04 di batu berendam - Google Blog Search |
Kelab Basikal Tua <b>Batu Berendam</b>, Melaka: Jemputan ke Majlis Tahlil <b>...</b> Posted: 12 Jul 2011 11:47 PM PDT KBTBB dan seluruh AJK dan ahli-ahlinya dengan sukacitanya ingin menjemput sahabat-sahabat basikal tua seluruh Malaysia untuk menghadiri Majlis Tahlil bersempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1432H tidak lama lagi. Majlis ini akan diadakan pada Sabtu, 16 Julai 2011 bermula jam 8:00 malam di Pengkalan KBTBB di Batu Berendam, Melaka. Semoga kehadiran sahabat-sahabat ke Batu Berendam dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. Sebagai sebuah kelab basikal tua yang bergerak aktif dengan pelbagai acara dan kegiatan basikal tua, KBTBB sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang kurniakan olehNya. Selama 3 tahun penubuhannya KBTBB tidak pernah putus menerima limpahan rezeki dan nikmat dariNya. Justeru itu, dengan adanya Majlis seumpama ini ia akan dapat mengimbangi tuntutan dunia dan juga tuntutan akhirat di kalangan ahli-ahlinya. Dikesempatan ini KBTBB ingin memanjatkan rasa syukur dan berdoa agar kita semua mendapat keberkatan dan kesejahteraan serta dikurniakan kesenangan dunia dan akhirat...Amin. .. Insyallah pada keesokkan harinya Ahad, 17 Julai 2011, KBTBB dan Pemilik Basikal Tua - Chaah, Labis & Segamat (PECHAL) dari Johor akan mengadakan kayuhan persahabatan di antara 2 kelab (K2K) bersempena sambutan bulan Kemerdekaan Negara 2011 di sekitar Bandaraya Warisan Dunia bermula jam 7:30 pagi - 11:00 pagi. Acara kayuhan akan bermula di pengkalan KBTBB. Semua sahabat-sahabat dijemput hadir memeriahkan acara kayuhan tersebut dengan membawa Jalur Gemilang. Sekian untuk makluman. ... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
!nsp!ras!: Jeruk <b>di</b> MBMB <b>Batu Berendam</b> Posted: 03 Jun 2011 02:44 AM PDT Saya paling tak suka "melawat" MBMB Batu Berendam tu. Macam ada aura-aura negatif kat situ.1. Setiap kali saya datang, staf yang jaga kaunter ada duduk kat kaunter tapi selalu cakap "sana, sana" 2. Bila orang lain datang, terus je dia suruh orang yang baru datang ke kaunter dia. 3. Tiap kali datang mesti tunjuk muka emo. 4. Tak suka cakap terima kasih. Tiap-tiap bulan tau saya datang. Dah la susah. Ada ke patut bayar saman kat Melaka Mall. Beli kupon kat Batu Berendam. Tak pasang kupon, kena saman. Adoi. Menyusahkan. Maaflah cakap. p/s : entri akhir-akhir ni agak menjeruk rasa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di batu berendam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan