Rabu, 14 Mei 2014

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


(2 Gambar) Lelaki Singapura Mati Gantung Diri <b>Di Jasin</b> <b>...</b>

Posted: 11 May 2014 07:48 PM PDT

Seorang lelaki warga Singapura ditemui mati tergantung di atas sebatang pokok sukon di belakang rumah kediamannya di Kampung Pulai Tengah, Jasin kira-kira jam 10.00 pagi tadi.Mangsa bernama Talib Jumaat, 52 tahun itu dikatakan berasal dari Singapura dan balik ke rumah ibunya untuk melihat isterinya yang menetap di kampung tersebut.

Ketika kejadian ibunya ingin pergi belakang rumah lalu mendapati anaknya tergantung atas pokok tidak jauh dari belakang rumahnya kira-kira 20 meter.

Mangsa yang lengkap berpakaian berbaju T dan berseluar pendek ditemui tergantung dengan lehernya diikat dengan seutas tali.

Di fahamkan punca kejadian mangsa bertindak demikian kerana gagal mendapatkan wang dari ibunya sebelum membunuh diri.

Polis mendapati mangsa telah meninggal di tempat kejadian dengan kesan jerutan tali yang digantung.

Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Jasin bagi tujuan bedah siasat.

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Ice Princess: Aktiviti <b>di</b> Tasik <b>Ayer Keroh</b>

Posted: 02 Mar 2014 05:33 AM PST

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

"okay, kiri.. kiri.."
"kanan pulak.."
"eh, u kiri la, i kanan.."
"eh, u nak ke mana pulak ni? i nak ke sana.."
"apesal u kayuh sana? kan i dah cakap i nak pergi belah sana.."



aktiviti di petang hari pada hari ini ialah berkayak..
huish, dah lama tau zizie tak berkayak.. last time, 2007. masa form 3.
cik abam kita ni la sibuk nak berkayak.

lokasi terbaik berdekatan dengan rumah kitorang ialah di Tasik Ayer Keroh.
kat Tasik Ayer Keroh ni, macam-macam aktiviti air yang ditawarkan.
paddle boat, kayak, wall climbing, water ball, berbasikal dan macam-macam lagi.
untuk kayak, bayarannya hanya rm 3 seorang dan masanya unlimited.
berkayak la kau sepuas hati noq..



seronok ke tak?
seronok ler.. dah lama tak main air tau. hehe.

masa zizie berkayak tu, nampak satu pasangan ni, bukan main seronok berdating..
seronok betul dorang bercintan cintun. kalah zizie tau.


dua ekor burung undan yang sibuk bercinta. muehehe.
tasik ayer keroh ni bersebelahan sahaja dengan zoo melaka.
kawasan si burung undan sejoli ni, ialah kawasan zoo.
sebenarnya, ada jaring yang memisahkan antara kami berdua.

berbalik kepada dialog di atas, nampak tak macam mana zizie dengan cik abam bertekak?
tak adalah gaduh teruk pun, bertikam lidah aje siapa cara dayung dia tak hebat.. kehkehkeh.

sukan berkayak ni, mengajar kita untuk bekerjasama mengharungi cabaran.
kalau zizie kayuh sebelah kanan, cik abam sebelah kiri, memang tak bergerak la kayak kitorang.
so, kita perlu berbincang step yang perlu dilakukan supaya kayak tu bergerak seperti yang kitorang nak..
dan ketika inilah, lagu wonderpet berkumandang.. hehehe.

nota zizie : lenguh tangan sebab dah lama tak mendayung.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2014 09:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Berubat Batu Karang Dalam Hempedu <b>di Durian Tunggal</b> Melaka

Posted: 10 Nov 2013 05:41 PM PST

    Pagi ni Insyaallah kami akan pergi ke Rumah Haji Jamil di Kampung Gangsa , Durian Tunggal Melaka untuk berubat Mak Su yang di suspect ada Batu Karang di hempedu  nyer... Daripada research yang dah dibuat oleh Papa, Alhamdulilah akhirnyer kami sampai jugak disini. 
     Pada mula nyer confuse jugak laa nak cari rumah Pakcik Jamil nie... Kami ikut info dari blogger2 internet nyerr.... Mujurlah kami sampai hari Jumaat lagi, so petang tu pusing2 lah cari rumah Haji Jamil nie. Alhamdulillah akhirnyer dapat jumpa dan dapat booking nombor siap2.  Kepada sesiapa yang mencari Rumah Haji Jamil nie,boleh refer Coordinate GPS kat Bawah nie..ni coordinate SYGIC yer. Korang boleh parking kereta kat depan Homestay colour purple tu pastu kena jalan skit celah2 rumah orang untuk sampai ke rumah Haji Jamil nie.
BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel: 013 9990935, 013 6426663, 012 2658199
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)

Kami sampai di Rumah Haji Jamil ni jam 6.15am dan terkejut sangat tengok ramai dah orang kat sana. Semua bangsa ada, melayu, cina, india  bangla pun ada. Sampai jer kat sana, terus pergi amik nombor di kaunter yang dah booking semalam. Nombor kami nombor 14. Sementara menanti giliran tu, jumpa sorang pakcik ni dari Jengka. Dia ni dah 16 kali datang berubat kat sini dan alhamdulillah katanyer. Dia ni ada batu karang dalam buah pinggang dan kalau ikutkan doktor, dah kena pergi buat dialisis,tapi pas berubat dengan Haji Jamil nie, tak payah buat dialisis tu.Alhamdulilah. 

Setibanya giliran kami, kami pun masuk jumpa Haji Jamil nie...Orangnyer simple jer. Menurutnyer dia asal orang perlis. So syok lah cakap utara dengan MakSu...Lepas borak2 and tanya serba sedikit, dia amik macam gel dan sapu perut Maksu. Nampak dia cam garu-garu kat perut tu pastu cakap yang ader batu kat Pankreas.Sambil dia garu-garu pastu TUUUPPPP keluar batu kat jari dia, Dia boh dalam plastik kecik . Amazing tui..Walau cam tak cayer tapi itulah yang berlaku depan kami. 6 mata memerhati . Haji Jamil tu pun cakap, dah siap dah. Adalah dalam 15 minit kami duk dalam bilik dia tu. 
Lepas jer berubat kat rumah Haji Jamil nie, kami singgah sebentar di Warung Sri Tualang. Recommended sangat2 Warung nie. Murah giler makan pagi kat sini. So sesaper yang datang berubat dengan Haji Jamil, kena singgah warung nie....

BLOG MELAKA: 04 <b>di durian tunggal</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2014 09:44 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kejohanan Bola Baling Peringkat Alor Gajah - smk <b>durian tunggal</b>

Posted: 27 Apr 2014 03:30 AM PDT

.:: Kejohanan Bola Baling Peringkat Alor Gajah ::.

Tarikh: 
19, 20 & 21 Mac 2014 (Rabu, Khamis & Jumaat)

Masa: 
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: 
Padang SMKDT

HARI 1
HARI 2
HARI 3

KEPUTUSAN PERLAWANAN

LELAKI BAWAH 18

JOHAN              : SMK Datuk Haji Talib Karim

NAIB JOHAN  : SMK Durian Tunggal

PEREMPUAN BAWAH 18

JOHAN              : SMK Seri Pengkalan
NAIB JOHAN  : SMK Durian Tunggal

Para pemain telah menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Namun, SMK Durian Tunggal selaku tuan rumah hanya mampu berpuas hati dengan mendapat Naib Johan bagi kedua- dua ketegori. v(^___^)v

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 09:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Lama <b>Machap</b>, Melaka - Perjalanan Percaturan Pengisian

Posted: 01 Jan 2014 12:13 PM PST

Masjid Lama Machap, Melaka

Tapaknya mula didirikan Masjid pada tahun 1511 setelah serangan kedua Portugis menjajah Melaka. Tok Machap telah terlepas daripada serangan menyusuri Sungai Anak Air Pasir ketika ribut banjir berlaku. Perahunya telah tersadai di atas sebuah bukit lalu Tok Machap telah mendirikan Solat dan merasakan tapak di atas bukit sesuai dijadikan Mercu tanda pembukaan Kg Machap.

Pada Tahun 1865 pembinaan semula telah dijalankan hasil daripada kutipan masyarakat cina untuk  mendirikan Masjid daripada binaan Batu. Terdapat mural lukisan di dinding masjid dan bumbung daripada terracota daripada negeri China.

Dimaklumkan oleh Mi Majeed AL Fatani : Semua makam yang ada di kawasan masjid adalah daripada  kerabat  Dato Machap dan pengikutnya.termasuk yang di bahagian belakang masjid. 
Laksamana Cheng Ho dan pengikut puteri Hang Li Po pernah  berkampong di situ ketika Portugis menyerang melaka pada ketika itu.

 Suasana di dalam Masjid,

Tapi kini masjid ini tidak berfungsi terbuka tempat bersembahyang kepada penduduk. Ianya telah menjadi WARISAN - Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada tahun 2005.
Lukisan Mural di tepi dinding masjid

Makam Datuk Machap @ Jalini Mendik Masap.
Anak Raja Bugis dan Ulama daripada Makassar Indonesia datang ke Melaka pada tahun 1500-an

Anak tangga daripada tepi masjid ke dasar Empangan tasik Durian Tungal,..
Difahamkan di tasik ini adalah perkampungan asal yang telah musnah akibat daripada pembinaan Tadahan Air empangan. Ketika Musm Kemarau melanda negeri Melaka kelihatan tiang2 rumah timbul daripada dasar empangan,


Dihadapan Makam Tok Machap dan Masjid Lama Machap.

Disekeliling kawasan ini telah dijaga rapi untuk para pengunjung. Terdapat bilik air dibahagian belakang masjid
----------------------------------------------------------------------
Catatan Penulis: Lawatan sehari sebelum Tahun baru 2014.
Perjalanan bermula daripada Highway KL-JB jam 10am. Susur keluar di Alor Gajah.  Selepas Tol (RM16.50) belok ke kanan menuju ke Durian Tunggal. Jalan menuju ke arah Tasik Empangan Durian Tunggal di sebelah kiri.  Selepas melepasi Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam Machap, ada simpang belok ke kiri, Ada Signboard arah ke Masjid Lama Machap. Jalan selorong dalam 85 meter sampai ke masjid ini. 

Percaturan: (Dimaklumkan kelak)

Pengisian:  (Dimaklumkan kelak)

Ceramah Kempen PRU13 <b>Di Machap</b> Melaka 23/04/2013

Posted: 24 Apr 2013 06:15 PM PDT

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2014 09:52 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MBFM FELDA Tun Ghafar <b>Machap</b> Dicalonkan Anugerah Perdana <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2014 03:42 AM PDT

MBFM FELDA Tun Ghafar Machap Dicalonkan Anugerah Perdana Belia Negara

IMG-20140413-WA0016

PADA 9 April 2014 jam 9 pagi, Persatuan Belia (MBFM) Kampung Bukit Bulat Felda Tun Ghafar Machap telah menerima kunjungan daripada Panel Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Balairaya Kampung Bukit Bulat, Machap Melaka.

Lawatan Panel yang diketuai oleh Prof Turiman Suandi, Pensyarah di Fakulti Pendidikan Jabatan kemajuan Profesional & Pendidikan Lanjutan Universiti Pertanian Malaysia dan Khairul Annuar Mansor, Penolong Bendahari Kehormat Majlis Belia Malaysia (MBM), telah disambut meriah dengan paluan kompang oleh persatuan kebudayaan dan kugiran oleh belia Kampung Bukit Bulat, Machap.

Para penilai dibawa melihat ternakan madu lebah kelulut, kawasan burung pelepah, sekitar kawasan kampung dan tapak pameran serta produk-produk hasil kreativiti seni tangan yang diusahakan sendiri oleh belia-belia tempatan.

Turut hadir sama YB. Datuk Hajah Norpipah Abdol, Timbalan EXCO Pembangunan Belia dan Warisan; Tuan Haji Nordin Ali, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM); Asmori Hj Sa'ahari, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSN Melaka); Zailani Siran, Penolong Pengarah JBSN Melaka dan Tuan Haji Osman Ismail, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSN Melaka.

FeldaVoice mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya.

IMG-20140413-WA0009

IMG-20140413-WA0010

IMG-20140413-WA0011

IMG-20140413-WA0012

IMG-20140413-WA0013

IMG-20140413-WA0014

IMG-20140413-WA0015

IMG-20140413-WA0016

IMG-20140413-WA0017

IMG-20140413-WA0018

IMG-20140413-WA0019

Wartawan: Hairilidzwan Idris

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada April 14, 2014 - 6:42 pm oleh Shazuein Azmaini

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Dec 2013 09:01 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 09:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2013 09:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Sep 2013 09:01 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jun 2013 09:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 09:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 09:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Feb 2013 09:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

343 ekar tanah <b>di machap</b> – Land for sale Johore : Spesel.com

Posted: 04 Nov 2012 07:40 AM PST

Area:Simpang Rengam Property Type:Agricultural Price:RM20 580 000 Size:343Acres Title type:Leasehold Other info:Non Bumi Lot
343 EKAR TANAH DI MACHAP UNTUK DI JUAL

~TANAH PERTANIAN
~INTERNATIONAL LOT
~TANAH PAJAKAN 60 TAHUN
~BERDEKATAN EMPANGAN MACHAP DAN 4KM DARI
PLUS HIGHWAY
~BERADA DI TEPI JALAN BESAR
~70 EKAR TANAH ADA POKOK KELAPA SAWIT YANG ADA
HASIL DAN SELEBIHNYA ADA POKOK
KELAPA SAWIT TANAM SEMULA USIA 2 TAHUN LEBIH
~HARGA JUAL RM60k/ekar @ RM20,580,000

BERMINAT,SILA HUBUNGI/SMS;

EN.FAIZAL BIN MUSTAFFA
012-669484

admin

Malam Ini!!-Ceramah Umum PR <b>di Machap</b> Baru & Ayer Keroh

Posted: 11 Apr 2013 10:24 PM PDT


1)Jentera Ubah Melaka Tour
Ceramah Umum Pakatan Rakyat Parlimen ALOR GAJAH

UBAH战车马六甲站-民联政治讲座

Tarikh : 12.04.2013 Jumaat 星期五
Masa : 7.30PM
Tempat : Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam (Machap Baru

Penceramah :
Sdr. Goh leong san 吴良山
Sdr. Adly Zahari 阿德里
Sdr. Shamsul Iskandar 三苏伊斯干达
Sdr. Baba Yeo 杨胜利
Sdr. Ginie Lim 林秀凌


2)CERAMAH PAKATAN RAKYAT DUN AYER KEROH
爱极乐选区民联讲座会
 
TARIKH : 12-04-2013 JUMAAT 星期五
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : TAMAN MERDEKA JAYA, TMN MERDEKA.
(Kedai Makan Enam Enam Lapan,
668茶餐室,大班海鲜酒家对面)
 

Semua Dijemput Hadir!!!!
请大家踊跃出席,谢谢!!!

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Feb 2013 09:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aliran Trafik <b>Di</b> Beberapa Lebuh Raya Bergerak Perlahan Petang Ini <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2013 04:39 AM PST

- Feb 9, 2013 20:39:05.

Aliran trafik lebuhraya Plus di Sungkai arah utara

Aliran trafik lebuhraya Plus di Sungkai arah utara

KUALA LUMPUR  — Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai petang ini apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik sesak sebelum plaza tol Gombak ke Terowong Genting Sempah.

"Trafik juga perlahan dari Putra Mahkota ke R&R Seremban, Simpang Renggam ke Machap & Skudai ke Senai Utara," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Katanya laluan kontra dibuka di km 66-66.1 (Simpang Renggam-Machap) untuk mengurangkan kesesakan ekoran kemalangan kereta terbabas di km67.6 pada 1.50 tengah hari tadi.

Menurut laman Twitter PLUS pula, trafik lancar dari Tanjung Malim menuju ke Behrang, namun masih lagi perlahan dari Behrang menuju ke Hentian Ladang Bikam.

Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan PLUS iaitu bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan kenderaan keluar lebih awal.

Waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang menuju ke Tapah, Bidor, Slim River & Tanjung Malim adalah selepas 6 petang.

Manakala waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang ke Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng & Simpang Ampat antara 3 petang hingga 6 petang.

PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka.

Tentang Aku: Ngeteh <b>Di</b> Hentian Rehat & Rawat <b>Machap</b>

Posted: 23 Jun 2012 09:24 PM PDT

Ini cerita hari Khamis lepas ... perjalanan balik dari KL ke JB sungguh memenatkan ... terasa jauh sangat ... badan dah lenguh-lenguh duduk lama sangat ... padahal dah berhenti makan kat Hentian Rehat & Rawat Ayer Keroh (Jejantas) ... en.suami kata berhenti jap ler kat R&R Machap ... anak-anak pun nak mandi .. badan dah berlengas dengan peluh ... bagi segar sikit badan ... jadi kami pun berhenti rehat sebentar di R&R Machap tu ...
Selesai mandi-manda dan bersalin baju dan bersolat Isyak ... kami gi tengok-tengok kedai yang menjual barangan cenderahati ... wah .. banyak barangan yang menarik hati kami .. aku borong kerongsang panjang berjurai  atau dipanggil janggut oleh en.suami .. haha .. 3 bijik keronsang rm 10.00 ... cantik-cantik kerongsangnya ... rambang bijik mata aku .. haha .. beli 3 bijik jek la ... nanti kalau singgah lagi beli lagi .. haha ... en.suami beli sandal refleksi yang diperbuat daripada kayu ... aisy beli mainan pancing ikan .. aisy memang kalau pergi memana mesti nak beli mainan ... padahal kat kedai amoi tu berlambak mainan ... tak cukup-cukup ... hmmm ... belikan jek la ... kalau tak keluarlah muncung dan air mata ...
Sandal refleksi yang en.suami beli ... diperbuat daripada kayu ... memang selesa kaki lepas memakainya walaupun masa memakainya amatlah terseksa menanggung kesakitan .. haha ... sakit tapi bestttt ... try sendiri baru setuju dengan aku kannnn ... hehe 
Selesai membeli belah barangan cenderahati .. kami duduk lepak sambil menikmati roti bakar dan telur setengah masa di kedai makan yang disediakan di situ ... order air milo tarik dan neslo panas ... anak-anak tak nak makan .. dah kenyang makan ayam goreng KFC kat Ayer Keroh tadi ... ok lah .. mama dan abah jek yang makan ... anak-anak tengok tv ... cite Ameera kat tv3 ... khusyuk betul nengok .. cam best jek .. kalau kat rumah tak dipandang langsung cite ni .. haha ... 
Air milo tarik ni aku punya ... en.suami punya air neslo panas ... sengaja minta air panas-panas .. untuk memanaskan badan ... bagi segar sikit .. maklum la .. lepas ni nak drive lagi ...  ayen ngan aisy minum air coca-cola ... memang tu la air yang diaorang suka sangat ... sabo jek la 
Roti bakar 2 set ... aku order 2 set .. ingatkan en.suami nak makan roti bakar sekali rupanya dia nak makan telur setengah masak .. alamak .. makan sorang mana nak habis ni .. perut dah kenyang sebenarnya .. hehe .. nasib baik en.suami tolong habiskan .. hehe ...
Telur setengah masak yang dah diletak kicap dan lada sulah ... en.suami memang suka sangat makan telur setengah masak ni .. aku tak gemar sangat yang setengah-setengah masak ni .. kalau telur rebus masak buleh la telan .. hehe 
Aisy asyik tengok telur setengah masak abah dia jek .. nak ker???? abah dia suapkan dia sesuap .. lepas tu tak nak lagi dahhh ... hahaha ... tak sedap kata dia ... aku tampal koyok kat dada dia sebab dia batuk ... takut batuk-batuk pastu muntah pulak dalam kereta .. kalau tampal koyok kurang sikit dia batuk ... risiko muntah pun kurang lah jugak ... pandai tak aku .. hahaha
Kami menikmati hidangan yang ringkas ni dengan tenang .. tak yah tergopoh-gapah sangat ... bukan nak kejar apa pun ... pelan-pelan kata en.suami ... bukan jauh sangat lagi perjalanan kami ... dah masuk Johor dah lega la sikit ... hehe ... lepas ni bulan 12 pulak ke KL ... lama lagi .. leh kumpul tenaga banyak-banyak ... hehe ...

ads