Selasa, 28 Jun 2011

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Buat homestay <b>di Jasin</b>, Melaka | Blog Zool Ligakampung

Posted: 27 Jun 2011 05:10 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini saya telah menerima satu panggilan dari penyewa rumah bahawa beliau akan berpindah. Mula-mula agak terkedu sekejap kerana secara tiba-tiba namun setelah dimaklumkan bahawa mereka akan berpindah pada hujung bulan Julai atau awal Ogos, sedikit kelegaan terpancar di hati. Bukan apa, perlu menyediakan duit cagaran iaitu 2+1 tapi disebabkan ada tempoh lagi, maka saya dapat mencongak bajet. Nampak gayanya bulan ni dan seterusnya tiada lagi pertambahan RM200 untuk duit sewa sekaligus menambahkan lagi perbelanjaan bulanan.
Tapi tak mengapa, sebab tiba-tiba saya mendapat idea lain. Pernahkah anda mendengar perkataan 'homestay'? Kalau dialihbahasakan perkataan tersebut ianya 'tinggal rumah'. Tak berapa menarik pula alihbahasanya jadi definisi 'homestay' pada pendapat saya adalah 'rumah yang dijadikan tempat untuk persinggahan oleh pelancong'. Sebenarnya idea ini telah lama ada dalam otak ni tetapi memandangkan rumah masih disewa maka ianya hanya tinggal angan-angan.

Kenapa nak buat homestay? Kenapa tak cari orang untuk sewa je rumah? Kan bulan-bulan boleh masyuk berbanding buat homestay yang belum tentu jadi. Mungkin ini antara persoalan-persoalan yang sering timbul . Berikut merupakan beberapa sebab yang menyebabkan saya memilih untuk membuat rumah saya di Jasin sebagai homestay :-

1. Rumah tersebut hampir 3 tahun disewakan dan memang jarang sekali saya singgah kecuali kalau berlaku kerosakan. Inilah aset termahal saya jadi mungkin dengan menukar konsep sewa ke homestay saya boleh menghabiskan banyak masa disitu.
2. Konsep ini agak popular kini. Ramai pelancong yang datang kurang selesa dengan hotel atau resort terutamanya pelancong tempatan dari kampung-kampung. Rumah teres mungkin lebih selesa terutamanya dikalangan pengunjung yang ramai. Malahan ada seorang rakan saya yang mempunyai rumah homestay di Masjid Tanah yang berjaya dalam bidang ini.
3. Pendapatan sampingan yang lebih menguntungkan berbanding sewa. Kalau ikut sewa, hanya RM200 dikenakan pada setiap bulan tapi kalau buat homestay dengan baik, mungkin caj dalam sekitar RM80 sehari boleh dikenakan. Insyaallah kalau berjalan lancar, pendapatan homestay mampu membayar sewa bulanan dan sewa utiliti berbanding sewa rumah biasa. Cuma mungkin modal permulaan sedikit tinggi memandangkan perlu mendapatkan dapur, meja makan, set katil, tv dan beberapa peralatan lain. Tapi kalau pengurusan baik, insyallah berjaya dapat modal pulangan dalam tempoh singkat.
4. Bila buat homestay maka saya tidak perlu membuat perjanjian. Secara jujurnya, penyewa sebelum ini tiada perjanjian bertulis. Nasib baik beliau juga seorang yang baik dan jujur. Segala pembayaran dilakukan dengan baik. Kalau tidak, memang masak le. Berbeza dengan homestay, kita boleh menyimpan deposit dan kita boleh mengetahui bila penghuni akan keluar. Tapi itu tak bermakna tidak mengambil langkah berhati-hati, insyaallah akan ada perjanjian tak rasmi secara bertulis dan memegang maklumat penyewa bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit.
5. Lebih mudah sekiranya si Zool mempunyai perancangan untuk tinggal di sana. Almaklumlah umur pun dah lanjut dan sepatutnya dah hidup berjauhan dari ibu dan bapa. Mana tau tiba-tiba dalam masa terdekat ni si Zool ditakdirkan mendirikan rumahtangga maka senang bagi si ZOol untuk tinggal. Tak perlulah nak menghalau penyewa atau pergi menyewa tempat lain..

Okay cukuplah setakat ini. Mungkin akan dikemaskini tentang homestay 'Si Zool' lepas penyewa keluar dari rumah dalam tempoh sebulan lebih ni.. Buat masa sekarang sedang memikirkan dan mencari kaedah pelaksanaan untuk menjadikan rumah tersebut sebagai homestay. Harap-harap berjaya..

Sekian…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :72
You can leave a response, or trackback from your own site.

Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini??

.

* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads