04 di ramuan china - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di ramuan china</b> - Google Blog Search Posted: 16 Jun 2011 09:02 PM PDT Pada malam rabu yang lepas, Majlis ramah mesra antara Kg Paya Lebar, RCK dan warga KTM berlangsung di balairaya Kg Paya Lebar. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pelajar KTM telah membantu kami para nelayan. Hujan lebat yang turun dalam setengah jam tidak melemahkan semangat peserta. Pelbagai pertandingan diadakan. Uniknya ianya berkisar pada kehidupan nelayan dan penduduk kawasan Paya Lebar dan RCK:- Menebar jala, Kupas Lokan, Kira berat Lokan dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, terdapat juga pertandingan lain :- membuat bakul menggunakan suratkhabar, ping pong, karaoke, gasing. Acara VIP pula ialah pukul bola golf ke dalam lubang. Di sini kita boleh melihat bagaimana nelayan i di sini seperti Pakcik Man Belon menebar jala. Penangkapan ikan yang menguntungkan memang berkait rapat dengan tebaran jala penebar itu sendiri. Pelajar KTM dapat merasakan bagaimana sukarnya untuk melakukannya. Pak Zainial ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar KTM yang telah berjaya meneka dengan tepat berat lokan. Tahniah. Dewasa ini kaum wanita di sini banyak mengupas lokan dengan cara yang lebih moden iaitu merebus dan sebagainya. Pada malam ini kami memperkenalkan kembali cara tradisi mengupas lokan iaitu menggunakan pisau sahaja. Memang terkial-kial juga para peserta ketika acara ini dijalankan. Ia diadili dengan melihat pada kekemasan kupasan tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di ramuan china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan