04 di sungai rambai - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search Posted: 04 Jul 2011 12:00 AM PDT Medan Selera Taman Rekreasi Sungai Rambai menjadi tumpuan untuk warga DUN Sungai Rambai dan kawasan sekitar untuk berekreasi. Didirikan sejak lebih 10 tahun lalu, Taman Rekreasi Sungai Rambai banyak melalui perubahan dan pembangunan. Taman Rekreasi Sungai Rambai Terletak betul-betul di sempadan Daerah Ledang dan Daerah Jasin. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan fasiliti seperti taman permainan, trek jogging, pentas, tandas awam. medan selera, wakaf, tempat letak kereta dan sebagainya, Taman Rekreasi Sungai Rambai tidak putus-putus dikunjungi oleh penduduk di sini untuk beriadah dan menjamu selera. Selain terkenal dengan budaya dan cara hidup masyarakat Jawa Melaka, Sungai Rambai juga terkenal dengan kelazatan makanan seperti Roti John, Mee Hailam, Mee Bandung dan lain-lain. Keenakan makanan di medan selera Sungai Rambai turut menarik pengunjung-pengunjung dari sekitar Melaka, Johor dan lain-loain yang melalui jalan lama Muar - Melaka. Pentas Taman Rekreasi Sungai Rambai turut menjadi pusat kegiatan setempat seperti rekreasi, pertandingan kayak, marhaban, nasyid, koir dan lain-lain. Dengan terbinanya pentas di tebing Sungai Kesang dan gelanggang futsal di kawasan berdekatan, masyarakat tempatan sedikit sebanyak dapat meluangkan masa senggang mereka di sini. Tugu atau signboard? Terdapat sedikit kekeliruan identiti di sini. Mungkin tugu kot. Dahulunya Taman Rekreasi Sungai Rambai turut dikenali sebagai Taman Buaya. Riqq pun tidak pasti tentang nama ini. Taman Rekreasi ini dahulunya dikatakan ada menempatkan beberapa ekor buaya sebagai tarikan pengunjung namun tidak lama kemudian telah dipindahkan ke Taman Buaya Ayer Keroh. Kesahihan fakta ini boleh diragui kerana pada waktu itu Riqq belum dilahirkan. Keadaan papan tanda yang tidak memuaskan hati jika dipandang...urgh, ade kulat ke apa tu?? Bengkek! Selain untuk tujuan rekreasi dan sukan, Taman Rekreasi Sungai Rambai juga menjadi tempat keraian untuk sambutan Ambang Merdeka dan Ambang Tahun Baru setiap tahun. Sambutan meriah secara kecil-kecilan disertai persembahan tarian, Dondang Sayang dan sebagainya sedikit sebanyak dapat menjadikan Taman Rekreasi Sungai Rambai satu kawasan ataupun pusat tumpuan bagi masyarakat di disini. Selamat Datang ke Majlis Perbandaran Jasin? Bila masa ada bangunan MPJ di sini? Jika nak buat ayat sebegini, tulislah Selamat Datang ke Kawasan Tadbiran Majlis Perbandaran Jasin! Ayat yang sepatutnya, Selamat Datang ke DUN Sungai Rambai, Majlis Perbandaran Jasin. Hujung minggu lepas Riqq berkesempatan untuk mengunjungi Taman Rekreasi Sungai Rambai untuk melihat keadaan di sana namun berasa sedikit hampa dengan Majlis Daerah Jasin Kerana sudah terlalu lama tidak menukar papan tanda 'Selamat Datang ke Melaka' pada pintu gerbang kereta lembu Sungai Rambai Tersebut. Landskap yang sama berpuluh-puluh tahun yang lalu tanpa sebarang perubahan, walhal nurseri Zali Garden hanya di seberang jalan Jika diperhatikan, keadaan papan tanda tersebut sudah tidak memuaskan dengan kekotoran dan tulisan yang tidak cantik dipandang walhal ramai pemimpin dan menteri datang ke sini untuk meninjau. Apa yang berlaku pada Majlis Daerah Jasin? Mengapa tidak menaik taraf pintu gerbang tersebut setelah sekian lama telah digunakan? Rumputnya dah lebih tinggi dari pokok, buat pasu sebegini memang sukar untuk diselenggarakan. Selain itu, keadaan landskap disini turut menyedihkan. Pokok-pokok bunga kelihatan tidak berbaja dan dipangkas elok. Rumput-rampai memenuhi pasu dan papan tanda Sungai Kesang juga hampir jatuh. Tambah menyedihakan, keadaan dan fasiliti Taman Rekreasi ini sepatutnya setanding dengan Taman Rempah di Melaka Tengah. Jika MBMB dan MPHTJ mampu membina landskap yang indah dan terjaga mengapa tidak MPJ? Sempadan Daerah Ledang Adakah kawasan tadbiran MPJ terlalu besar sehingga tidak dapat menyelenggara DUN-DUN yang berada di pinggiran? Jika keadaan ini terus berlaku, banyaklah DUN-DUN lain yang berpotensi untuk dimajukan akan ketinggalan dan dipandang sepi. Tindakan segera harus diamabil bagi mengatasi masalah ini kerana masyarakat tidak putus-putus merungut. Riqq bukannya ingin menyalahkan pihak MPJ namun mereka seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk memajukan industri pelancongan di Daerah Jasin ini kerana Daerah Jasin adalah yang paling corot dalam hal pelancongan sedangkan jika dilihat banyak tarikan pelancongan seperti homestay, rumah-rumah tradisional, sebuah muzium (sedangkan di daerah lain memiliki berpuluh-puluh muzium dan galeri), hutan rekreasi, taman rekreasi dan sebagainya. Mungkin sudah tiba masanya MPJ bangkit dan sedar dari lamunan dan mimpi. Kita sudah jauh ketinggalan daripada daerah-daerah lain. Peruntukan yang adil untuk setiap DUN serta pemantauan daripada pihak MPJ amat dihargai. Jika susah-susah, sila lepaskan DUN-DUN di Jasin Pantai ini dariapa tadbiran MPJ. Beberapa tahun yang lepas Riqq ada terdengar ura-ura pembentukan Daerah Merlimau yang meliputi kawasan-kawasan Jasin Pantai namun tiba-tiba MPHTJ pula yang terbentuk. MPJ, fikir-fikirkanlah untuk kemajuan Melaka dan daerah-daerah lain. Bukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Jadi bagi anda yang melaui jalan lama Muar - Melaka, jom datang berkunjung ke Taman Rekreasi Sungai Rambai. Jangan lupa mencuba keenakan Roti John di sini! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
BLOG MELAKA: 04 <b>di sungai rambai</b> - Google Blog Search Posted: 12 May 2011 12:00 AM PDT Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunanJASIN 11 Mei - Beberapa agensi kerajaan, syarikat swasta dan media tempatan diraikan pada majlis penghargaan kepada pihak terlibat yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dalam tempoh tiga tahun lalu. Anugerah dan penghargaan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai itu disampaikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhammad sempena majlis Tiga Tahun Berlalu DUN Sungai Rambai di sini, semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin. Antara media yang menerima penghargaan ialah Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, Sinar Harian, Astro Awani, Berita Harian dan Harian Metro. Penerima Anugerah Khas diberikan kepada Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff dan Murad, diikuti Anugerah Pegawai Terpuji kepada Juruteknik Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jasin, Mohd. Yusof Abdullah. Anugerah Pegawai Harapan pula diberikan kepada Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri, Lim Chow Beng; Juruteknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jasin, Muh Hardian Abd. Hamid dan Pegawai DUN MPJ, Ismail Ibrahim. Turut sama ialah Penyelia Kemas Jasin, Juminah Sidi dan Penyelia Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Mutiara, Sarah Sabrah. Anugerah Agensi Cemerlang Japerun Sungai Rambai turut diberikan kepada PKNM, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Pejabat Tanah dan Derah Jasin, MPJ, JKR, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, JPS negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Rambai Tengah pula dipilih sebagai pimpinan kampung paling aktif dalam DUN berkenaan di samping JKKK Batu Gajah Pasir yang diiktiraf sebagai kampung harapan. Sementara itu, Hasan ketika ditemui berkata, anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan Japerun Sungai Rambai kepada semua pihak yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan tersebut sebagai Zon Gerbang Selatan. "Saya begitu bangga dengan sumbangan tenaga dan idea semua pihak termasuk media cetak dan elektronik yang banyak membantu merealisasikan segala perancangan di Sungai Rambai sehingga ia begitu dikenali hari ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di sungai rambai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan