Khamis, 8 September 2011

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Allahyarham Noramfaizul seorang peramah

Posted: 05 Sep 2011 04:11 PM PDT

MELAKA 5 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia sebagai seorang yang peramah dan mesra.

Menurutnya, beliau mengenali Allahyarham sewaktu menghadiri program BernamaTV untuk mempromosikan Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka tahun lalu dan pertukaran pelajar antarabangsa mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

"Saya sempat berbual dengan Allahyarham sebelum sesi temu ramah dan banyak yang kami bualkan. Dia memang cukup peramah dan mesra.

"Apabila terbaca akhbar mengenai seorang jurukamera mati ditembak dan melihat gambar, saya terkejut dan tidak sangka Allahyarham yang saya kenal adalah mangsa peluru sesat itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kutipan RM1,400 hasil sumbangan penduduk di 14 kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai di sini hari ini.

Sumbangan untuk keluarga Allahyarham itu telah diterima oleh Ketua Biro Bernama negeri ini, Mohamad Bakri Darus.

Selain sumbangan tersebut, turut diadakan majlis tahlil yang dihadiri oleh wakil media dari Utusan Malaysia, Harian Metro, Bernama dan Melaka Hari Ini.

Hasan berkata, sumbangan itu walaupun sedikit tetapi ia diharap dapat memberi semangat kepada isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelakinya, Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads