Rabu, 7 Mac 2012

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


HOT! SAYAP PUTERI MANA PULAK BUAT HAL NIE @NajibRazak <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 09:47 AM PST

March 5, 2012

Agak-agak siapa harus dipersalahkan angkara penglibatan Puteri UMNO Malaysia sendiri yang dikatakan terlibat dan harus bertanggungjawab sepenuhnya.

Ini bukan cerita kedai kopi atau wayang yang sudah disediakan skrip namun inilah realitinya dimana sikap dan peranan Puteri UMNO itu sendiri. Atas kesedaran dan rasa simpati ,khidmat yang diberikan bukan semata-mata kerana politik tetapi keperihatinan membantu sesama insan menjadi agenda perjuangan mereka juga.

Jom baca selanjutnya:-

Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri Umno Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas.

Ketua Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin berkata perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.

"Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.

Beliau berkata pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.

Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.

Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lebih satu jam untuk mengeluarkan serpihan akibat letupan tersebut. BERNAMA

 

K-MPM said: ini kes Puteri buat Srikandi PKR menangis…syabas Ketua Puteri UMNO..

3.090607 101.529597

Advertisement

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads