Jumaat, 9 September 2011

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Dua lelaki ditahan selepas 4 jam curi kereta

Posted: 08 Sep 2011 04:03 PM PDT

MELAKA 8 Sept. – Kurang empat jam selepas melarikan dua buah kereta, dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an diberkas polis di Batang Tiga, Tanjung Kling, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kejayaan itu adalah hasil tindakan pantas sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri ketika membuat rondaan.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, polis telah menahan dua buah kereta jenis Honda Accord dan Honda Civic dalam keadaan mencurigakan di Tanjung Kling.

"Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek itu, polis mendapati kereta Honda Accord terbabit adalah milik seorang doktor yang dilaporkan hilang di kawasan Flat Seri Siantan, Bukit Baru, pukul 8.55 pagi hari yang sama.

"Sebuah lagi kereta Honda Civic yang ditahan juga didapati dicuri di kawasan Hotel Farmosa Garden, Limbongan tidak jauh dari Tanjung Kling pukul 3.34 petang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ghee Lye menambah, kedua-dua suspek yang ditahan dipercayai merupakan anggota sindiket curi kereta dan sedang merancang membawa kedua-dua kenderaan itu ke Johor Bahru.

Ujarnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis turut menemui kunci yang diubah suai dengan bahagian hulunya ditajamkan dan percaya peralatan itu digunakan untuk menghidupkan enjin kenderaan yang dicuri.

Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata, polis sedang memburu dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, kedua-dua suspek itu dipercayai menipu orang ramai kononnya menjual barangan lelongan Kastam membabitkan kerugian RM28,600.

Ujarnya, sebanyak sembilan laporan mengenai kes tersebut diterima.

Beliau berkata, suspek akan memperkenalkan diri sebagai pegawai atau mempunyai kenalan di Kastam sebelum menawarkan barangan lelong seperti komputer riba, telefon bimbit, televisyen dan kenderaan dijual pada harga yang murah.

"Setelah mendapat wang dalam jumlah ditetapkan, suspek akan menghilangkan diri dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads