Rabu, 7 Mac 2012

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


PRU13: PAS Melaka sedia tebus maruah

Posted: 18 Feb 2012 06:21 PM PST

DURIAN TUNGGAL, 19 Feb: PAS Melaka dengan pimpinan barunya membuktikan mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini dengan lebih bergaya.

Ia dapat dilihat apabila Melaka menjadi negeri yang paling berjaya dalam persiapan dan sambutan terhadap Konvoi Penerangan PAS yang ke Melaka semalam.

(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan sijil keahlian baru kepada salah seorang ahli baru PAS dengan ditemani Adly.)

Pekan Durian Tunggal yang biasanya aman dan tenteram penuh sesak dengan konvoi penerangan PAS, petang semalam.

Bepuluh-puluh buah kereta dan motor mengiringi Presiden dan Ketua Penerangan PAS ke pekan itu bagi menyertai majlis hi tea dengan penduduk tempatan.

Mereka yang menyertai majlis itu pula penuh sesak dengan pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India duduk bersama-sama mendengar pucuk pimpinan PAS bercakap kepada mereka.

"Saya rasa Melaka paling hebat sambutan," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan  PAS Pusat yang memimpin konvoi menjelajah seluruh negara ini.

Melaka adalah negeri ke tujuh dalam siri konvoi menjelajah negara menjelang pilihan raya umum ke 13 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Sebelum in mereka ke Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jumaat lepas konvoi ke Negeri Sembilan.

Sambutan yang diterima konvoi ini di Melaka amat mengujakan pimpinan PAS yang menyertai konvoi ini kerana jangkaan mereka tidak sampai ke peringkat itu kerana Melaka antara negeri yang belum mempunyai sebarang wakil rakyat dari PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS Melaka gagal memenangi sebarang kerusi walaupun paling banyak bertanding berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

(Kanan: Tuan Ibrahim bertemu Mohd Ali Rustam di pasar malam Bukit Baru.)

Ketika membentuk kabinet selepas muktamar lalu, PAS telah melantik pesuruhjaya baru untuk Melaka.

Seorang tokoh muda PAS Melaka, Adly Zahari telah dilantik sebagai pesuruhjaya negeri itu.

Sejak itu, PAS Melaka menampakkan perubahan. Antara langkah awal yang dibuat beliau adalah mengupah satu badan profesional membuat kaji selidik tentang politik di Melaka.

Majlis Hi Tea bersama pimpinan PAS di Durian Tunggal petang semalam nampaknya antara hasil perubahan yang dibuat beliau dan pasukannya.

Turut diadakan semalam majlis penyerahan borang keahlian kepada ahli-ahli baru PAS yang menyertai parti Islam itu.

Ia disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ditemani Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah itu.

Di majlis itu Abdul Hadi Awang memberikan penerangan yang jelas tentang negara berkebajikan yang menjadi hala tuju PAS kini.

Beliau juga menerangkan dengan jelas perjuangan PAS yang tidak membezakan antara bangsa-bangsa dan kaum di bawah pentadbirannya yang berasaskan Islam.

"Islam meletakkan bangsa-bangsa ini untuk berkenalan antara satu sama lain dan saling berhubungan antaranya bagi melengkapkan kehidupan manusia.

"Misalnya baju yang kita pakai dari kain, kain dari benang, benang dari kapas. Tidak semua orang boleh buat setiap benda itu melainkan ada pembahagian tugas dan tanggungjawab bagi setiap orang.

"Inilah yang melahirkan pelbagai bangsa itu kerana setiap kumpulan atau kaum mempunyai bidang dan kebolehan masing-masing. Jadi di sinilah lahirnya kerjasama," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

04 di umbai - Google Blog Search

04 di umbai - Google Blog Search


anjung 69: <b>UMBAI</b> MELAKA....MAKAN TIME

Posted: 05 Mar 2012 09:32 PM PST


Secara jujurnya saya tak pernah sampai sini...first time lah kiranya ni. My hubby call kawan..tanya manalah agaknya jalan yang paling sesuai nak di ikut kalau kami dari Bandar Hilir..

Kata kawannya tu..."Umbai..hmmm.. tak sedap mana..makan kat situ..tapi kalau nak ke sana..ikut aje jalan nak mengarah ke Muar..."

"Tak sedap mana?"...Jom kita terjah!

Kami sampai dah lepas maghrib...selepas bertanya sana -sini..maka kamipun sampai lah..

Puyooo...berderet keta masuk ..nak carik parkingpun susah yg amat..nak masuk kena bayar parking fees..ya tuan-puan. RM1.00....

Sepanjang jalan banyak sekali medan selera dan semuanya menyajikan ikan bakar sebagai menu utama!

Jadik nak makan kat mana..ni?


Kami tengok yang paling menyerlah..dari segi papan tandanya ialah "Ikan Bakar Parameswara"..maka.. saya cakap ngan Mr hubby..kita try yang inilah...

Mula2..carik meja dulu...dengan jumlah org yang begitu ramai, tambah2 lagik ari minggu..utk carik meja kosong ni memang mencabar iman...nasib kami baik apabila kami masuk ajek..satu familiy ni baru abis....program menjamu selera ..maka kamipun chop lah tempat tu..


Makanya ..kalau tak nak pening kepala..telepon depa ni, dan wat order in advance.contact no?..Silalah pandang kat banner..di dalam gambar tuuu! No meja kami 66..cun melecun! Kami order air tembikai satu jag. Depa akan bagik kita sepiring buah dan sepinggan otak2..sebagai pembuka selera..sementara menunggu order sampai..
Kalau mahu...boleh makan kat kapal ni...mengadap muara sungai gituuuu..

Abah Tok..yang masih bersabar..menunggu segala macam order datang ke meja..hati2 abah jangan makan seafood banyak2...nanti kena gout..darah tinggi..bagai.. susah..woo..tapi cam selalu..abah tok.. tak makan saman!! Memang pening..kami kena banyak sabarrrr...k
Ok..ini tempat order..pilih jangan tak pilih..beratur panjang tuuu..semua segar2... lepas pilih produk...kita pilih menu masakan pule...
Banyak pilihan...nak dengan tak nak ajerkk..
Saya pilih...ikan jenahak, ikan pari, sotong, udang , kerang ..dan sayur...cara masakan ada yang dibakar, wat butterprawn dan masakan tiga rasa ..
Ini tempat ...upacara bakar membakar...
Saya tak amik lah pulak gambar masakan...tapi keseluruhan bagi makanan yang kami order tu berharga dalam RM167.00++... Sedap ke tak sedap???

Saya tak tahu citarasa orang lain, tapi komen saya...hasil masakan mereka ni tak sedap mana, tak de rasa, kalau dibakar..seolah2 dilumur garam semata2 dan dibakar kering! Mana best gitu gaye..tak cukup bumbunya!


Ikan bakar yang kami pekena kat .."belakang istana" kat kolumpo 10 kali ganda lagik sedap. ...ikan masak 3 rasanya...pun tak sedap mana...pendek kata walaupun perut lapar..tapi lidah masih boleh merasa..sedap ke tak sedap!


So ..Lain kali nak datang lagik tak??? Sorry guys...Jawapan saya...TIDAK!


di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Integrated Jabatan Kesihatan <b>Negeri Melaka</b> (iJKNM) « Blog ICT <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2011 05:52 PM PST

Modul Pengurusan Latihan (e-SpeL) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka adalah sistem berasaskan web (web-based system) yang dibangunkan bagi membolehkan Unit Latihan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menguruskan program-program latihan dan pembangunan insan untuk kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan PTJ-PTJ dibawahnya. Sistem ini membolehkan jumlah hari berkursus bagi setiap kakitangan dapat dipantau supaya setiap kakitangan dapat mencapai jumlah minima sebanyak tujuh (7) hari berkursus dalam setahun. Sistem ini juga berupaya untuk menyediakan laporan – laporan latihan yang diperlukan oleh pihak pengurusan atasan bagi tujuan analisa perancangan latihan secara berterusan.

Entiti‐entiti yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sistem ini adalah seperti berikut :

  1. Unit Pengurusan Maklumat, JKN Melaka sebagai pemantauan teknikal;
  2. Unit Latihan, JKN Melaka sebagai pemilik sistem; dan
  3. Unit Sumber Manusia sebagai pemilik maklumat kakitangan.

Sistem ini mula digunakan pada 12 Mac 2010 oleh pengguna yang terlibat di dalam pengurusan latihan kakitangan iaitu Unit Latihan di :

  1. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
  2. Hospital Melaka
  3. Hospital Jasin
  4. Hospital Alor Gajah
  5. Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
  6. Pejabat Kesihatan Daerah Jasin
  7. Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

Selain daripada itu, sistem ini juga boleh digunakan oleh semua kakitangan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka untuk mendapatkan maklumat latihan dan  kursus yang dihadiri oleh mereka.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


HOT! SAYAP PUTERI MANA PULAK BUAT HAL NIE @NajibRazak <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 09:47 AM PST

March 5, 2012

Agak-agak siapa harus dipersalahkan angkara penglibatan Puteri UMNO Malaysia sendiri yang dikatakan terlibat dan harus bertanggungjawab sepenuhnya.

Ini bukan cerita kedai kopi atau wayang yang sudah disediakan skrip namun inilah realitinya dimana sikap dan peranan Puteri UMNO itu sendiri. Atas kesedaran dan rasa simpati ,khidmat yang diberikan bukan semata-mata kerana politik tetapi keperihatinan membantu sesama insan menjadi agenda perjuangan mereka juga.

Jom baca selanjutnya:-

Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri Umno Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas.

Ketua Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin berkata perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.

"Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.

Beliau berkata pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.

Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.

Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lebih satu jam untuk mengeluarkan serpihan akibat letupan tersebut. BERNAMA

 

K-MPM said: ini kes Puteri buat Srikandi PKR menangis…syabas Ketua Puteri UMNO..

3.090607 101.529597

Advertisement

ads