Selasa, 21 Jun 2011

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


COCONUT SHAKE AT <b>KLEBANG</b> MELAKA..HAPPENING!!!

Posted: 13 Jun 2011 11:38 PM PDT

Assalammualaikum semua...

CITH nak promot satu minuman yang sedang 'ngetop' kat Melaka sekarang iaitu COCONUT SHAKE.ni pun pasal berjalan hari tulah baru tahu.sumbernya daripada Kak Cikku yang pernah mene'try' kat sini masa dia ada kerja di sini dulu.masa tu kata dia tak sefofular macam hari ni.apa COCONUT SHAKE?kelapa muda yang diblend bersama ais dan dicampur sekali dengan airnya.kat mana LOKASI? di tepi jalan besar Klebang bersebelahan dengan steyen minyak Caltex.dari jauh lagi dah nampak deretan kereta di kedua belah bahu jalan di sini,so tak susah nak cari.(foto diambil dari dalam kereta)memang sekali ingat rumah orang kawin tapi rupanya hanyalah sebuah warong tepi jalan yang memang happening yang menjadi tumpuan orang!bukan setakat plat kereta tempatan tapi juga kebanyakkannya dari luar Melaka.

hari Ahad lepas CITH pun menjadi sebahagian daripada orang yang sangat teruja nak mencuba COCONUT SHAKE ini.hasilnya?memang tak menghapakan walaupun terpaksa berjalan di panas terik-parking mak datuk jauhnya...tapi berbaloi.

dapat minum....emmmm slurp..slurp memang mengujakan.tengoklah 2 beradik ni menghayatinya.(sampai lelap-lelap-menikmati...)coconut shake ni harganya taklah mahal mana pun.segelas RM2.00.ni termasuk 1 scop aiskrim di atasnya.ni kira speciallah! tak ada aiskrim tu kira biasa-biasa punyalah.dah jauh-jauh datang,kita pekenalah yang specialkan!

apa yang happening?:
1.sedap-terasa kelapa yang diblend tu lembut je masuk kat tekak ni.
2 seronok berkongsi dengan ramai orang yang datang.(kena beratur ramai...kalau minum kat sini tak payah beratur)3.ada jual nasi lemak yang comel.makan 1 sure tak cukup.(tapi CITH tak makan ni.pekena coconut shake je)dan juga kuih muih lain.

waktu operasi bergantung kepada bekalan aiskrim dan buah kelapa yang menjadi sumber utamanya.kalau cepat habis,cepatlah tutup warung.(bekalan kelapa muda...)apa pun COCONUT SHAKE memang sedap.bila lalu kat tekak tu rasa...emmmm sejuk,lembutnya isi kelapa tu..waduh bikin jatuh cinta lagi ni! hihi....

ALAHAI...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads