04 di durian tunggal - Google Blog Search   |  
|   SMK <b>DURIAN TUNGGAL</b>: Majlis Perasmian Penutupan Karnival <b>...</b> Posted: 10 Aug 2011 06:53 PM PDT 28 Julai lepas, jam 8.30 pagi  bertempat di SMKDT telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Karnival  Kokurikulum. Upacara perasmian yang meriah dan ceria dirasmikan oleh YB  Datuk Hj. Abdul Wahab Bin Abdul Latip, Adun Durian Tunggal. Terima  kasih dari SMKDT atas kesudian YB Datuk Abdul Wahab merasmikan majlis  kami.   Antara slot yang menarik perhatian adalah persembahan kawad kaki dari Kadet Polis. Pelajar-pelajar ini memberi persembahan yang begitu teratur, seragam dan segak sekali.   Matlamat bidang kokurikulum SMKDT adalah untuk:   1.  Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan  emosi pelajar.
 Antara aktiviti kokurikulum sekolah sepanjang tahun 2011 ini adalah seperti sukan sekolah, merentas desa, Perkhemahan Perdana Badan Beruniform, Larian 1 Murid 1 Sukan, Pertandingan Kawad Kaki, gubahan buah-buahan, sukaneka, pertandingan bowling dan pelbagai lagi aktiviti yang telah berlangsung. Bersempena acara perasmian penutupan ini, beberapa acara dipertandingkan bermula jam 10.30 pagi iaitu Pertandingan Membuat Wau/Layang-Layang, Pertandingan Lipatan, Pertandingan Roket Air dan Pertandingan Power Point. Setiap acara begitu meriah dan mendapat sambutan dari pelajar. Diharap pertandingan seperti ini dapat memperkembangkan bakat pelajar, membentuk pemikiran kreatif, berani memberi pendapat dan yakin pada diri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.  |  
| You are subscribed to email updates from di durian tunggal - Google Blog Search  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan