Ahad, 24 Julai 2011

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT

Kes ini sesuai disebut sebagai kes rompakan kerana, pencerobohan dan salah laku ADUN Machap ini dilakukan secara terang-terangan seolah-olah beliau melakukan perkara yang sah. Pencuri buat kerja jahat sembunyi-sembunyi, tapi ADUN Machap buat kerja jahat terang-terangan.

Beberapa hari lalu, Saudara Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahru terhadap salah laku yang dilakukan oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abdul Rahman ADUN Machap, Johor selaku Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam. Beliau didakwa telah mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digazetkan sebagai hutan simpan. Berikut adalah kandungan Laporan Polis yang telah dibuat:

Laporan Polis di Ibu pejabat Polis Central Johor Bahru.

18 hb. Mac 2011.

Aduan terhadap :

1. YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap

2. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor.

3. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

4. Pentadbir Tanah Daerah Mersing.

Muqadimah

Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwartakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 3 hb Mac 2005 melalui no warta 362. Ianya terletak di Kahang di antara Daerah Kluang dan Mersing dengan anggaran keluasan 15,000 ekar.

Aduan

1. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan?

2. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenar membuka Ladang Hutan Getah di kawasan Hutan Simpan Semberong Tambahan sedangkan telah ada papan tanda larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, mengambil dan menebang isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?

3. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanah dan pertanian?

4. Adakah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti mereka?

Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi bekaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat.

Pelan lokasi hutan

Saudara mazlan Aliman di lokasi hutan Simpan Sembrong

Papan tanda Hutan Simpan Semberong.

Hutan simpan dah jadi Ladang Hutan Getah. Siap terpampang lagi nama Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd.

ReJaM© "Banyak lagi skandal pemimpin BN akan didedahkan dalam masa yang terdekat ini..."


[Selatan Online] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2011 09:19 PM PDT

MUAR - "Saya tidak menyangka panahan petir telah menyebabkan rumah ibu saudara saya musnah terbakar," demikian pengakuan saksi kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Pagoh, di sini, semalam.

Mahzan Abdul Manaf, 46, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 petang, dalam keadaan hujan lebat yang disusuli dengan dua panahan petir sangat kuat.

Menurutnya, semasa kejadian dia berada dalam rumahnya yang terletak kurang daripada 50 meter di belakang rumah ibu saudara.

"Sejurus selepas :panahan petir ini menyebabkan bekalan elektrik di rumah saya turut terputus.

"Selepas 10 minit berada dalam rumah tanpa bekalan elektrik memaksa saya keluar ke beranda hadapan rumah kerana kurang selesa dengan keadaan rumah yang agak panas," katanya kepada Sinar Harian.

Mahzan berkata, sebaik berada di hadapan rumah, dia terhidu bau hangit yang kuat tetapi tidak tahu dari mana puncanya.

"Kerana bimbang, saya memeriksa seluruh rumah dan lega apabila mendapati keadaan rumah selamat kerana kesemua suis dan plug elektrik rumah telah ditutup sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

"Tetapi, saya terkejut apabila keluar semula dari rumah apabila melihat kepulan asap hitam keluar dari bumbung rumah ibu saudara," katanya.

Menurutnya, melihat keadaan api mula marak dia segera bertindak menghubungi pihak bomba kerana bimbang api merebak ke rumah berhampiran.

Mangsa kebakaran, Asiah Taib, 50, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana berniaga kedai makan di Machap.

"Saya mendapat berita rumah terbakar selepas dihubungi saudara mara dan bergegas pulang ke rumah.

"Sejak berniaga di Machap, saya tinggal di sana dan hanya balik ke rumah ini sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya.

Menurutnya, meskipun terkejut dengan insiden yang berlaku itu, tetapi Asiah bersyukur kerana tiada anak-anak yang tinggal di rumah berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar berkata, sebaik menerima laporan seramai sembilan anggota bomba dengan dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba keadaan api semakin marak dan rumah berkenaan telah terbakar sebanyak 80 peratus.

"Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan api bagi mengelakkan api daripada merebak ke rumah berhampiran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sinar Harian
9 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jul 2011 09:14 PM PDT

TANJUNG BALAI, KARIMUN- KEPULAUAN RIAU INDONESIA

HARI 01  KOTA BHARU> KUKUP

Jam 1700                Berkumpul

Jam 1800                Bertolak ke Kukup, Johor Bharu

Jam2000                 Singgah di R & R Bukit Besi untuk makan malam (tidak disediakan)

                                Meneruskan perjalanan

Hari 02                    Kukup> Tanjung Balai             (T/M)

Jam 0600                Dijangka tiba di Pekan Kukup. Solat subuh

Jam 0700                Sarapan pagi di Kukup sementara menunggu urusan feri dan imigresen

Jam 0745                Daftar masuk ke Terminal Feri

Jam 0830                Berlepas dari Kukup ke Tanjung Balai

                                Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit

Jam 0930                Dijangka berlabuh di Terminal Feri Tanjung Balai (waktu Indonesia)

                                Urusan Imigresen

                                Disambut dan di bawa ke hotel menaiki KIJANG

                                Daftar masuk hotel dan rehat

Jam 1100                Berkumpul di lobi untuk dibawa ke Pasar Karimun (Jalan kaki)

                                Bebas membeli belah

Jam 0100                Makan tengahari disediakan

                                Acara bebas… Membeli belah

Jam 0700                Hidangan Nasi Padang untuk makan malam

                                Berehat….Manja diri.

HARI 03  TANJUNG BALAI                  (S/T/M)

Jam 0730                Sarapan pagi di hotel.

                                Acara membeli belah

Jam 1100                Berkumpul di lobi

                                Di bawa ke restoran untuk mencuba masakan selera melayu

                                Kampung Melayu Pondok Otek untuk makan Tengah hari dengan menaiki BAS KAYU.

                                Singgah bergambar di Masjid Agung Karimun.

Jam 2000                Hidangan istimewa tanjung balai nasi goreng ayam bakar disediakan.

                                Aturcara bebas.. Manja diri.

HARI 04                  TANJUNG BALAI > KUKUP > KOTA BHARU                    (S)

Jam 0730                Sarapan pagi disediakan.

Jam0930                 Daftar masuk hotel.

                                Dibawa ke jeti untuk daftar masuk dan urusan imigresen.

Jam 1030                Berlepas dari Tanjung Balai ke Kukup

Jam 1230                (Wkt Malaysia). Dijangka berlabuh di terminal feri Kukup.

                                Urusan imigresen/ kastam.

                                Menaiki bas terus ke R&R Machap.

                                (Makan tengahari tidak termasuk dalam pakej.

Jam 1330                Dijangka tiba Di R&R Machap.

Jam 1430                Meneruskan perjalanan.

Jam 1440                Singgah membeli belah di Air Itam .

Jam 1540                Bertolak balik ke Kota Bharu.

Jam 1900                Singgah di R&R untuk makan malam dan solat.

HARI 05                  KOTA BHARU

Jam 0400                Dijangka tiba di Kota Bharu.

Membeli Belah         :               Pekan Tanjung Balai….T-Shirt, Jeans & Busana Muslim.

Mana Diri                 :               Reflexologi, Spa Massage Dan Mandi Lumpur.

S: Sarapan Pagi / T: Makan Tengahari/ M: Makan Malam

Harga Pakej            :               Dewasa                   RM560.00 seorang (30-40 Pax)

                                                                                RM635.00 seorang (15-20pax)

 Kanak-Kanak          RM450.00 seorang 

v  Pengangkutan bas dari Kota Bharu > Kukup > Kota Bharu.

v  Feri dari Terminal Kukup > Tanjung Balai > Kukup.

v  Tax pelabuhan pergi / balik.

v  Pengangkutan (Van / Bas) Terminal Feri> Hotel> Terminal Feri.

v  Penginapan 2 malam di Hotel Rasa Sayang (2 Sebilik).

v  2 Sarapan pagi (hotel), 2 Makan Tengahari, 2 Makan Malam.

v  Insurans berkumpulan. (P.A)

v  Makan minum tambahan yang tidak dinyatakan dalam aturcara.

v  Bil telefon, laundry dan lain-lain yang tidak dinyatakan dalam aturcara.

v  Lawatan pusing pulau rm 90.00 / van satu trip (2-3 jam)

**Aturcara lawatan dan harga tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis**

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads