04 di lubok china - Google Blog Search |
BLOG MELAKA: 04 <b>di lubok china</b> - Google Blog Search Posted: 07 Jun 2011 01:33 AM PDT URL Sumber Asal :-
| ||
Lelaki terbakar « No.1 First Malaysia Variety Website Posted: 30 Jul 2011 09:33 PM PDT ALOR GAJAH: "Saya nampak pemandu Proton Wira itu bergerak lemah sebelum kenderaannya terbakar," kata seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terbabit kemalangan di jalan Kampung Paya Rumput-Lubok China, di sini, pagi semalam. Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Fadhli, 19, berkata dia tidak sempat membantu pemandu kereta itu kerana api marak dengan cepat. "Saya dan beberapa pelajar lain segera berlari ke belakang bas kerana bimbang kereta dan bas meletup. "Pemandu bas segera menghubungi talian kecemasan dan bomba tiba dalam masa beberapa minit untuk memadam kebakaran," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Khairul Fazli Suli, 33, maut dan badannya melecur hampir 40 peratus selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas UiTM kampus Lendu. Bagaimanapun, 24 pelajar dan dua pensyarah serta pemandu dan pembantunya di dalam bas itu tidak cedera. Metro Ahad difahamkan, Khairul Fazli dari Port Dickson, Negeri Sembilan yang bekerja di stesen penapisan minyak sebuah syarikat di Sungai Udang datang dari arah Lubok China menuju ke Masjid Tanah sebelum kereta dipandunya dikatakan hilang kawalan. Menceritakan kejadian itu, Mohd Fadhli berkata, dia dan beberapa penumpang lain terkejut selepas pemandu bas menekan brek kecemasan. "Sebaik berlaku kemalangan, pemandu bas segera turun dan membuka pintu kecemasan lalu mengarahkan semua penumpang turun kerana bimbang bas terbakar. "Kami sepatutnya menghadiri satu program di Eagle Ranch, Pasir Panjang namun terkandas di tengah jalan kerana kejadian ini," katanya. Sementara itu, pemandu bas, Mohamad Amin, 46, berkata ketika di tempat kejadian, sebuah kereta dilihat hilang kawalan lalu merempuh bahagian depan bas dipandunya. "Saya cuba tekan brek sejauh 50 meter namun disebabkan jalan licin, bas terus bergerak dan pada masa sama saya cuba mengelak ke kiri jalan. "Bagaimanapun, bas dipandu tetap terbabit kemalangan dengan kereta itu. Sebaik berlaku kemalangan, saya segera turun dan mengarahkan penumpang turun melalui pintu kecemasan," katanya yang bertolak dari UiTM Lendu jam 8.10 pagi menuju ke Pasir Panjang, Negeri Sembilan. Menurutnya, dia bersyukur semua penumpang bas tidak cedera, namun terkilan kerana tidak dapat membantu Khairul Fazli yang melecur. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan