Isnin, 27 Jun 2011

04 di tanjung tuan - Google Blog Search

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Cape Rachado Lighthouse and Pulau Intan @<b>Tanjung Tuan</b>, PD

Posted: 25 Jun 2011 11:31 PM PDT

One of my favourite places to go in PD.

An entrance fee of RM1 per adult is charged at the entrance to the Tanjung Tuan Forest Reserve We had actually planned on taking the boys to the Army Museum but turned back when we saw the bumper to bumper traffic. Traffic during the school holidays, especially on weekends can be atrocious in PD.

After walking 30 minutes uphill from the carpark, we climbed up a flight of steps to the lighthouse.
The view from the lighthouse gives an unobstructed view of the sea. I still can't spot the whirlpools, supposedly visible from the top.

Trekking down to Pulau Intan

It took us about 30mins of hiking down a steep hill to reach this beautiful, untouched beach. By far, the best beach in PD. Definitely crowd free.

Fai and Machika

Beautiful rocks

The beach at low tide.

Nice pondok for a rest. Machika wanted to camp overnight.

We couldn't get enough of the beach. It was very beautiful.

Worth every drop of sweat.

Spotted a striking red crab.

The camera wasn't with me when I saw an electric blue crab and a sea cucumber. The sea was so full of life.

Trekking back up to the lighthouse.

Hordes of termites going about their business.

If you are planning a trip here, remember to bring mosquito repellent, lots of drinking water, snacks and wear a decent pair of walking shoes or sandals. A walking stick would be useful on steep slopes.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


TUKAR TAYAR BARU: ALI RUSTAM KEPANASAN <b>DI BUKIT KATIL</b>, AKAN CARI <b>...</b>

Posted: 10 May 2011 10:11 PM PDT

"Kita cabar Ali Rustam supaya buktikan bahawa DAP memindahkan pengundi dari kawasan lain ke kawasan Parlimen Bukit Katil.

"Jika beliau gagal buktikan bermakna beliau menipu rakyat," kata Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Beruang semalam.

Ali Rustam dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa DAP telah memindahkan pengundi ke parlimen Bukit Katil dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat siasatan.

Beliau berkata terdapat 25 orang pemilih pada alamat yang sama.

Khoo berkata beliau akan bertemu dengan SPR untuk meminta badan tersebut menyiasat dakwaan Ali itu.

"DAP bersedia untuk disiasat dan jika kita juga meminta SPR menyiasat pihak lain, jika DAP terbukti melakukan perkara tersebut, kami sedia untuk dilucutkan keistimewaan menjadi Penolong Pendaftar SPR.

"Tidak ada apa yang DAP hendak takutkan kerana kami yakin ianya adalah tuduhan dan fitnah kepada DAP," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kerja-kerja jahat seperti itu biasanya dilakukan oleh BN di kawasan-kawasan yang mereka rasakan akan kalah.

"Di Selangor, Umno dan BN memunggah pengundi-pengundi dari luar untuk merampas negeri Selangor dari PR, ianya didedahkan secara jelas dengan bukti-bukti yang nyata oleh PAS dan PR negeri Selangor.

"Ali Rustam cuba memfitnah PR di Melaka sedangkan kerja-kerja sedemikian sudah menjadi darah daging Umno dan BN," kata Yusof.

http://www.harakahdaily.net/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Klik Web DBP | PENDETA ZA&#39;BA:”Pelita yang Tak Pernah Padam”

Posted: 23 Jun 2011 07:29 PM PDT

 
Pendeta Za'ba

Nama sebenar : Zainal Abidin bin Ahmad, Tan Sri Dr.
Nama pena : Pendeta, Za'ba, Anak Melayu Jati, Patriot,  Zai Penjelmaan
Tarikh lahir : 16 September 1895
Tempat lahir : Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Tarikh meninggal dunia : 23 Oktober 1973

ZA'BA telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun. Beliau mula bersekolah di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika usianya 12 tahun. Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami pengajian Arab dan Islam. Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution dan lulus peperiksaan Senior Cambridge (1915). Sewaktu menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, Universiti London, beliau diberi peluang untuk mengambil ijazah. Pada tahun 1953, beliau telah berjaya memperoleh Sarjana Muda  Sastera (Pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab).

Za'ba mulai serius menulis ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Baru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan sebanyak dua kali oleh akhbar Utusan Melayu. Za'ba berkeupayaan menggabungkan pelbagai aspek seperti bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, politik dan pendidikan dalam penulisannya.

Ketika berkhidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Za'ba menumpukan usahanya untuk menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Ketika di Tanjong Malim juga, Majalah Guru dan Al-Ikhwan telah terbit. Za'ba turut menyumbangkan hasil tulisan, termasuk karya terjemahan beliau dalam kedua-dua majalah  tersebut sehingga tahun 1931. Beliau kemudian meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis rencana bercorak agama untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, buku Umbi Kemajuan telah diterbitkan pada tahun 1932.

Za'ba merupakan anak Melayu yang tidak jemu-jemu mengabdikan dirinya dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Karya beliau yang terkenal ialah Pelita Bahasa Melayu, sebuah kitab rujukan utama bagi seluruh masyarakat yang ingin mempelajari bahasa Melayu. Beliau juga berjaya menghasilkan buku tatabahasa berjudul Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-dua karya tersebut telah dijadikan buku teks sekolah sehingga selepas Perang Dunia Kedua. Selain itu, Daftar Ejaan Jawi/Rumi merupakan sebuah lagi hasil karya terpenting Za'ba. Beliau turut menulis dalam Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JAMBRAS) dalam usaha beliau memperkenalkan bahasa Melayu kepada orang asing.

Za'ba tidak hanya menumpukan minatnya terhadap bidang bahasa dan persuratan Melayu, malah tulisan beliau melangkaui bidang lain seperti ekonomi, agama dan sikap orang Melayu sendiri. Beliau menulis tentang kemiskinan dan menyentuh mengenai cara mengatasi ekonomi masyarakat Melayu ketika itu. Di sinilah terletaknya ketegasan dan kebolehan beliau sebagai seorang nasionalis.

Selain itu, Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Beliau pernah menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (1937), dan dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (1945). Pada tahun 1953, beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bersama-sama Ungku Aziz, beliau mengatur pembentukan Pertubuhan Bahasa Pelajar dan dua tahun kemudian beliau menubuhkan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM).

Beliau menerima gelaran "Pendeta" secara rasmi pada tahun 1956 ketika berlangsungnya Kongres Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang dicurahkan dalaml kerjanya adalah kerana beliau mahu meletakkan bahasa Melayu di puncak persada tanpa mengharap apa-apa balasan.

Malahan, beliau pernah menolak anugerah bintang penghormatan Pingat Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Dato', dan bintang  kebesaran dari negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun, pada tahun 1962, beliau akhirnya bersetuju menerima Pingat Bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran "Tan Sri" daripada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Pada tahun 1973 pula, Za'ba memperoleh Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumbangan beliau sangat besar ertinya. Beliau bertanggungjawab merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya ketika itu dan juga Sumatera.

Za'ba  ialah sumber ilham dalam dunia pendidikan Melayu dan Arab. Beliau diibaratkan sebagai sebuah pelita yang mengerdip dalam kegelapan kemiskinan dunia pendidikan orang-orang Melayu ketika zamannya.

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads