Isnin, 27 Jun 2011

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


TUKAR TAYAR BARU: ALI RUSTAM KEPANASAN <b>DI BUKIT KATIL</b>, AKAN CARI <b>...</b>

Posted: 10 May 2011 10:11 PM PDT

"Kita cabar Ali Rustam supaya buktikan bahawa DAP memindahkan pengundi dari kawasan lain ke kawasan Parlimen Bukit Katil.

"Jika beliau gagal buktikan bermakna beliau menipu rakyat," kata Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP negeri pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Beruang semalam.

Ali Rustam dalam kenyataan medianya semalam menyatakan bahawa DAP telah memindahkan pengundi ke parlimen Bukit Katil dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat siasatan.

Beliau berkata terdapat 25 orang pemilih pada alamat yang sama.

Khoo berkata beliau akan bertemu dengan SPR untuk meminta badan tersebut menyiasat dakwaan Ali itu.

"DAP bersedia untuk disiasat dan jika kita juga meminta SPR menyiasat pihak lain, jika DAP terbukti melakukan perkara tersebut, kami sedia untuk dilucutkan keistimewaan menjadi Penolong Pendaftar SPR.

"Tidak ada apa yang DAP hendak takutkan kerana kami yakin ianya adalah tuduhan dan fitnah kepada DAP," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kerja-kerja jahat seperti itu biasanya dilakukan oleh BN di kawasan-kawasan yang mereka rasakan akan kalah.

"Di Selangor, Umno dan BN memunggah pengundi-pengundi dari luar untuk merampas negeri Selangor dari PR, ianya didedahkan secara jelas dengan bukti-bukti yang nyata oleh PAS dan PR negeri Selangor.

"Ali Rustam cuba memfitnah PR di Melaka sedangkan kerja-kerja sedemikian sudah menjadi darah daging Umno dan BN," kata Yusof.

http://www.harakahdaily.net/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Klik Web DBP | PENDETA ZA&#39;BA:”Pelita yang Tak Pernah Padam”

Posted: 23 Jun 2011 07:29 PM PDT

 
Pendeta Za'ba

Nama sebenar : Zainal Abidin bin Ahmad, Tan Sri Dr.
Nama pena : Pendeta, Za'ba, Anak Melayu Jati, Patriot,  Zai Penjelmaan
Tarikh lahir : 16 September 1895
Tempat lahir : Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Tarikh meninggal dunia : 23 Oktober 1973

ZA'BA telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun. Beliau mula bersekolah di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika usianya 12 tahun. Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami pengajian Arab dan Islam. Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution dan lulus peperiksaan Senior Cambridge (1915). Sewaktu menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, Universiti London, beliau diberi peluang untuk mengambil ijazah. Pada tahun 1953, beliau telah berjaya memperoleh Sarjana Muda  Sastera (Pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab).

Za'ba mulai serius menulis ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Baru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan sebanyak dua kali oleh akhbar Utusan Melayu. Za'ba berkeupayaan menggabungkan pelbagai aspek seperti bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, politik dan pendidikan dalam penulisannya.

Ketika berkhidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Za'ba menumpukan usahanya untuk menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Ketika di Tanjong Malim juga, Majalah Guru dan Al-Ikhwan telah terbit. Za'ba turut menyumbangkan hasil tulisan, termasuk karya terjemahan beliau dalam kedua-dua majalah  tersebut sehingga tahun 1931. Beliau kemudian meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis rencana bercorak agama untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, buku Umbi Kemajuan telah diterbitkan pada tahun 1932.

Za'ba merupakan anak Melayu yang tidak jemu-jemu mengabdikan dirinya dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Karya beliau yang terkenal ialah Pelita Bahasa Melayu, sebuah kitab rujukan utama bagi seluruh masyarakat yang ingin mempelajari bahasa Melayu. Beliau juga berjaya menghasilkan buku tatabahasa berjudul Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-dua karya tersebut telah dijadikan buku teks sekolah sehingga selepas Perang Dunia Kedua. Selain itu, Daftar Ejaan Jawi/Rumi merupakan sebuah lagi hasil karya terpenting Za'ba. Beliau turut menulis dalam Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JAMBRAS) dalam usaha beliau memperkenalkan bahasa Melayu kepada orang asing.

Za'ba tidak hanya menumpukan minatnya terhadap bidang bahasa dan persuratan Melayu, malah tulisan beliau melangkaui bidang lain seperti ekonomi, agama dan sikap orang Melayu sendiri. Beliau menulis tentang kemiskinan dan menyentuh mengenai cara mengatasi ekonomi masyarakat Melayu ketika itu. Di sinilah terletaknya ketegasan dan kebolehan beliau sebagai seorang nasionalis.

Selain itu, Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Beliau pernah menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (1937), dan dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (1945). Pada tahun 1953, beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bersama-sama Ungku Aziz, beliau mengatur pembentukan Pertubuhan Bahasa Pelajar dan dua tahun kemudian beliau menubuhkan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM).

Beliau menerima gelaran "Pendeta" secara rasmi pada tahun 1956 ketika berlangsungnya Kongres Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang dicurahkan dalaml kerjanya adalah kerana beliau mahu meletakkan bahasa Melayu di puncak persada tanpa mengharap apa-apa balasan.

Malahan, beliau pernah menolak anugerah bintang penghormatan Pingat Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Dato', dan bintang  kebesaran dari negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun, pada tahun 1962, beliau akhirnya bersetuju menerima Pingat Bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran "Tan Sri" daripada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Pada tahun 1973 pula, Za'ba memperoleh Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumbangan beliau sangat besar ertinya. Beliau bertanggungjawab merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya ketika itu dan juga Sumatera.

Za'ba  ialah sumber ilham dalam dunia pendidikan Melayu dan Arab. Beliau diibaratkan sebagai sebuah pelita yang mengerdip dalam kegelapan kemiskinan dunia pendidikan orang-orang Melayu ketika zamannya.

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahad, 26 Jun 2011

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


PERODUA buka pusat 3S <b>di Ayer Keroh</b> Malaysian News Berita Melayu <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2011 09:02 PM PDT

June 27th, 2011 | by admin |

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan membuka pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S), di Melaka bulan depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh.

Gosip skandal kasus PERODUA buka pusat 3S di Ayer Keroh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


CHEMPAKA in the HOUSE: COCONUT SHAKE AT <b>KLEBANG</b> MELAKA..HAPPENING!!!

Posted: 13 Jun 2011 11:38 PM PDT

Assalammualaikum semua...

CITH nak promot satu minuman yang sedang 'ngetop' kat Melaka sekarang iaitu COCONUT SHAKE.ni pun pasal berjalan hari tulah baru tahu.sumbernya daripada Kak Cikku yang pernah mene'try' kat sini masa dia ada kerja di sini dulu.masa tu kata dia tak sefofular macam hari ni.apa COCONUT SHAKE?kelapa muda yang diblend bersama ais dan dicampur sekali dengan airnya.kat mana LOKASI? di tepi jalan besar Klebang bersebelahan dengan steyen minyak Caltex.dari jauh lagi dah nampak deretan kereta di kedua belah bahu jalan di sini,so tak susah nak cari.(foto diambil dari dalam kereta)memang sekali ingat rumah orang kawin tapi rupanya hanyalah sebuah warong tepi jalan yang memang happening yang menjadi tumpuan orang!bukan setakat plat kereta tempatan tapi juga kebanyakkannya dari luar Melaka.

hari Ahad lepas CITH pun menjadi sebahagian daripada orang yang sangat teruja nak mencuba COCONUT SHAKE ini.hasilnya?memang tak menghapakan walaupun terpaksa berjalan di panas terik-parking mak datuk jauhnya...tapi berbaloi.

dapat minum....emmmm slurp..slurp memang mengujakan.tengoklah 2 beradik ni menghayatinya.(sampai lelap-lelap-menikmati...)coconut shake ni harganya taklah mahal mana pun.segelas RM2.00.ni termasuk 1 scop aiskrim di atasnya.ni kira speciallah! tak ada aiskrim tu kira biasa-biasa punyalah.dah jauh-jauh datang,kita pekenalah yang specialkan!

apa yang happening?:
1.sedap-terasa kelapa yang diblend tu lembut je masuk kat tekak ni.
2 seronok berkongsi dengan ramai orang yang datang.(kena beratur ramai...kalau minum kat sini tak payah beratur)3.ada jual nasi lemak yang comel.makan 1 sure tak cukup.(tapi CITH tak makan ni.pekena coconut shake je)dan juga kuih muih lain.

waktu operasi bergantung kepada bekalan aiskrim dan buah kelapa yang menjadi sumber utamanya.kalau cepat habis,cepatlah tutup warung.(bekalan kelapa muda...)apa pun COCONUT SHAKE memang sedap.bila lalu kat tekak tu rasa...emmmm sejuk,lembutnya isi kelapa tu..waduh bikin jatuh cinta lagi ni! hihi....

ALAHAI...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


Komuniti <b>Sungai Udang</b> River Ranger: MATHEMATICS CAMP <b>DI</b> TAMAN <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 05:33 PM PDT






Pada 17 Mac 2011 yang lalu PKA Masjid Darul Muttaqin dengan kerjasama JKKK Sungai Udang dan River Ranger Sungai Udang telah mengadakan program Mathematics Camp di Taman Pertanian Malaysia Shah Alam. Seramai 83 orang pelajar berusia diantara 13 hingga 17 tahun telah menyertai program tersebut. Program sehari itu diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan betapa seronoknya mempelajari subjek matematik disamping berinteraksi dengan alam sekitar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti permainan paintball, berkayak, maths quest dan penjagaan alam sekitar walaupun hujan turun dengan agak lebat pada waktu tengahari. Program tersebut berakhir sekitar jam 6.00 petang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Maksiat <b>di Negeri Sembilan</b> mengundang bala

Posted: 22 Jun 2011 04:00 AM PDT

Oleh: amkns

"

SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.

 

Firman Allah yang bermaksud: Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)

 

Allah menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan (rujuk ayat 40 surah al-Qasas).

Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan ketetapan Allah. Orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama lelaki iaitu liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah.  

Allah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan malaikat Jibrail menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan kembali ke bumi (rujuk ayat 74 surah al-Hijr).  

Selain itu, Allah juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang hebat itu (rujuk ayat sembilan surah al-Ahzaab).

Selanjutnya adakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat maksiat yang dilakukan oleh kaum Bani Israel. Allah memberikan gambaran tentang hukuman yang dikenakan terhadap Bani Israel. 

Allah berfirman yang bermaksud: Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5). 

Berdasarkan kisah-kisah umat yang telah dihukum oleh Allah, tentu sekali kita dapat menganalisis atau muhasabah diri tentang dosa-dosa atau maksiat yang telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dosa-dosa 100 tahun yang lalu. Semuanya menjadi sebab musabab malapetaka yang perlu kita hadapi selagi kita keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah.  

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua (riwayat Ahmad)." 

Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang berlaku terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah.

 

Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan musuh dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan tentera Islam bergembira merayakan kemenangan. Tetapi Abu Dardak seorang sahabat besar menangis.

 

Apabila ditanya mengapa beliau dalam kesedihan, Abu Dardak menjawab: "Aku menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah meminggirkan mereka."

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

 

PANTAI MAKSIAT

Harian Metro 20 Jun 2011

 

PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

 

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

 

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

 

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

 

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

 

"Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

 

"Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit," katanya.

 

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

 

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

 

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

 

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article/

"Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


homestay baru <b>di serkam</b> pantai melaka dibuka untuk… « Manakedai&#39;s Blog

Posted: 17 Jun 2011 10:59 AM PDT

homestay baru di serkam pantai melaka dibuka untuk di sewa! banyak lokasi menarik di sini, makam tun teja, perigi portugis, rumah tradisional penghulu mad natar dll, medan ikan bakar banyak, kelong pancing ikan pon banyak di sini.. rasai kedamaian jiwa di sini http://ping.fm/CLqrl

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di lubok china - Google Blog Search

04 di lubok china - Google Blog Search


kesahchemija: part 6 : regarding my life (isteri cerdik yang soleha)

Posted: 26 Jun 2011 12:05 AM PDT

hai semua,,, moga riang ria sentiasa memandangkan tak lama lagi nak berpuasa dan kemudiannya raya,, huhuhuu

online punya la online rupanya ada assignment tak siap lagi,,,'isteri cerdik yang soleha' hehehhe

bahan-bahan rujukan semuanya bukannya ada lam internet, semuanya kena cari lam buku teks sekolah menengah.. kalau tiada kena la pergi ke pustaka mentelaah,, huh!! pustaka nilam tiada buku berkenaan maka kena la pergi ke pustaka lain...

oklah, nak bersiap sedia balik ke hostel,, bai kawan-kawan,,lain hari lain masa, che mija update entry k,, i like silent reader like uol ,, <3

tenkiu sudi baca

tamat lagi satu kesah^^,)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabtu, 25 Jun 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Anis Anwary: Bercuti <b>di</b> Pantai <b>Tanjung Bidara</b>,Melaka

Posted: 14 Apr 2011 12:31 PM PDT

Assalamualaikum semua.Mesti kamu semua  rasa pelik kan dengan entry saya kali ni?haha!saya dah tak tulis dalam english dah.Saya tulis dalam bahasa melayu dah.Kenape?sebab saye ikot Babydiera lah.Ape lagi.HAHAHA!alah,bukan ape,saya tulis entry dalam english pon sebab maybe ada yang non malay baca blog saya.Tapi saya tgk mcm takde je non malay yang baca.Semua malay je.So,baik saya tulis dalam bahasa melayu.HIHIHI.

Untuk entry kali ni,saya nak bercerita tentang percutian saya ke Pantai Tanjung Bidara,Melaka.Percutian ni dah lama kami bincangkan dari bulan lepas lagi.Tapi still tak ada peluang nak pegi.Pada sabtu lepas,baru lah kami berpeluang nak pergi bercuti bersama-sama.Yang pergi dalam percutian ini ialah kekasih hati saya Babydiera,Bab Xavies,Kecik Lazara,Aiman Biber,Aizat smith dan Bittu batman.Setelah semua sudah bincang pada minggu tu,kami pon bersiap sedia dari hari sabtu lagi.Alhamdulillah bersyukur pada Allah apabila Aizat Smith menyedari bahawa tayar kereta mak saya telah botak dan dawainya sudah terkeluar-keluar.Pada malam itu juga saya minta duit papa untuk beli tayar baru.Pada awalnya,kedai dah nak tutup,tapi bisnes punya pasal,sanggup tutup lewat.Selepas menukar spender,eh silap,selepas menukar tayar kereta,kami pon pulang untuk packing barang.Saya sempat tidur sekejap,sebab terlalu mengantuk.Dalam pukul 1,aku terjaga,sebab Aizat Smith kacau saya tido.Saya pon mandi dan siapkan diri.Aizat Smith dan Kecik lazara sempat buat video shuffle di dalam bilik saya sebelum kami bertolak.

Saya comel kan?please ckp saya comel :)


Kami bertolak dari rumah pada pukul 2 pagi.Kami pon pegi ambil babydiera dan bab xavies seterusnya ke kedai mamak untuk mengalas perut kami.Pada pukul 3 tepat,kami pon meneruskan perjalanan ke Melaka.Ketika dalam perjalanan,Aiman bieber tido nyenyak sambil mulutnya ternganga sementara Bitu pula tido berdengkur sampai kami sesat jalan.Alhamdulillah,nasib baik bitu sempat bangun ketika kami sesat.Kami sempat masuk ke simpang masjid tanah,kalau tak dah pergi bandaraya Melaka dah.Kami pon teruskan perjalanan dan akhirnya,sampailah di Pantai Tanjung Bidara.Banyak chalet yang penuh ketika itu.Ketika Aizat Smith nak buat U-turn,tiba2 tayar kereta terjerlus di dalam pasir.Dalam juga pasir itu.Kami cuba menolak kereta,tapi tak jadi.Hasil otak cerdik Aiman Bieber,kami berjaya menolak kereta itu dengan meletakkan kayu dan spring di bawah kereta.

Tough tak saya?Huhu


Setelah penat dengan kerja itu,kami minum pagi di gerai.Selepas minum,kami ke rumah nenek Bitu utk berehat sebentar.Selepas setengah jam berehat,kami menuju ke pandai yang berdekatan dengan kem sebab bitu ckp kat situ best.Apabila sampai,kami mencari port yang hujung sekali,sebab port di situ aman dan tiada org.Saya agk hampa skit sebab ombak tidak kuat.Saya gemar bermain ombak.Babydiera tidak mandi dan hanya bermain handphonenya saja sementara saya menemaninya.Hai,cantik tak?ni bab yang tulis
Ini tapak sulaiman yang saya jumpa.Pelik kan?

Ini obor-obor yang saya jumpa.Masak gulai sedap ni :P


Babydiera kesian saya tak dapat mandi dan akhirnya dia mengizinkannya.Saya mandi kejap je sebab tak suka dengan keadaan laut disitu.Seterusnya,saya dan kawan-kawan tulis mcm2 di atas pasir.Kami juga turut terjumpa obor-obor dan tapak sulaiman di situ.Hehe.Setelah hampir sejam di pantai,kami berehat sebentar di rumah nenek Bitu.Kami sempat mengambil gambar di sekeliling kawasan umah nenek Bitu yang cantik dan aman tu.Selepas sejam berehat,kami pon meneruskan perjalanan ke Bandaraya Melaka.Ketika dalam perjalanan,semua tidur nyenyak kecuali saya dan Aizat Smith.Apabila sampai,Babydiera terus terjaga.Saya mengajaknya jalan-jalan di sekitar mahkota parade.Kami sempat makan McDonald sebab tak boleh keluar dari bangunan kerana hujan yang amat kebat.Selepas selesai makan,kami berjalan di sekitar Mahkota Parade.Apabila hujan sudah berhenti,kami pon kembali semula ke kereta.Ketika itu kereta sudah overheated,nasib baik saya datang dan off engine.Kalau tak,habis meletup kereta saya.Ketika itu,saya pon ambil camera untuk menangkap gambar baby comel saya Babydiera.Ketika saya sedang ambil camera,Aizat Smith dan Aiman Bieber terjaga.Saya pon ajak diorang ke dataran pahalawan.Kami sempat buat photoshit disekitar padang Dataran Pahlawan.Selepas photoshit,kami pon pulang ke kuala lumpur.Kami bertolak dalam pukul 6 petang dan sampai di rumah dalam pukul 9 malam.Saya yang drive tau.Sumpah ngantok gila,tapi demi cinta saya terhadap Babydiera dan kawan-kawan.Saya sanggup tahan.

Ini lah gambar babydiera yang comel hasil tangkapan saya.Comel tak?comel kan?nak cium?tak boleh.Saya je boleh.HAHA!

SAYA GEMBIRA SANGAT SEMUA ORG BERGEMBIRA PADA HARI ITU TERUTAMA KEKASIH HATI SAYA BABYDIERA.SAYA MINTA MAAF KERANA BUAT HAL HARI TU.SAYA JANJI SAYA TAK BUAT LAGI.


Thanks for reading . I hope you like it . Come here again . Have a nice day :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


IndiaMuslim.Com.My • View topic - Seminar Pelaburan Hartanah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 10:48 PM PDT

Kumpulan Syarga merupakan kumpulan yang telah lama menceburi & membuat kajian menyeluruh dalam bidang Hartanah, Guaman, Renovasi Rumah & Perladangan dan di atas pengalaman pahit manis yang telah lama kami tempuhi maka kami membuat keputusan berkongsi ilmu yang kami ada kepada sesiapa yang ingin menceburi terutamanya dalam bidang hartanah daripada asa sehingga menyentuh perihal hartanah yang lebih mendalam.

Sebelum mengeluarkan perkongsian bagi artikel kali ini, wakil pihak Berita Semasa telah berjumpa sendiri dengan pengerak utama Seminar Pelaburan Hartanah ini, iaitu Tuan Syed (Group CEO SyargaProperty Expert & Consultant Sdn Bhd) bagi memastikan semua pembaca Berita Semasa yang bakal menyertai seminar ini di Ayer Keroh Melaka kelak "benar-benar mendapat manfaat".

Kepada anda-anda dari Melaka khususnya atau dari Negeri Sembilan atau Johor umumnya yang mempunyai kelapangan dan paling pentingnya berminat mempelajari selok-belok bidang hartanah, anda dipelawa untuk menyertai Seminar Hartanah di Ayer Keroh Melaka. Kalau sebelum ini, anda mungkin masih berasa :

"Belum bersedia" untuk melabur di pasaran hartanah kerana tidak tahu cara dan selok-belok sebenar untuk memulakannya ataupun
Anda merasakan melabur di dalam pasaran hartanah terlalu rumit untuk dilakukan separuh masa ataupun juga
Anda telah menerima nasihat yang salah menyebabkan kita rugi ribuan ribu ringgit dalam pelaburan hartanah?
Jadi pihak Kumpulan Syarga berbesar hati untuk mempelawa anda menyertai Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka. [TERHAD] Anda berminat untuk belajar, mereka sedia mengajar dan "memandu" anda dalam perihal hartanah sehingga anda benar-benar berjaya (sekurang-kurang memiliki sebuah rumah hasil daripada seminar ini)

Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka
Yuran Pendaftaran Seminar : RM650 sahaja
Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 9 pagi hingga 5 petang
Peserta Seminar : 50 orang [maksimum]
Lokasi : Bangunan Persatuan Kontraktor Melayu Melaka (No. 98, Jalan TU/42 Taman Tasik Utama, Ayer Keroh 75450 Melaka). Berdekatan dengan MiTC Melaka.

Modul & topik dalam Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka
Antara topik yang bakal anda pelajari dalam Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka kelak adalah seperti berikut:

Cara mendapatkan rumah yang sangat murah (Diskaun sehingga 60% daripada harga pasaran). Ehem…hintnya, kami telah pun diberitahu berkenaan ini. Sangat menarik. Hanya mereka yang terpilih sahaja mampu menawarkanpeluang sebegini kepada bakal pelanggan mereka sahaja seperti yang Kumpulan Syarga perolehi sekarang.
Cara menjual semula rumah anda dalam tempoh yang singkat, pun akan dikongsikan seminar pelaburan hartanah ini. (Kata mereka, lebih kurang 2 minggu sahaja dah boleh jual semula)
Cara untuk anda mendapatkan pulangan pelaburan hartanah yang telah dilakukan sehingga boleh mencapai Return On Investment 100%
Cara mengira kos kontraktor untuk pembaikan/pengubaisuian rumah. Kata mereka, supaya anda yang hadir ke seminar mereka selepas ini tidak lagi mudah diperdayakan angkara kekurangan ilmu. Jadi selepas anda menghadiri seminar pelaburan hartanah anjuran Kumpulan Syarga ini, anda sudah boleh menilai samada sebut harga daripada kontraktor yang dilantik berbaloi dan boleh mengurangkan kos daripada wang anda atau tidak. Sekaligus, anda boleh memaksimakankeuntungan anda!!!
Anda sebenarnya boleh menceburi pelaburan hartanah walaupun sebenarnya simpanan anda terhad. Tiada masalah.
Cara bagaimana anda sebenarnya mengira sendiri kos guaman dalam pembelian rumah & cukai hartanah
Cara bagaimana anda boleh membeli hartanah secara tunai
Anda akan didedahkan dengan pelbagai perkongsian ilmu bagi mengelakkan daripada ditipu oleh pihak ketiga dalam pembelian rumah
Aspek-aspek penting sebelum & selepas pembelian rumah
Anda akan diajar bagaimana cara mendapatkan ROI sehingga 20% untuk rumah sewa milik anda
Cara menjadi broker untuk menjual rumah
Cara berbincang dengan pembeli & penjual rumah
Semua aspek yang anda perlu tahu berkenaan dengan rumah lelong, para spaker dalam seminar pelaburan hartanah anjuran Kumpulan Syarga ini akan pandu dan ajar anda termasuklah bagaimana cara nak buat renovation bagi naikkan nilai rumah dan aspek legaliti
Anda boleh & perlu mengetahui aspek-aspek perundangan dalam pembelian hartanah terutamanya secara lelongan
Bagaimana menyelesaikan masalah pembelian rumah-kos kos rendah seperti SUK(Selangor) & DBKL (Kuala Lumpur)
Didedahkan juga kepada anda bagaimana memohon diskaun daripada bank apabila memenangi rumah secara lelongan
Kesemua ini dan banyak lagi yang akan dibentangkan oleh tenaga pegajar yang bertauliah dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang hartanah
Kalau sebelum ini, anda sering menggunakan khidmat ajen hartanah untuk pembelian secara lelongan, kalau anda menyertai Seminar Pelaburan Hartanah anjuran Kumpulan Syarga ini anda tidak memerlukan agen-agen hartanh ini sebenarnya. Ini kerana mereka akan memberikan maklumat & pendedahan yang telus mengenai bagaimana hendak membeli rumah lelong serta info-info berkaitan yang biasanya tidak diberitahu @ tidak diketahui oleh ajen-agen hartanah lelong sekalipun.

SITUASI #1

Okey…..pernahkah anda mendengar semasa dalam proses membeli rumah-rumah yang dilelong ada sesetengah pembida kehilangan wang deposit atas sebab-sebab tertentu yang mereka kurang arif dan hanya merujuk kepada ajen-agen hartanah sahaja. Kemudian, tak cukup dengan itu, ada juga kes pembida terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang amat besar untuk menanggung kos-kos yang tidak diketahui oleh pembida akibat perkara yang sama juga dan apabila semua masalah ini berlaku rumah tersebut akan dilelong sekali lagi maka pembeli tersebut mengalami kerugian yang kadang-kadang bukan disebabkan oleh dirinya sendiri.

SITUASI #2

Tahukah anda apabila membeli rumah lelong ada sesetengah bank memberikan diskaun di atas pembelian rumah yang anda berjaya dibida antara 10% dan sehingga 30% tertakluk kepada beberapa syarat yang dikenakan oleh pihak bank yang mana kebanyakkan ajen-agen hartanah tidak mengetahui perkara ini. Bayangkan sebagai contoh apabila anda berjaya membida rumah bernilai RM100,000 & anda mendapat diskaun sebanyak 30%, ia menjadikan nilai sebenar anda membeli rumah lelong tersebut, hanyalah RM70,000.

Kebanyakan modul-modul yang bakal dikongsikan dalam Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka ini kelak adalah berdasarkan formula-formula yang telah diciptanya sendiri berdasarkan pengalaman luas Tuan Syed terlibat dalam dunia hartanah. Mereka yang mengajar juga merupakan peguam bertauliah yang juga merupakan satu bonus bagi sesiapa yang nak ceburkan diri dalam bidang hartanah.

Katanya lagi, kalau sebelum ramai yang masih masih menyewa dan tidak mempunyai rumah sendiri kerana :

tiada sebarang duit simpanan walaupun sudah bekerja
tidak "berani" memiliki sebarang aset/rumah walaupun sudah berkerja
Tetapi bagi mereka, itu semua bukanlah masalahnya sebenarnya kerana mampu membeli rumah melalui cara & formula mereka. Selepas anda menghadiri Seminar Pelaburan Hartanah kumpulan Syarga, anda dah boleh buat sendiri tanpa bergantung kepada agen,perihal guaman pun anda dah boleh tahu, perihal ubah suai rumah pun sama.

Kepada yang berminat, sila ikuti Prosedur seperti di bawah bagi mendaftarkan diri dalam Seminar Pelaburan Hartanah di Melaka [TEMPAT TERHAD]

PROSEDUR PEMBAYARAN
LANGKAH 1 : Lakukan pembayaran berjumlah RM650 ke salah satu akaun bank dibawah menggunakan kaedah Fund Transfer atau ATM Transfer atau Cash Deposit:

Akaun Maybank : 1621-8832-7429 (Erwan Nur Ali)
Akaun CIMB : 1425000-5212053 (Erwan Nur Ali)
Akaun RHB : 1-18011-0000140-6 (Erwan Nur Ali)
LANGKAH 2 : Pastikan anda sentiasa menyimpan rekod transaksi (resit jika cash deposit) atau print screen / pdf print butiran transaksi untuk rujukan dikemudian hari.

LANGKAH 3 : Untuk rujukan perbankan online,sila masukkan alamat email berikut: kumpulansyarga@gmail.com

LANGKAH 4 : Smskan juga bukti pembayaran anda ke 012-2249146 (Encik Khairul) bagi tujuan pengesahan & seterusnya mendaftarkan nama anda dalam seminar pelaburan hartanah di Melaka.

P/S : Akhir sekali Tun Syed telah mencabar kepada orang Melaka khusus dan juga peserta seminar yang bakal hadirkan diri kelak amnya untuk mempersiapkan soalan-soalan yang sukar (yang anda rasakan mereka tidak mampu menjawabnya) berkaitan dengan hartanah. Itu cabaran daripadanya…….Di mana soalan tersebut juga nanti akan bakal menjadi satu perkongsian tambahan kepada bakal-bakal seminar kelak.

PP/S : Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh sms kepada Encik Khairul (012-2249146)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di durian tunggal - Google Blog Search

04 di durian tunggal - Google Blog Search


~ HiKaYaT NahDatuLiZaH ~: Ke <b>Durian tunggal</b> - ke majlis majlis kahwin

Posted: 04 Jun 2011 05:42 AM PDT

Assalam bloggers / readers,

Just a quick update untuk hari ni.

Hari ni adalah hari memenuhi undangan majlis perkahwinan kengkawan.

Lokasi yang di tuju adalah durian tunggal.

Cik Izah ade 2 jemputan dan nasib baik dua-dua nye kat durian tunggal. So takyah lah berpusing jauh-jauh. (padahal sesat jugak mulanye...huhuhu).

Oh ya sempat la amik gambau dengan pengantin tapi tak banyak. Rumah yang kedua tak sempat amik gambau dengan camera sendiri sebab mase tu pengantin sibuk bergambau gek.

 Bersama puan katy yang gojes. (ni umah pertama yang gi..)


Bersama cik Nurul a.k.a adik cik Izah. (on the way nak gi umah yang kedua)

Cam dibagitau tadi, tak sempat posing sakan dengan pengantin kat umah kedua sebab mereka sangat bizi bergambau. tapi tengok la kalau pengatin ade upload gambau kat fb ke nanti cik Izah cilok...hehehehe

Sekian update hari ni.

p/s: naseb baik tak salah umah tadi. mane taknye ade 2 lagi kenduri kawen kat tempat yang same. adehhh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


JOM MAKAN2-JALAN2: Nasi Padang @ Jalan <b>Sungai Udang</b>, Klang

Posted: 12 Jun 2011 09:20 AM PDT

Sekiranya anda berada di sekitar Klang dan mahu menjamu selera makanan Nasi Padang anda boleh singgah ke Restoran Sungai Udang.

Restoran ini boleh ditemui di Jalan Sungai Udang, Klang.

Ia menawarkan pelbagai jenis menu masakan Padang sepertimana restoran ala Minang lain.

Masalah yang mungkin Anda hadapi pastinya untuk memilih makanan kerana ia mempunyai berpuluh-puluh jenis menu.

Sekiranya anda tidak menggemari Nasi Padang, Anda boleh mengubah selera dengan memesan Nasi Ayam, Nasi Lemak Panas & Roti Canai.

Selamat mencuba.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads