Selepas penat memilih buku,
aku terus turun ke selatan.
singgah semalam di Port Dickson,
atau singgah semalam di Melaka.
Anak2 mengundi untuk singgah di PD.
Tetapi dengan kuasa veto yang aku ada,
Philea Resort and Spa di Ayer Keroh Melaka.
Banyak komen positif aku dengar pasal resort ini.
Rate hari2 biasa lebih murah banding hujung minggu.
Dua jam sebelum aku sampai,
aku dah
confirmed booking melalui Agoda.com.
Jadi urusan
checked in sangat pantas.
5 minit dah dapat bilik.
Buggy pun dah sedia menunggu.
Aku terkejut dengan keindahan resort ini.
Semuanya sangat cantik lagi mendamaikan.
Aku suka bangunannya.
Diperbuat daripada kayu pine.
Kayunya berkilat, licin tetapi keras.
Sangat kemas hasil buatannya.
Landskapnya pun cantik.
Tak terasa seperti berada di Melaka.
Aku ambil bilik biasa sahaja.
Tapi muat untuk 5 sekeluarga.
Bilik aku ditingkat bawah.
Menghadap kolam dan air terjun buatan.
Suasananya sunyi.
Hanya kedengaran bunyi air terjun.
Dan sesekali suara kanak2 menjerit dalam kolam.
Kenderaan tidak boleh dibawa masuk ke dalam resort.
Cuma sesekali
buggy akan lalu.
Membawa penghuni ataupun pekerja resort.
Tapi ianya menggunakan kuasa bateri.
Jadi tiadalah pencemaran bau ataupun bunyi.
Kolam di sini sungguh luas tetapi cetek sahaja.
Anak2 kecil memang tak nak naik ke darat punya.
Di tepi2 kolam ada disediakan gazebo besar.
Lengkap dengan tabir untuk keselesaan.
Bilik resort adalah yang terbaik sepanjang aku mengembara selama ini.
Segala2nya sesuai dengan jiwa aku.
Aircondnya sangat senyap.
Kipas angin juga dibekalkan.
Hiasan dalamannya
simple tetapi nampak mewah.
Terasa seperti berada di rumah rehat di USA.
Anak2 paling suka resort ini.
Bukan sebab dapat mandi-manda.
Bukan sebab dapat berlari2 sana-sini.
Tetapi sebab setiap bilik ada WiFi sendiri.
Pantas pulak tu.
Jadi masing2 dah tak nak keluar bilik.
Update status yang dah beberapa hari tertangguh.
Bilik airnya pun tak kurang hebatnya.
Tekanan airnya kuat.
Water heaternya berfungsi.
Bath tub pun ada.
Aku dah tak nak komplen apa2 dah.
Landskap di sini adalah terbaik.
Penggunaan kayu landasan keretapi disana-sini.
Aku memang gila minat kayu ini.
Kalaulah ianya murah,
memang teringin nak letak dirumah aku.
Pukul 8.00 pagi aku pergi bersarapan.
Meriah aje nampaknya.
Masa aku sampai,
ramai sibuk memegang gajet juga bergambar.
Rupa2nya ada artis bersarapan sama.
Aku pun tak melepaskan peluang.
Dapatlah bersalam dan bergambar dengan Shaheizy Sam.
Itu kurang penting.
Yang penting sarapan paginya.
Suasana bersarapan seperti orang kaya.
Layanannya bagus.
Pilihan makanannya pelbagai.
Pukul 11 pagi.
Aku
checked out.
Percutianku dah berakhir.
5 hari mengembara 5 buah negeri.
Tidur di 4 tempat berlainan.
Makan diberpuluh2 tempat makan.
Jumpa ramai orang.
Lihat banyak benda2 baru.
Sepanjang 10 tahun ini,
inilah cuti aku paling panjang.
Inilah pengembaraan paling sempoi aku.
Semuanya last minute.
Semuanya main redah sahaja.
Info daripada Google dan Foursquare jadi panduan.
Dan Waze jadi pemandu arah.
Tapi ini mungkin yang terakhir.
Anak2 dah semakin membesar.
Dah tak excited macam masa kecik2 dulu.
Hotel dan kolam renang dah tak diendah.
Pantai dan laut pun dah tak diendah.
Dunia realiti sekeliling dah tak diendah.
Yang penting ada gajet dan WiFi.
Duduk bawah kolong pun takpa.
Tunggu pengembaraanku seterusnya.