Jumaat, 9 Mac 2012

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


Homastay Warisan Melaka <b>Di Bukit Katil</b> : Semua Homestay

Posted: 07 Feb 2012 05:40 PM PST

Selamat datang ke Homestay Warisan Melaka yangterletak di Taman Saujana, Bukit Katil, Melaka.

Homestay ini berada di tempat yang sangatstrategik bagi pelancong dari luar negeri Melakadi mana ianya berhampiran dengan :

1. Tol Ayer Keroh – 7KM
2. Taman Buaya Melaka – 5KM
3. Zoo Melaka – 5KM
4. Taman Rekriasi Ayer Keroh – 5KM
5. Melaka Wonderland – 5KM
6. Taman Mini Asean – 5KM
7. Taman rama-rama dan Repitilia – 7KM
8. Melaka International Circut – 7KM
9. SBM Melaka – 3KM
10. Jusco Ayer Keroh – 4KM
11. Melaka Mall – 4KM
12. Perigi Hang Tuah – 5KM
13. Medan Ikan Bakar Umbai – 15KM
14. Mahkota prade – 15KM
15. Bandar Hilir – 15KM
16. Pahlawan Mall – 15KM
17. Bangunan stadhuys – 13KM
18. A'Famosa – 15KM
19. Melaka River Cruise – 10KM
20. Menara Tamin Sari – 14KM

Kemudahan yang ada :
1. Sebuah Bilik Penghawa Dingin
2. Telivisyen
3. Peti Sejuk
4. 3 Bilik mempunyai katil queen Saiz
5. Rumah yang sangat selesa dan bersih adalahkeutamaan kami.
5. Sesuai di huni oleh 3 Keluarga serentak

* Semua itu akan anda perolehi dengan hanyaRM130/sehari

* Check-in Pada jam 1.00p.m dan Check-out pada jam12.00p.m

* sila hubungi Haji Mahadi : 017-6808103 untuktempahan.

* Pelanggan beragama Islam sahaja dibenarkan.

* Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kecuaianpenyewa adalah tanggungjawab penyewa.

* Melawat Melaka bererti melawat Malaysia!!

* Melaka – Di sinilah segalanya bermula!!

Alamat Homestay : No.24A, Jalan SI20, TamanSaujana Indah, 75450 Bukit Katl, Melaka.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


Kos Rawatan Mangsa Letupan Bom Ditanggung

Posted: 04 Mar 2012 12:12 AM PST

MELAKA — Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas.

Ketua Puteri UMNO Melaka Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.

"Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.

Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.— BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


Jengka 19: Utusan Online - Selatan

Posted: 08 Mar 2012 03:29 AM PST


Serkam syurga makanan halal

Posted:

Serkam syurga makanan halal

Serkam syurga makanan halal

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Gerai ikan di Sempang menyediakan pelbagai jenis ikan segar untuk pelanggan yang datang dari kawasan sekitar dan luar dengan harga yang berpatutan.


JASIN 7 Mac - Kampung Serkam adalah sebuah kampung antara yang tertua di negeri ini dan selalu mendapat kunjungan pedagang Islam dari Arab dan India.

Mereka datang berdagang dan mengembangkan ajaran Islam dan kawasan ini juga menjadi tempat persembunyian pahlawan-pahlawan dari Palembang yang kalah berperang.

Ini menjadikan Kampung Serkam mempunyai banyak rahsia. Asal usul kampung ini berasal dari perkataan Arab 'Sir' bermaksud rahsia dan 'Kam' bermaksud banyak.

Sirkam bermaksud 'kampung banyak rahsia dan ia diubah menjadi Serkam.

Dulu, Kampung Serkam terkenal dengan gelaran 'Serambi Mekah' kerana ramai anak muda pergi mempelajari bidang agama Islam di Mekah dan pulang menjadi guru agama dan mendirikan pondok-pondok agama.

Kampung Serkam mempunyai kawasan yang luas merangkumi Kampung Umbai, Pulai, Tedong dan Sempang tetapi setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ia telah dipecah-pecahkan bagi memudahkan ia diurus dan ditadbir.

Kini kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam meliputi Kampung Bukit Tembakau, Umbai Pantai, Berangan Enam, Tanjung, Seri Minyak, Pulai, Serkam Darat, Tedong, Sempang dan kampung Serkam.

Masa sudah berlalu dari sebuah perkampungan terpencil, Serkam kini membangun di mana penduduknya menikmati pelbagai infrastruktur kemudahan awam di setiap kampung di DUN tersebut.

Komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dapat dilihat dengan terbinanya kemudahan asas untuk masyarakat di Serkam seperti kemudahan balai raya, dewan serba guna, surau, masjid, sekolah menengah dan rendah, gerai-gerai perniagaan, tandas awam dan sebagainya.

Terdapat dua buah sekolah menengah, tujuh sekolah rendah serta sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di samping mempunyai sepuluh buah masjid serta 53 surau di seluruh DUN Serkam.

Di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Serkam membangun dengan mempunyai tarikan tersendiri berbanding beberapa daerah yang lain di negeri ini.

Tidak hairanlah Serkam boleh dilabelkan sebagai syurga makanan halal di negeri ini.

Mercu tanda utama di kawasan ini ialah Serkam Halal Hub yang menjadi kawasan hab industri terbesar di negeri ini selain berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Dibangunkan di kawasan seluas 53. 4 hektar di Kawasan Perindustrian Serkam, kini menjadi hab pengedaran produk halal bagi mempelbagaikan ekonomi di DUN tersebut selain membuka peluang perniagaan dan pekerjaan baru kepada penduduk setempat.

Serkam Halal Hub mempunyai 58 usahawan Bumiputra terlibat dalam industri seperti pembuatan sarung tangan getah, kotak telor, mayonis, makanan ternakan, roti putar, jus, minuman dan makanan ringan, acar, koko minda serta herba.


Ghazale Mohamad (kanan) melayan sebahagian pelancong yang menjamu selera makanan laut di Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai, Jasin, baru-baru ini. - utusan/azli ahad


Pembinaan Serkam Halal Hub dengan pengeluaran produk halal tertumpu bagi pasaran eksport luar negara dan tempatan.

Selain itu, Serkam cukup sinonim sebagai destinasi medan ikan bakar yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

Antara yang paling popular ialah Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai, Medan Ikan Bakar Jeti Anjung Batu, Medan Ikan Bakar Serkam dan Medan Ikan Bakar Sempang Pantai.

Menariknya daripada restoran-restoran makanan laut biasa, medan ikan bakar di sini menawarkan makanan laut bakar seperti ikan, udang, kerang, sotong, lala dan kupang.

Kewujudan medan ikan bakar tersebut secara tidak langsung menambah produk pelancongan sedia ada di DUN tersebut.

Bagi golongan nelayan di empat kawasan utama iaitu Sempang, Pantai Siring, Serkam Pantai dan Umbai, nasib mereka terbela apabila kesemua jeti dinaiktaraf menerusi peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Sempang mendapat peruntukan sebanyak RM6.2 juta, Pantai Siring (RM10.4 juta), Serkam Pantai (RM5.2 juta) dan Umbai (RM5.6 juta).

Kerja-kerja menaik taraf semula jeti yang mengandungi pelbagai kemudahan seperti gerai menjual ikan segar, tandas, surau, stor, bengkel membaiki bot, gerai makanan, gerai ikan bakar dan sebagainya.

Apabila siap sepenuhnya hujung tahun ini, nelayan tidak lagi menghadapi masalah untuk meletakkan bot-bot yang mempunyai jeti konkrit selain mudah bagi mereka untuk mendaratkan tangkapan ikan masing-masing.

Selain itu kemudahan pelantar memancing juga turut menjadi tarikan kepada kaki pancing untuk menjinakkan pelbagai spesies ikan seperti jenahak, kurau, senangin, pari dan mayong.

Pelantar memancing terdapat di Sempang, Pantai Siring dan Umbai.

Seramai 1,150 calon STPM lulus penuh

Posted:

Seramai 1,150 calon STPM lulus penuh

Seramai 1,150 calon STPM lulus penuh

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


CALON STPM yang memperolehi PNGK 4.0, dari kiri: Justina Ee, Yip Zi Xin, Alvin Poh, Teo Xin Lei dan Gan Nan Sie menunjukkan slip masing-masing selepas menerima keputusan STPM di SMK Tinggi Melaka, Melaka, semalam. - UTUSAN/AZLI AHAD


MELAKA 7 Mac - Seramai 1,150 atau 95.51 peratus daripada 1,204 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 di negeri ini berjaya lulus penuh dalam peperiksaan itu tahun lalu.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mohamad Yusoff Osman berkata, jumlah tersebut menurun 1.44 peratus berbanding tahun sebelumnya yang menyaksikan 1,239 pelajar mendapat lulus penuh.

Menurutnya, seramai 595 calon atau 49.42 peratus pula berjaya memperoleh empat prinsipal dan peratusan itu mengatasi peratusan nasional sebanyak 6.83 peratus.

ads