Rabu, 13 Februari 2013

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


Homestay Melaka <b>di Ayer Keroh</b>

Posted: 22 Jan 2013 07:18 AM PST

Menara Taming Sari - 10.8 km, 17 min


Menara Taming Sari merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Dari atas menara ini anda boleh saksikan pelbagai pemandangan menarik dan bersejarah di Melaka daripada ketinggian 80 meter. Dengan pemandangan indah Selat Melaka yang luas terbentang serta pembangunan pesat di Melaka, yakinlah bahawa lawatan ini akan menjadi suatu pengalaman yang sukar dilupakan.

Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka telah dibuka pada 18 April 2008. Menara tinjau setinggi 110 meter ini telah direkabentuk berdasarkan pada legenda Keris Taming Sari.

Ia akan menjadi menara pertama di negara ini yang mempunyai struktur berputar sepenuhnya. Kabin tinjau yang dilengkapi penghawa dingin ini mampu memuatkan 66 pelawat pada satu masa. 




Widget by [ Iptek-4u ]

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


homestay idaman, taman desa idaman, <b>durian tunggal</b>, melaka

Posted: 13 Feb 2013 09:12 AM PST

Untuk cuti umum dan cuti sekolah harga berbeza.
KEMUDAHAN HOMESTAY
- 3 dari 4 bilik tidur
- 2 bilik air
- peralatan memasak
- televisyen
- ruang makan
- seterika
- peti sejuk
- kipas siling setiap bilik
KEMUDAHAN BILIK
- katil besar king size (1 unit)
- katil dua tingkat (1 unit)
- bantal
- selimut
TARIKAN/AKTIVITI
- A'Famosa Ayer Keroh
- UTeM, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal, Melaka
- Stadium Hang Jebat (Petronas Cub Prix, Car Drift dll)
- Litar MIMC berdekatan Exit tol Ayer Keroh
- Dewan MITC (PC Fair, Jualan Perabot, Pameran, Jualan Buku dll)
- Zoo Melaka
- Taman Rama-rama
- Taman Buaya
- Hutan Rekreasi Ayer Keroh
- Dataran Sejarah Ayer Keroh
- Tasik Ayer Keroh Untuk Aktiviti Air (Kayak, Basikal Air dll)
- Dusun Dato' Murad (Buah-buahan dll)
- McDonald Ayer Keroh
INFO KE AYER KEROH
- 7 km perjalanan ke Bandar Ayer Keroh
- 7 minit perjalanan ke Bandar Ayer Keroh
Pengangkutan
* kereta
INFO SETEMPAT
Shopping/Pasaraya
* Mydin Hypermarket Ayer Keroh
* UTeM, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal, Melaka
* Tesco Cheng
* Jaya Jusco Ayer Keroh
* Melaka Mall Complex
- A'Famosa Ayer Keroh
- Hutan Rekreasi Ayer Keroh
- Melaka Wonderland (Water Theme Park)
- Dataran Bersejarah Ayer Keroh
PERSEKITARAN
- Berdekatan dengan jalan utama
- Berdekatan dengan UTeM, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal, Melaka, untuk pendaftaran pelajar baru, bolehlah menginap di Homestay Idaman sekiranya perjalanan anda jauh..
- Berdekatan dengan stesen minyak Petronas dan Shell,
- Berdekatan dengan 7 Eleven, Kedai-kedai Runcit, Kedai 2 Ringgit (Hardware)
- Berdekatan dengan bank BSN, Mesin ATM CIMB dan RHB bank
- Kedai makan untuk sarapan pagi (Roti canai, nasi lemak dll), makan tengahari (Masak Asam Melaka dll)  dan makan malam yang enak (Masakan Ala Thai, Sate)
- Kedai Workshop kereta dan motor
- Kedai dobi dan kedai pakaian.
POLISI
- Hanya muslim sahaja
- haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa
HUBUNGI 
- email: azamazter@gmail.com.my

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Coconut Shake <b>Klebang</b> Original Sedap Tak Terkata

Posted: 08 Dec 2012 10:34 PM PST

Sebelum ke Zoo Melaka baru-baru ni saya bawak isteri dan 'Iffah menuju ke Pantai Klebang untuk merasa kesedapan coconut shake Klebang original. Kata orang tak sah datang Melaka kalau tak menghirup coconut shake Klebang eheh.

Coconut Shake Klebang Original

Sebelum ni kami tapau minum dalam kereta, kali ni kami cuba untuk merasa coconut shake Klebang ni kat restorennya pula. Tak tau pun sebenarnya yang Coconut Shake Klebang Original ada restoren. Ingatkan cuma jual kat tepi jalan Klebang Besar tu je. Secara tak sengaja ternampak banner "Minum Masuk Dalam".

Baca review kat Internet katanya Coconut Shake Klebang Original ni mula dibuka pada pukul 12:30 tengahari. Check-out dari hotel kat Batu Berendam pukul 11:30 terus menuju ke Klebang Besar yang jaraknya lebih kurang 12 Km dari hotel.

Sampai kat restoren Coconut Shake Klebang tepat-tepat pukul 12 tengahari. Ngam-ngam baru buka. Pelanggan pun agak ramai dah masa tu. Bila pelayan tanya nak minum apa, lepas je cakap nak coconut shake special dua gelas terus dia letak kat atas meja. Memang dah boleh agak yang rata-rata pelanggan datang ke restoren Coconut Shake Klebang ni mesti order coconut shake special punya. Harganya RM2.20 segelas.

Air Coconut Shake Klebang Original

Nasi Lemak Coconut Shake Klebang

Kalau nak makan pun ada disediakan kat sini. Antaranya nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih. Saya try nasi lemak daun pisang ni, nampak sedap je tengok warna sambal merah menyala. Bila makan, huh, punyalah pedas. Saya yang suka makan pedas ni pun terasa kepedasan sambal nasi lemak ni. Walaupun pedas, tapi rasanya memang sedap. Rasa masuk je dengan coconut shake.

Blogger Terbaik Malaysia

'Iffah yang memang tak tahan makan pedas cuma makan karipap je. Bihun pun pedas. Biasalah selera Melaka ni sama macam Negeri Sembilan. Pedas ni bagi diorang main-main je hehe. Karipap ni pun sedap. RM1 untuk 3 biji karipap.

Klebang Coconut Shake Original

Restoren Coconut Shake Klebang

Restoren Coconut Shake Klebang Melaka

Alamat Coconut Shake Klebang Melaka

Datang Melaka jangan lupa singgah di Klebang Original Coconut Shake yang terletak di Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, Melaka. Kalau nak datang tu kenalah datang waktu tengahari sekitar pukul 12. Lokasi gerai coconut shake Klebang ni letaknya tak berapa jauh dari Caltex Klebang Besar. Restorennya pula ada kat dalam. Memang sedap tak terkata

P/s: Rugi lak tak tapau hari tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 09:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Aug 2012 09:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


IdaMan: Papan Kempen Calon PAS <b>Merlimau</b> Pula Disabotaj

Posted: 10 Feb 2013 03:34 AM PST

Sedang Negara Malaysia sedang meraikan Tahun Baru Cina; Merlimau pagi ini dikejutkan dengan papan kempen calon PAS Merlimau, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Papan iklan itu terletak diatas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan hanya memaparkan Tawaran Pakatan Rakyat dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak.

Namun, parti politik tertentu ini merasa terancam sehingga tergamak mengupah samseng untuk membuat kacau dengan menumbangkan papan kempen terbabit.

Tuan Haji Yuhaizad menyatakan kebimbangan beliau kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kes keganasan keatas penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat berlaku.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam selaku presiden PESAKA yang mengatakan, "Saya tidak boleh kawal pesilat-pesilat saya dari bertindak".

Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib yang sering membayangkan keganasan bakal berlaku sekiranya BN tumbang telah melahirkan bibit-bibit tindakan ganas daripada penyokong mereka.

Sehubungan itu, Tuan Haji Yuhaizad bersama Sdr Aminuddin Abdul Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin telah membuat laporan polis di Balai Polis Merlimau dan berharap pihak polis bertindak profesional dengan menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang cuba mencetuskan keganasan dan huru-hara di Merlimau. -Greenboc

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Nov 2012 12:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 11:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

projek melaka maju .....: Porjek Rumah Melaka <b>Di Bukit Katil</b> Telah <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2012 10:17 AM PDT


Gambar Rumah Melaka Di Bukit Katil.....
Berikutan permintaan produk kayu-kayan yang dihasilkan oleh pengusah-pengusaha dari seluruh Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk membina dan memajukan sektor kayu-kayan dengan membina sebuah pusat promosi perabot dan perkayuan atau lebih dikenali sebagai Rumah Melaka. Rumah Melaka akan menjadi pusat promosi dan pameran bagi produk-produk yang dihasilkan di Melaka. Terletak di Bukit Katil, Rumah Melaka dijangka mampu menjadi tumpuan pembeli-pembeli produk perkayuan dan perabot dari seluruh negara serta para pelancong domestik dan antarabangsa.
Kerajaan Negeri Melaka sememangnya bijak dalam mengekploitasikan sektor perkayuan yang mana dijangka mampu memberi keuntungan kepada pengusaha-pengusaha tempatan sekaligus mampu mengukuhkan sektor utama negeri iaitu pelancongan.
Dibina daripada pelbagai jenis kayu-kayan, Rumah Melaka terbina indah dengan pelbagai ukiran dan mengekalkan ciri-ciri tradisional seni bina rumah Melayu Melaka. Berikut merupakan artikel mengenai sektor perkayuan dan Rumah Melaka.
Gambar Semasa Merasmikan Rumah Melaka Di Bukit Katil Melaka...
MELAKA, 18 Mac (Bernama) -- Eksport industri kayu dijangka mencecah RM23 bilion tahun ini berbanding RM20.52 bilion pada tahun lepas, yang mencerminkan satu sumbangan kepada ekonomi negara yang masih signifikan.
Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata Jepun yang dilanda gempa bumi baru-baru ini merupakan pasaran eksport terbesar negara, iaitu kira-kira 19 peratus.
Selain Jepun, negara utama pengimport industri kayu Malaysia berdasarkan statistik 2009 ialah Amerika Syarikat (12.2 peratus), India (6.85 peratus), Korea (5.85 peratus), United Kingdom ((4.65 peratus), Taiwan (4.30 peratus) dan Australia (4.11 peratus).
"Oleh kerana eksport kayu berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara itu, kita menjangkakan permintaan menurun dari negara matahari terbit itu dan juga pasaran dari negara-negara Timur Tengah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Promosi Perabot dan Perkayuan Negeri Melaka (Rumah Melaka) di Bukit Katil di sini Jumaat.
Rumah Melaka yang dibina menggunakan pelbagai spesies kayu sebagai pusat promosi berharga RM5 juta di kawasan seluas dua hektar disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Menurut Hamzah, prestasi pasaran eksport boleh ditingkatkan dengan nilai tambah terutama industri perabot mengikut spesifikasi khas seperti yang dikehendaki pelanggan.
Pada masa yang sama, beliau berkata industri kayu dan perabot juga tidak seharusnya bergantung kepada pasaran eksport sebagai salah satu sumber pertumbuhan utamanya.
"Pasaran tempatan mempunyai potensi mewujudkan kesan berganda dan mampu mengimbangi cabaran ketidaktentuan pasaran antarabangsa," katanya.
Beliau berkata langkah mempromosi dan mempertingkatkan kayu kayan di pasaran tempatan termasuk pembinaan "Rumah Melaka" merupakan langkah yang tepat dan selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Dasar Perindustrian Kayu Malaysia (NATIP) yang menyasarkan eksport kayu negara mencecah RM53 bilion menjelang 2020.
Pada masa ini, penggunaan kayu di pasaran tempatan dianggarkan bernilai RM24 bilion setahun di mana pengguna kayu terbesar di negara ini adalah di sektor pembinaan yang boleh diperluaskan lagi.
Rumah Melaka, katanya adalah sebuah projek kementerian yang berpotensi dijadikan hab atau pusat sehenti produk keluaran syarikat Bumiputera.
Furniture Industry Technology Centre (FITEC) sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA), telah dilantik untuk menguruskan penjualan produk keluaran Bumiputera di pusat itu.
Dengan bimbingan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan FITEC, katanya pengusaha perabot Bumiputera dijangka dapat memperluaskan jaringan pasaran mereka melalui penyertaan dalam aktiviti dan program yang akan dijalankan secara berkala di Rumah Melaka.
Prestasi eksport pengusaha kayu Bumiputera meningkat 5.5 peratus kepada RM32 juta tahun lepas berbanding RM30 juta pada 2009.

ads