Ahad, 25 September 2011

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Kapal Selam Agosta 70 Dibawa Ke Malaysia | Berita Semasa

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Agosta%2B70%2BOuessant Kapal Selam Agosta 70 Dibawa Ke Malaysia Dan Dijadikan Muzium Di Melaka!Masih belum habis cerita kapal selam, Kerajaan Malaysia telah membuat perjanjian untuk membawa pulang Kapal Selam Agosta 70, ke Malaysia dan akan dijadikan sebagai Muzium di Klebang, Melaka.

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Satu majlis menandatangani pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 daripada kerajaan Perancis kepada kerajaan Malaysia diadakan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis pada Jumaat.

Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia sementara Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Pertahanan Perancis Yves Blanc mewakili kerajaan Perancis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Atase di Kedutaan Malaysia Perancis Kapt Ismail Abdullah, menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Paris kepada Bernama di sini hari ini.

Agosta digunakan untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Perjanjian pemindahan itu telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada 16 Mei lepas.

Agosta akan diangkut di atas sebuah limbungan terapung ke Malaysia pada minggu pertama Oktober oleh Felda Transport dan ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka yang kemudian dijadikan sebuah muzium di Klebang, Melaka. – Bernama

Sebagai info,Kapal Selam Agosta 70 ini merupakan kapal selam yang dijadikan sebagai medan latihan untuk mengajar pengoperasi Kapal Selam Malaysia, iaitu KD Rahman dan juga KD Razak.Kapal Selam yang dipercayai tidak lagi digunakan semenjak tahun 1995,dan dibuat pada tahun 1970,beroperasi semula pada tahun 2005 semata-mata untuk melatih para tentera kita.

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa ia bakal diletakkan di Klebang,Melaka.Namun kami berpendapat,ianya sesuai dengan adanya Muzium Maritim di Melaka sebelum ini.Menjadikan kapal selam ini sebagai muzium,akan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk merasai sendiri pengalaman menarik dalam mengetahui fungsi dan kelebihan kapal selam secara keseluruhannya.

Pendapat kami, ianya suatu usaha yang bagus dalam memberi satu pengalaman baru kepada masyarakat, terutamanya kepada anak-anak muda kita yang gemar dengan teknologi ketenteraan.Apa pula pendapat anda?

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


UzairOthman.com » konvokesyen Politeknik <b>Merlimau</b> Melaka ke-9

Posted: 24 Sep 2011 07:41 PM PDT




24/9/2011 – Bertempat di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berlangsungnya Majlis Konvokesyen Politeknik Merlimau Melaka kali ke-9 yang Uzair hadiri bagi mengambil Diploma yang Uzair belajar disini selama 3 tahun yang lalu..Uzair mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik di PMM, telah pun menerima segulung diploma yang diberikan oleh pihak politeknik setelah uzair lulus pembelajaran disini.



banyak pengalaman dan pengorbanan yang uzair lalui untuk berjaya di PMM ni, di politeknik ini jugalah uzair banyak menimba ilmu pengetahuan yang luas tentang dunia kehidupan dan kejuruteraan. konvo uzair ini bermula pada jam 9 pagi yang dimulakan dengan perarakan masuk pelajar dan majlis istiadat konvokesyen PMM . Diploma yang uzair terima itu diserahkan daripada ketua pengarah politeknik malaysia sambil diiringi pengarah politeknik merlimau melaka.


inilah beberapa gambar kenangan uzair konvo dan ia pasti akan di ingati sehingga hujung nyawa uzair dan terima kasih kepada pensyarah dan rakan2 politeknik merlimau melaka kerana memberi tunjuk ajar disana dan terima kasih kepada keluarga kerana memberi sokongan untuk uzair belajar..



perarakan masuk majlis istiadat konvo

pelajar cemerlang PMM iaitu Jimmy (sama belajar kat uniten)..hehe

uzair time kuar dewan

bersama blogger mohdzaid.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sukakan Cerita Saya Ini? Jom Kongsi:

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Demi Rakyat: Ceramah Anwar <b>Di Alor Gajah</b> Melaka

Posted: 23 Sep 2011 02:55 AM PDT

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


PRU13 Sengit <b>Di Negeri</b> Sembilan

Posted: 31 Jul 2011 11:32 PM PDT

SHAH ALAM 1 OGOS: Simulasi pilihanraya Umno bukan sahaja meramalkan BN tewas di Perak, tetapi juga di Negeri Sembilan. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke menjangkakan Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertembungan hebat dalam PRU akan datang.
Beliau bagaimanapun mengambil sikap berhati-hati bagi mengelak termakan perangkap psikologi Barisan Nasional.
"Kita menjangkakan ada persaingan sengit dikedua-dua negeri ini. Apa-apapun saya rasa, dipihak kita dalam Pakatan Rakyat kita jangan termakan dengan propaganda ini," tegas Anthony.
Beliau juga berharap agar semua ahli parti akan terus bekerja keras selagi pilihanraya ke-13 masih belum diadakan.
"Mungkin seolah-olah mereka nak membuat kenyataan ini untuk kita berasa selesa dan supaya tidak perlu bekerja kuat untuk berkempen. Jadi saya tidak perlulah berasa terkejut ataupun berasa gembira dengan kenyataan seperti begitu," jelas Anthony.

ads