:15 PM PDT

Sekirannya ada yang bertanyakan apakah itu MID???..maka dengan mudah kamu boleh menerangkannya setelah membacanya di sini....
Medan Infodesa (MID) merupakan salah satu perlaksanaan kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-Lapan (RMK8) yang bertujuan untuk melaksanakan latihan dan kursus kepada masyarakat desa (Luar Bandar).
MID merupakan entiti fizikal yang dilengkapi dengan prasarana ICT yang terletak dalam kawasan desa. Selain menjadi fokus pertemuan fizikal setempat menerusi penggunaan ICT, MID juga akan menjadi pemangkin bagi merapatkan jurang digital masyarakat desa. Di samping itu, MID berfungsi sebagai pusat latihan dan pusat pertemuan interaksi maya dikalangan masyarakat desa. MID juga turut menjadi pemangkin kepada keusahawanan masyarakat luar Bandar.

Sekarang bagaimana???dah tahu tak MID itu apa???

14 Kampung <b>Di</b> Jasin Kutip Sumbangan

Posted: 05 Sep 2011 04:46 AM PDT

JASIN – Penduduk di Sungai Rambai di sini mengutip RM1,400 untuk keluarga jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh di Somalia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hassan Abdul Rahman, berkata sumbangan itu adalah sebagai tanda sokongan moral terhadap pengamal media khususnya BernamaTV.

"Sumbangan ikhlas ini adalah hasil kutipan daripada penduduk 14 kampung yang terdapat di dalam kawasan Sungai Rambai sebaik sahaja berita kematian Allahyarham disebarkan oleh media," katanya selepas satu majlis tahlil kepada Noramfaizul bersama penduduk kampung dan wartawan di sini, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan kepada Ketua Biro BERNAMA Melaka, Mohamad Bakri Darus, untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham.

Hassan berkata, beliau masih ingat pertemuan pertamanya bersama allahyarham ialah apabila beliau dijemput oleh BernamaTV untuk ditemu ramah dalam satu siaran lansung sempena Sukan Malaysia ke-13 pada tahun lalu. – BERNAMA

Related posts:

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Katak gergasi seberat 20kg <b>di Negeri</b> Sembilan - Unikversiti

Posted: 27 Aug 2011 07:59 AM PDT

Kategori: ,

Gambar makhluk gergasi ini diambil dengan kamera telefon bimbit. Seorang lelaki Cina dari Gemencheh, Negeri Sembilan mendakwa bahawa gambar itu diambil dua minggu lalu di kawasan pergunungan di Gemencheh.

Katak yang amat besar itu mempunyai berat kira-kira 20kg, iaitu berat badan normal kanak-kanak tujuh atau lapan tahun.

Menurut beliau, haiwan yang sangat besar itu telah ditangkap oleh masyarakat Orang Asli di tepi sungai.

Kawannya terkejut apabila melihat makhluk aneh itu kerana sebelum ini, beliau tidak pernah melihat katak dengan saiz begitu dalam hidupnya.

Lelaki itu menambah, kawannya menawarkan untuk membeli katak itu RM500 tetapi Orang Asli menuntut RM1,000.

Kawannya itu tidak mempunyai wang yang cukup dengan dia pada masa itu, beliau pulang ke rumah untuk mendapatkan lebih banyak wang.

"Apabila kawan saya kembali ke rumah Orang Asli itu dengan wang, dia mendapati bahawa katak gergasi itu telah disembelih dan dimakan.  Orang Asli itu jatuh sakit selepas makan katak dan sehingga hari ini, beliau  masih terbaring di katil dan tidak dapat bergerak," katanya.

Beliau menambah, masyarakat Orang Asli tidak membenarkan mana-mana orang mengambil gambar tetapi kawannya mengambil gambar katak itu secara rahsia.

[Sin Chew Daily , AsiaOne]

ads