04 di lubok china - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search Posted: 02 Jul 2011 01:35 AM PDT Hujung minggu lepas, kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu Orang Rumah Bapak, Hajar di Lubok China, Melaka. Malam Sabtu selepas solat Isyak, kami bergerak ke sana dari rumah mertua untuk menghadiri majlis Berinai Besar pasangan tersebut. Teringat majlis Berinai Besar Bapak dan Orang Rumah Bapak tiga tahun lepas, kami pun pakai busana yang dinamakan baju Melaka dan diarak dengan iringan dentuman bunga api dan mercun.
Mak mertua beritahu kami tak 'dijulang' kerana bukan adat keluarganya yang digelar Melaka Pantai. Mak cakap keluarga Mak Chow (kakak sulung Mak Mertua) duduk di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan yang banyak dipengaruhi adat Perpatih. Bapak perhatikan ada seorang lelaki pertengahan usia pekat loghat Nogorinya yang digelar Buapak ligat memberi arahan tentang adat-istiadat pada malam itu.
Tak dapat dibayangkan berapa orang diperlukan jika kami (terutamanya Bapak..hehe) perlu 'dijulang' dan berpeluhnya Orang Rumah memakai sanggul lintang seberat 3 kg di atas tudung kepala..hehhe...
Esoknya, selepas menghadiri majlis persandingan Hajar, kami pulang semula ke Ipoh. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan