Khamis, 28 November 2013

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


myaini.blogspot: Makan <b>di Umbai</b>, Subang…

Posted: 17 Sep 2013 08:14 PM PDT

Ni kira Birthday Treat untuk my husband last week…memandangkan Mr May's Birthday jatuh hari khamis,  terpaksa la postponed ke Jumaat…
Pilih Umbai untuk Birthday Treat kali ni….Katanya UMbai ni kira adik-beradik Restoren Umbai yang Melaka tu….katanya la…
Menu kami : Jenahak Bakar, Tom Yam Ayam, Kailan Ikan Masin, Sotong Goreng Tepung, Nasi Lemak, Air Tembikai dan Air Asam Boi….

Kami sampai pun petang dan masih cerah lagi…tak ramai pun orang….sementara tunggu lauk-pauk sampai, layan nasi lemak dulu….nasi lemak ni simple je tapi boleh tahan sedap….tengok la azuin….bukan main suka makan nasi lemak….
Mr may pun layan jugak makan nasi lemak…takleh makan banyak, sebungkus cukup sebab nanti nak makan nasi lagi....
Mama dengan anak kesayangan!!


Dah nak habis baru la azuin ada selera nak makan nasi..kalau tak dok nak main je…..

Hmmm…makanan nak kata sedap sangat….tak la kot..ikan pun macam tak fresh…lebih berbaloi makan kat Jeram Ikan Bakar…..

Iftar Hujung Minggu <b>di Umbai</b> | Zarul Umbrella

Posted: 22 Jul 2013 07:48 PM PDT

20130723-104646.jpg

Hujung minggu lepas aku bawa famili pergi iftar jauh dari Lembah Klang, rancangan utk beriftar di Umbai ni sudah lama dirancang malah sebelum puasa lagi sebenarnya, kebetulan kami anak beranak dapat together2 maka aku ON sajer

Medan Ikan Bakar Terapung Umbai menjadi destinasi aku dan famili, salah satu kedai yg kami tuju adalah Gerai No 5 seperti gambar dibawah ini

20130723-095948.jpg

Gerai ni adalah kepunyaan keluarga rakan isteri aku,menyajikan pelbagai jenis hidangan yg terdiri dari ikan bakar dan pelbagai hidangan seafood yg lain

Dari segi rasa aku tabik sebab memang sedap dan menyelerakan dengan harga yang amat berpatutan

Hidangan yg kami jamah pada iftar ketika itu adalah kerapu bakar, udang butter, kepah masam manis, dan sotong butter

Ikan ikan kat sini fresh dan dibakar tanpa sedikit minyak dan dicicah dengan kicap cili pasti terangkat

Lokasi tempat ni lebih kurang 22km dari Tol Ayer Keroh, pakai GPS pasti sampai

20130723-100930.jpg

20130723-104443.jpg

20130723-104546.jpg

20130723-104621.jpg

Kalau teringin datanglah kesini di Gerai No 5 pasti berbaloi

Share

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di merlimau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2013 01:09 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di merlimau</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2013 01:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di merlimau</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Aug 2013 01:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di merlimau</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Aug 2013 01:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Industri <b>di Merlimau</b> rancak - Utusan Online

Posted: 27 Mar 2013 12:51 PM PDT

Oleh Nursuraya Zulkifli
utusanmelaka@utusan.com.my

YANG Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob diberikan taklimat oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Murad Husin terperinci projek pembangunan kemudahan Pelancongan Tasik Chinchin yang melibatkan kos RM24.9 juta dalam DUN Merlimau, baru-baru ini.

JASIN 27 Mac - Pembangunan sosioekonomi yang rancak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan kawasan ini kian pesat membangun dengan kewujudan perindustrian baharu, infrastruktur, pendidikan serta kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) yang memenuhi keperluan penduduknya.

Perubahan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) menyaksikan Merlimau dahulunya sebuah pekan kecil kini telah berubah wajah menjadi sebuah bandar baharu yang berkembang pesat dengan dilengkapi segala kemudahan asas dan prasarana.

DUN Merlimau yang terletak dalam Parlimen Jasin mempunyai penduduk sebanyak 20,214 orang meliputi 15,690 orang Melayu, Cina (2,331), India (1,702) dan bukan warganegara (419).

Merlimau meliputi lapan kawasan iaitu Merlimau Utara, Merlimau Bandar, Merlimau Timur dan Merlimau Barat yang terletak di sekitar kawasan pesisir pantai manakala Lipat Kajang, Ayer Merbau, Chenderah dan Chincin di kawasan darat.

Kemajuan Merlimau yang dibangunkan secara terancang oleh kerajaan negeri ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk, merangkumi kepelbagaian sektor berbanding dahulunya yang lebih tertumpu kepada pertanian, penternakan, nelayan, perniagaan dan sektor awam.

Kepesatan aktiviti di Merlimau ini turut memberikan impak kepada kerancakan kegiatan perniagaan dan peruncitan lain, sekali gus menyokong kepada keperluan harian penduduk dengan kewujudan klinik, restoran, perbankan, bengkel, perkhidmatan telekomunikasi dan sebagainya untuk menampung keperluan masyarakat.

Keperluan asas seperti bekalan air dan elektrik turut dinikmati seluruh penduduk, selain sistem perhubungan jalan raya yang dilengkapi dengan kemudahan lampu jalan dan jalan berturap yang menghubungkan kampung-kampung, selain sistem perparitan terancang.

Bakal merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan DUN ini ialah di Lipat Kajang yang dicadangkan oleh kerajaan negeri untuk menjadi kawasan industri baharu bagi menarik pelaburan di kawasan yang berkeluasan 202 hektar.

Antara industri yang kini telah dikenal pasti bakal dibangunkan di kawasan perindustrian itu ialah pelaburan syarikat pembuatan produk kaca berteknologi tinggi dari Amerika Syarikat (AS) yang akan membuka kilang di kawasan terbabit.

Selain itu, penjara industri pertama di Malaysia juga telah dibina di Lipat Kajang yang mana akan menjadi pusat latihan industri bagi penghuni penjara prabebas memperoleh kemahiran untuk berdikari selepas dibebaskan.

Komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dalam bidang pendidikan di kawasan ini dapat dilihat menerusi kewujudan dua buah institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu politeknik dan kolej komuniti serta 13 buah sekolah termasuk menengah dan rendah.

Untuk memudahkan proses pembelajaran anak-anak di kawasan itu, kerajaan turut membina enam buah perpustakaan, selain empat buah pusat komputer komuniti bagi kemudahan penduduk Merlimau.

Selain bidang pendidikan, hal berkaitan kesihatan turut menjadi agenda penting dan dititikberatkan oleh kerajaan negeri, ini terbukti apabila wujudnya lima buah pusat kesihatan di DUN terbabit.

Antaranya, Klinik Kesihatan Merlimau, tiga buah klinik desa dan yang terbaharu Klinik 1Malaysia (K1M) di Chenderah bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

Di DUN Merlimau ketika ini, terdapat dua balai polis dan sebuah balai bomba bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan kawasan terbabit.

Pembangunan yang seimbang di kawasan ini turut menyediakan kemudahan beribadat untuk kegunaan masyarakat beragama Islam dengan pembinaan sembilan buah masjid serta 25 surau, selain tiga tokong Cina dan empat kuil Hindu serta empat gereja bagi tujuan keagamaan.

Dalam sektor pelancongan pula, tertumpu di kawasan bersejarah seperti Makam Tun Teja, Perigi Portugis dan rumah Penghulu Natar yang mempunyai keunikan senibina Melayu tersendiri dan berusia hampir dua abad.

Projek Pembangunan Kemudahan Pelancongan Tasik Chinchin yang melibatkan kos sebanyak RM24.9 juta dalam DUN Merlimau yang kini sedang dalam pembinaan dilihat memberikan satu dimensi baharu dalam sektor tersebut kepada masyarakat tempatan.

Pusat pelancongan yang dikenali Pusat Rekreasi Cincin atau 'Chincin Extreme Park' itu memfokuskan kepada sukan lasak iaitu berkayak, kenu dan 'flying fox' serta trek bmx bagi aktiviti riadah serta menempatkan pelbagai kemudahan lain.

Kawasan yang baharu dua tahun diterajui Roslan Ahmad selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau pada Mac 2011 berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Datuk Mohammad Hidir Abu Hasan pada 20 Januari 2011.

Mandat yang diterima kerajaan BN terus merencanakan pembangunan di kawasan Merlimau, di samping menitikberatkan hal kebajikan rakyat dan melaksanakan program turun padang bagi memantau permasalahan yang dihadapi rakyat.

Dalam tempoh tersebut, hampir keseluruhan janji-janji PRK lalu telah ditunaikan dan berjaya menyelesaikan hampir 90 peratus masalah-masalah rakyat dalam tempoh lebih setahun.

Lebih bermakna kepada masyarakat DUN itu apabila tiga buah sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Merbau, Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) Merlimau dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Merlimau Utara berjaya dibangunkan dan telah beroperasi sepenuhnya.

"Dari segi kebajikan pula, sebanyak 1,641 penerima terdiri daripada penduduk miskin, ibu tunggal dan warga emas serta orang kurang upaya (OKU) yang mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Kita komited dalam membela nasib mereka yang memerlukan dan akan meneruskan usaha ini demi kesejahteraan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana golongan," kata Roslan ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau menambah, pembangunan serancak ini bakal memberikan keyakinan untuk meraih undi lebih kepada BN, di samping mengerakkan semua jentera untuk terus menawan hati pengundi bagi menyokong kerajaan sedia ada.

Roslan turut menyatakan hasratnya untuk mewujudkan sebuah pusat pentadbiran yang kedua dalam DUN Merlimau yang lebih tersusun dan strategik berdekatan Lebuh Raya Lebuhraya Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin (AMJ), sekiranya masih kekal di kerusi N.27.

"Saya mahu melihat Merlimau terus membangun dan saya berharap dapat mewujudkan pusat pentadbiran Merlimau yang kedua, sekali gus mengumpulkan agensi-agensi kerajaan dalam satu kawasan dan memudahkan rakyat," katanya.

ads