Khamis, 8 September 2011

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Berhari raya guna bas Panorama <b>di Jasin</b>

Posted: 02 Sep 2011 09:24 AM PDT

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

Berhari raya guna bas Panorama di Jasin

JASIN 1 Sept. - Dalam memberi kemudahan kepada penduduk di tujuh kawasan di daerah ini menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebuah bas Panorama berhawa dingin dan cukup selesa.

Bas yang disumbangkan oleh Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka berharga RM260,000 itu akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, penduduk di tujuh kawasan terbabit boleh menggunakan perkhidmatan bas khususnya sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, dengan adanya perkhidmatan bas itu yang pertama kali diperluaskan di luar bandar raya Melaka, ia akan memberi kemudahan khusus buat penduduk yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk pergi ke pekan Jasin.

''Ini pasti khabar gembira buat penduduk yang sebelum ini merungut kerana tidak ada perkhidmatan bas awam yang beroperasi di tujuh kawasan tersebut.

''Laluan itu sebenarnya tidak memberi keuntungan tetapi demi untuk memberi keselesaan kepada penduduk, MPJ sanggup membiayai operasi perkhidmatan bas ini," katanya selepas merasmikan perkhidmatan bas itu di Terminal Bas dan Teksi Jasin di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka, Hashim Isa dan Pengarah Syarikat PMCT Sdn. Bhd., Wahid Abdul Majid.

Perkhidmatan bas tersebut akan melalui Kesang Tua, Kesang Pajak, Selandar, Kampung Bukit Senggeh, Kampung Ju dan Kolej Komuniti.

Menurut Ghazale, sebagai permulaan hanya sebuah bas akan digunakan dan jika ia mendapat sambutan baik, MPJ dijangka menambah beberapa buah bas untuk menampung keperluan penduduk di situ.

Beliau berkata, bas itu akan mula beroperasi kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang dengan perjalanan sejam sekali.

Ujarnya, bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah beruniform dan warga emas dikenakan tiket RM1 manakala dewasa dikenakan bayaran RM2.

04 di batu berendam - Google Blog Search

04 di batu berendam - Google Blog Search


Tulisan Blog Lawyer Garang: Bas London Melaka Jadi Gajah Putih....!

Posted: 26 Aug 2011 01:26 AM PDT


Bas dua tingkat berwarna merah atau lebih popular sebagai 'Bas London' yang menjadi kebanggaan penduduk negeri ini kerana berjaya menarik ramai pelancong, kini tersadai sejak hampir setahun lalu dipercayai akibat sukar mendapat alat ganti selepas mengalami kerosakan.

Kenderaan terbabit yang menyediakan perkhidmatan di sekitar kawasan pelancongan pusat Bandaraya Melaka Bersejarah sejak 14 Ogos 2007, terpaksa ditempatkan di Kompleks Logistik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Batu Berendam, dekat sini.

Perkhidmatan pengangkutan pelancongan itu sebelum ini dikendalikan PM Cultural and Tourism (PMCT) Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan negeri yang turut menyediakan perkhidmatan bas awam di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah.

'Bas London' tersadai SEBUAH bas dua tingkat kelihatan berada di bawah garaj dan masih belum dibaik pulih di Kompleks Logistik MBMB, Batu Berendam.

Sumber memberitahu Berita Harian, kedua-dua enjin bas berusia 30 tahun yang dibeli dari London Bus Export Ltd di United Kingdom, mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat diperbaiki segera kerana alat gantinya perlu diperoleh dari tempat asalnya.

Katanya, akibat kerosakan teruk itu, MBMB terpaksa mengambil alih pengurusan kedua-dua bas itu daripada PMCT, sebelum diletakkan di Kompleks Logistik MBMB di Batu Berendam bagi proses pembaikan.

"Perkhidmatan dua bas itu diberhentikan serta-merta sejak September lalu, selepas kerja membaikinya tidak dapat diteruskan kerana menanti alat ganti dari London," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Perkhidmatan Bas London diperkenalkan kerajaan negeri sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

Produk pelancongan ini popular di kalangan pelancong domestik untuk bersiar-siar di tapak bersejarah di sekitar pusat bandar raya.

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


<b>Tuan</b> Guru Haji Hitam Pondok <b>Tanjung</b> Bedil « Pusat Pembangunan <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 06:15 PM PDT

Kalau disebut Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh pasti ramai yang mengenalinya, namun, tidak ramai yang mengetahui salah seorang daripada teman seperjuangannya yang merupakan ayah saudara beliau ketika menuntut ilmu di Makkah. Tuan Guru Haji Hitam Tanjung Bedil, salah seorang daripada ulama-ulama yang mengasaskan pondok di Kedah dalam tahun 1940-an dan berjuang menentang kemasukan fahaman dan kebudayaan Jepun ketika berlakunya penindasan Jepun di Tanah Melayu. Pastinya, tidak ramai yang mengenalinya melainkan mereka yang pernah berguru dengan beliau ketika hayatnya atau pun melalui pondoknya di Tanjung Bedil, Sungai Baru, Gunung, Alor Setar, Kedah yang masih wujud hingga kini. Kawasan pondoknya kini didiami oleh anak-anak dan cucu-cucu Allahyarham sendiri daripada kelima-lima isterinya. Mudah-mudahan kalam hamba Allah yang fakir dan dhaif ini menjadi pangajaran dan ikutan pada diri sendiri dan orang lain dalam mengikuti jejak langkah ulama-ulama yang terdahulu khususnya di Tanah Melayu dalam mengembangkan ajaran Islam kepada masyarakat. Semoga kesugguhan dan ketekunan mereka yang tidak kenal erti penat dan putus asa serta semangat ingin tahu yang kuat dapat diterapkan dalam diri kita terutamanya kepada mereka yang bergelar penuntut ilmu.Bagi sesiapa yang membaca artikel atau risalah ini,jangan lupa menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Hitam yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1985. Mudah-mudahan artikel atau risalah ini menjadi salah satu jasa kepadanya di atas penat lelahnya mendidik dan mendoakan anak cucu sekaliannya walaupun tidak sempat bersama Allahyarham. Kemungkinan juga,kerana doa-doanyalah anak cucunya membesar sebagai seorang muslim yang berilmu. Akhir kalam, mohon maaf jika terdapat kesilapan dalam penulisan ini sama ada dari segi latar belakang dan fakta mengenai Allahyarham Tuan Guru Haji Hitam. Moga-moga kita sama-sama mendapat istifadhah daripada kalam hamba yang fakir ini, insya-Allah..Aminn.

Muhamad Nazim Haji Ahmad Zabidi,

Ahmad Zabidi Haji Hitam, dan

Zawiyah Haji Saad (UKM)

Latar Belakang dan Pendidikan

Allahyarham Tuan Guru Haji Hitam Haji Sulaiman dilahirkan pada 1913 di Kampung Huma, Padang Hang, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Sesetengah riwayat menyatakan Allahyarham dilahirkan di Saling, Baling, Kedah. Bagaimanapun, pendapat pertama diputuskan berdasarkan permit kelulusan pengembumian yang dikeluarkan oleh Hospital Besar Alor Setar. Allahyarham kembalinya ke rahmatullah pada jam 7.25 pagi, bertarikh 22 Januari 1985 akibat penyakit kencing manis.

Allahyarham Tuan Guru Haji Hitam adalah anak kelima daripada enam beradik. Nama sebenarnya ialah Haji Hitam atau Yusof hasil perkongsian hidup Haji Sulaiman dengan Hajah Halimah yang merupakan isteri pertamanya. Haji Sulaiman kemudiannya mengahwini Halimah Awang dan dikurniakan anak seramai tiga orang,

Allahyarham Tuan Guru Haji Hitam merupakan salah seorang anak yang mempunyai kelebihan dan mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu agama.Kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu agama,ayahnya telah menghantar beliau mempelajari ilmu dalam usia yang muda di pondok Alor Gunung.Maka,di pondok inilah bermulanya perjalanan Tuan Guru Haji Hitam dalam mencari ilmu.Tuan Guru Haji Hitam sangat mudah menerima dan mengingat ilmu-ilmu yang disampaikan dan beliau juga mudah untuk menguasai ilmu yang dipelajari. Kelebihan Allahyarham dalam menguasai ilmu dan hubungannya yang baik di kalangan rakan-rakannya membuatkan beliau disenangi dan disayangi.

Setelah beberapa tahun menuntut ilmu di Pondok Alor Gunung, Allayarham membuat keputusan untuk menuntut ilmu di Pondok Tok Kenali, Kelantan, setelah mendapat keizinan daripada guru-gurunya di Pondok Alor Gunung..Berbekalkan restu guru dan harapan ayahnya, Allahyarham berjaya menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang yang merupakan salah satu negeri yang kaya dengan ilmu dan ulama yang ramai. Di Pondok Tok Kenali, Allahyarham berpeluang menadah kitab secara langsung daripada Tok Kenali yang merupakan salah seorang ulama yang terkenal dan tersohor di Kelantan pada ketika itu. Allahyarham telah berpeluang mendalami ilmu Nahu, Soraf, Tauhid, Fikah dan Tasawwuf daripada Tok Kenali sendiri. Pengajian Allahyarham bersama Tok Kenali memberi pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga dan cukup bernilai dalam diri Allahyarham. Tok Kenali pernah menyatakan dalam buku bahawa Allahyarham adalah murid yang pintar dan boleh berjaya (akan dihurai kemudian). Tok kenali merupakan seorang yang zahid, suka merendah diri, tawaduk dan tidak membezakan orang berpangkat atau tidak dalam memberi layanan. Akhlak Tok Kenali yang begitu memukau sedikit sebanyak mempengaruhi diri Allahyarham sendiri.

Setelah tamat pengajiannya di Pondok Tok Kenali, Kelantan, Allahyarham menyambung pula pengajian di bumi Makkah. Kecenderungan Allahyarham terhadap ilmu pengetahuan, mendorong ayahnya. Haji Sulaiman untuk menghantar Allahyarham melanjutkan pelajaran ke Makkah. Ketika itu usia Allahyarham baru berusia sekitar dua puluh tahun. Pemergian Allahyarham ke bumi Makkah ditemani anak saudaranya Tuan Guru Haji Hasyim Haji Abu Bakar yang kini merupakan tokoh ulama, mudir di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan (Tuan Guru Haji Hasyim telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kelantan pada tahun 2010). Allahyarham bersama anak saudaranya telah menaiki kapal layar untuk sampai ke bumi Makkah. Di Tanah Suci, Allahyarham mempelajari ilmu agama di pusat pengajian Darul Ulum ad-Diniah.

Selain itu, Allahyarham juga turut mengunjungi Masjidil Haram untuk mengikuti kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh ulama-ulama di sana.

Dalam usianya yang masih muda, Allahyarham yang terkenal dengan sifat kerajinan ini telah berjaya mencapai impian dan hasrat ayahnya. Naluri ingin tahu yang melonjak-lonjak di jiwa Allahyarham telah memberi kesan positif dalam hidupnya. Dari Kedah, kemudian ke Kelantan dan, akhirnya menyambung pelajarannya ke Tanah Suci selama empat belas tahun.

Perjuangan

Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember, tahun 1941 atas dasar memperjuangan dasar imperialsime telah membuka era baru bagi penduduk di Tanah Melayu. Pemerintahan Jepun yang hanya beberapa tahun di Tanah Melayu itu sedikit sebanyak telah mempengaruhi fikiran rakyat..

Disebabkan masalah yang dialami oleh penduduk ketika itu, Hj Sulaiman telah meminta anaknya, Tuan Guru Hj Hitam supaya kembali ke tanahair untuk mengajarkan serta mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya kepada anak-anak bangsa. Tuan Guru Hj Hitam menerima permintaan ayah beliau dengan hati yang ikhlas dan lapang setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu sekitar tahun 1945.

Tuan Guru Hj Hitam bin Sulaiman telah memulakan kelas pengajian yang dikendalikannya sendiri di Sidam dan memberi tumpuan terhadap bidang keagamaan. Pembukaan Pondok Sidam yang terletak di Kulim, Kedah telah memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mempelajari ilmu di situ. Dari hari ke hari, bilangan pelajarnya semakin meningkat dan ramai daripada kalangan pelajarnya membina pondok secara persendirian di kawasan tersebut. Keadaan ini telah mendorong Tuan Guru untuk membuka sebuah lagi pondok di Tanjung Bedil. Pemergiannya ke Tanjung Bedil telah menyebabkan Pondok Sidam semakin terpinggir. Kedudukan Tanjung Bedil lebih strategik berbanding dengan pondok di Sidam dan pembelajaran yang dijalankan juga lebih teratur dan mendapat perhatian daripada masyarakat. Terdapat juga di kalangan murid beliau yang berpindah dari Sidam dan menetap di Tanjung Bedil.

Beliau pernah melalui kehidupan yang getir sekembalinya di Tanah Melayu. Allahyarham pernah menjual ubi kayu untuk menyara hidup kesan dari penjajahan Jepun. Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk memenuhi impian ayahnya dan diri sendiri dalam menyampaikan risalah Islam. Berkat kesabaran dan ketabahan ini terbukti dengan kejayaan pondok-pondok yang didirikan oleh beliau.

Allahyarham juga dikurniakan akal yang cerdik dan pintar oleh Allah SWT. Sebelum kawasan Pondok Tanjung Bedil mengalami banjir yang besar, beliau telah menyarankan masyarakat kampung supaya menanam ubi kayu `secara terbalik'. Saranan beliau itu merupakan salah satu cara untuk memudahkan penduduk mendapatkan makanan ketika menghadapi kesusahan dan mengelakkan kebuluran. Apabila banjir melanda, para penduduk lebih mudah untuk mendapatkan makanan dan masalah kebuluran tidak berlaku. Ini kerana tempat-tempat yang mempunyai makanan telah ditanda lebih awal lagi.

Disebalik memenuhi impian ayahnya, Allahyarham telah berjaya menunaikan tanggungjawabnya sebagai pendidik kepada anak bangsa dan masyarakat. Namun ketika usianya meningkat tua,keadaan beliau semakin uzur dan lemah tambahan pula penyakit kencing manis yang dihadapinya. Namun usia dan penyakitnya tidak menjadi penghalang kepadanya untuk menunaikan ibadah solat berjemaah bersama para pelajarnya. Kecintaannya kepada Allah dan rasul-Nya adalah terlalu tinggi.

Tuan guru Hj Hitam ketika sedang sakit

Hari demi hari keadannya semakin lemah. Musibah yang dihadapi oleh Tuan Guru sangat mendukacitakan masyarakat setempat. Beliau terlantar sakit walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan untuk mengubati penyakit beliau. Keadaan Allahyarham yang semakin tenat telah membimbangkan anak murid beiau. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya.

Tuan Guru Hj Hitam atau Yusoff bin Sulaiman akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 22 Januari 1985, jam 7.25 pagi ketika berumur 71 tahun di Hospital Besar, Alor Setar, Kedah akibat penyakit kencing manis. Kehilangan Tuan Guru adalah satu kehilangan yang besar dan sukar dicari ganti. Satu lagi permata telah hilang di alam ini dan akan berterusan sehinggalah orang jahil diangkat menjadi pemimpin dan pemimpin itu sesat dan menyesatkan sepertimana sabda Nabi SAW. Pemergian beliau meninggalkan ribuan anak murid yang bertebaran di serata negeri. Di kalangan mereka ada yang mengikuti jejak langkah Tuan Guru Hj Hitam menyebarkan dakwah dan sebahagian yang lain meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jasa dan pengorbanan Tuan Guru akan sentiasa dikenang.

Bagi yang membaca artikel ini,mudah-mudahan bacaan al-Fatihah dan doa kepada beliau menjadi penutup artikel ini.semoga Allah SWT membalas jasa kalian dan memberi taufiq kepada kita semua..

Amin.

Bergambar di sekitar kawasan pondok

 
Haji Umar Haji Ahmad Kubang Jawi  
 
dari kiri- tok guru haji hitam , ahmad zabidi , kamarudin , man , ahmad ludin , azizan . berdiri- ahmad roshidi , shahabudin

Keluarga TG Hj Hitam

Entri ini telah dipos pada September 6, 2011 pada 9:15 am dan diletakkan dibahagian Tokoh Ulama'. Anda boleh mengikuti apa-apa respon kepada pos ini melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh tinggalkan respons, atau trackback daripada laman web anda sendiri.

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


Dua Pelajar Politeknik <b>Merlimau</b> Terbunuh Dalam Kemalangan <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 04:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]JASIN, 25 Ogos (Bernama) -- Dua pelajar Politeknik Merlimau terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 26 Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin malam tadi, menurut Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam. Beliau berkata ...

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Panahan cinta Bangladesh: Wanita <b>di</b> cekup suami sedang <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 05:21 PM PDT

No of View :879

Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita dicekup suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu.

 Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.

"Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut," katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu.

 Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.

"Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap," katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Cekup isteri berkhalwat

Posted: 07 Sep 2011 08:06 PM PDT

MELAKA: Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita dicekup suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu.
Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.

"Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut," katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu.

Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.

"Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap," katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Ce...halwat/Article

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


SMK <b>Sungai Udang</b> hasilkan Jalur Gemilang terpanjang

Posted: 26 Aug 2011 08:30 AM PDT

SMK Sungai Udang hasilkan Jalur Gemilang terpanjang

SMK Sungai Udang hasilkan Jalur Gemilang terpanjang


WARGA Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang ceria mempamerkan Jalur Gemilang terpanjang yang dihasilkan mereka di Melaka, semalam.


MELAKA 24 Ogos - Kira-kira 811 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang di sini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 15.5 meter bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Jalur Gemilang yang mempunyai ukuran lebar 10 meter itu dihasilkan oleh 30 guru sekolah tersebut sejak dua bulan lalu dan selepas disiapkan, bendera terlibat ditandatangani oleh semua warga SMK Sungai Udang sebelum digantung di pekarangan sekolah.

Pengetua SMK Sungai Udang, Omar Yusof berkata, idea menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang itu diperoleh melalui perbincangan Jawatankuasa Bulan Keceriaan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah itu sebelum ini.

''Pihak sekolah memang merancang membuat kelainan dalam menyambut kemerdekaan negara tahun ini kerana mahu para pelajar berasa bangga menjadi rakyat negara ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jalur Gemilang SMK Sungai Udang di sini baru-baru ini.

Katanya, pihak sekolah membelanjakan kira-kira RM200 untuk menghasilkan bendera tersebut dengan bantuan para guru dan seluruh pelajar sekolah berkenaan.

Beliau berkata, program menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang itu merupakan sebahagian acara tahunan dan aktiviti sekolah tersebut sempena menyambut bulan kemerdekaan negara setiap tahun.

''Kos ini dianggap tidak membebankan guru dan pelajar kerana apa yang penting adalah semangat patriotisme dan cintakan negara berjaya diterapkan ke atas semua warga SMK Sungai Udang,'' ujarnya.

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Allahyarham Noramfaizul seorang peramah

Posted: 05 Sep 2011 04:11 PM PDT

MELAKA 5 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia sebagai seorang yang peramah dan mesra.

Menurutnya, beliau mengenali Allahyarham sewaktu menghadiri program BernamaTV untuk mempromosikan Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka tahun lalu dan pertukaran pelajar antarabangsa mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

"Saya sempat berbual dengan Allahyarham sebelum sesi temu ramah dan banyak yang kami bualkan. Dia memang cukup peramah dan mesra.

"Apabila terbaca akhbar mengenai seorang jurukamera mati ditembak dan melihat gambar, saya terkejut dan tidak sangka Allahyarham yang saya kenal adalah mangsa peluru sesat itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kutipan RM1,400 hasil sumbangan penduduk di 14 kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai di sini hari ini.

Sumbangan untuk keluarga Allahyarham itu telah diterima oleh Ketua Biro Bernama negeri ini, Mohamad Bakri Darus.

Selain sumbangan tersebut, turut diadakan majlis tahlil yang dihadiri oleh wakil media dari Utusan Malaysia, Harian Metro, Bernama dan Melaka Hari Ini.

Hasan berkata, sumbangan itu walaupun sedikit tetapi ia diharap dapat memberi semangat kepada isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelakinya, Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Dipetik dari Utusan Malaysia

ads