Khamis, 4 Ogos 2011

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2011 09:02 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Cerpen Hidup : Gadis Misteri Jelmaan &#39;E&#39;

Posted: 09 Jun 2011 04:12 AM PDT


Masuk saja dalam bas aku cari tempat duduk aku. Tempat duduk aku single seat agak belakang. Belum sempat aku sampai tempat seat, aku tersempak dengan seorang gadis berambut perang berbaju biru duduk didepan seat aku. Terkedu aku seketika. Perempuan itu mukanya macam aku kenal. Ya, kenall sangatt... Dia mirip 'E'!.. kekasih lama aku!. Tapi aku buat2 tak tahu terus duduk kat seat aku. Sedangkan dalam otakku asyik terfikir siapa perempuan tu sebenarnya. Adakah dia memang 'E' yg ku kenal dulu? Kalo betul, apa dia buat disini? Kenapa dia naik bas ke Kota Tinggi? Bukan kah kampungnya di Perak sana? Arghh.. pelbagai persoalan berlegar difikiranku. Kusut. Aku risau itu dia dan dia buat2 xkenal aku. Tp pada masa yang sama aku memujuk hatiku yang dia hanya pelanduk dua serupa saja. Bas sudah bergerak. Aku tak mahu fikirkan sangat pasal dia dan membuat keputusan berdiam diri saja.

Hari semakin lewat petang, matahari yang hampir terbenam di ufuk Barat menyuluh cahayanya hingga ke dalam bas. Sedang aku mengelamun memandang luar di tingkap bas, tiba-tiba gadis misteri tu datang padaku. "Sori, sy nak tutup kain langsir ni, panas sangat" katanya sambil membuka ikatan kain langsir di atas seat aku. Ketika itu dia betul2 berada di hadapan aku. Begitu hampir!. Face to face. Aku amati diri dia. Aku bagaikan tak percaya. Dia memang serupa dengan 'E'! Dari bentuk badan, ketinggian, gaya rambut, suara semuanya hampir serupa! Damn! Mustahil! Mustahil begitu serupa! Aku berdebar2 dan tak terkata apa2 hanya memandang tepat kearahnya. Tetapi gadis itu terus berlalu dan duduk semula di seatnya. Mulalah hati ku luluh semula ketika itu. Aku terkenangkan saat2 manis aku dengan E. Hampir meleleh air mata jantan aku jadinya pabila mengenangkan kisah lama itu. Terlalu banyak telah aku korbankan untuknya tapi sayangnya hubungan itu tak berpanjangan. Oh Tuhan, apa yang sebenarnya yang Kau mahu tunjukkan? Tidak! Aku tak boleh fikirkan pasal dia lagi. Itu bukan E! Itu hanya orang lain yang mirip dengannya. Dah lama aku buang 'E' dari diari hidup ku. Tak mungkin dia akan kembali kepadaku. Tidak mungkin..

Untuk mencari kepastian, aku nekad untuk bertanya sendiri dengan gadis itu. Bas berhenti berehat selama setengah jam di Machap. Inilah peluangnya aku bertanya pada gadis itu. Ketika di luar bas, dia sedang membelek2 handphone dan aku hampirinya. "Hm, err..hai. boleh tumpang tanya?" soal ku. Gadis itu hanya mengangguk, membisu. "Cik siapa nama? bukan apa, rupa cik serupa betul dengan seseorang yg sy kenal dulu". Dia hanya tersenyum masih membelek handphonenya. "Maaf ya, awak mungkin salah orang.." jawabnya ringkas kemudian berlalu naik semula dalam bas. Aku terkedu dan terkaku dengan respon dingin gadis itu. Aku bukan nak menguratnya pun cuma ingin tahu siapa dia saja. Untuk pastikan dia bukanlah 'E'. Huhu..

Perjalanan diteruskan, suasana dalam bas gelap dan ramai yang tidur. Aku masih termenung di tepi tingkap bas sambil sumbat telingaku melayan lagu. Setibanya di Stesen Bas Kota Tinggi, semua penumpang turun. Gadis itu turun dulu kemudian baru aku. Aku cuba mencari kearah mana dia pergi selepas itu tapi aku hilang jejaknya. Begitu cepat dia menghilangkan diri. Aku asyik memandang sana sini mencari kelibat dirinya tapi tak jumpa. Hinggalah aku ditegur oleh mak aku "Aii, cari apa tu, Long? Semacam je.." terkejut aku. Rupanya mak aku ngan adik aku da tunggu kat situ lama. Diorg dok peratikan aku dari td. "Hehe..xde papelah mak. Jom la kita balik" jawab aku. Dalam kereta, aku terus memandang keluar dengan harapan akan bertemu semula gadis misteri jelmaan 'E' itu. Aku tak sangka berjumpa dia walaupun hanya jelmaannya saja. Ai, kenapa la aku boleh bertemu dia ketika aku sudah lupakannya. Adakah ini satu ujian? Hanya Kau saja yang tahu, Tuhan.. Wallahualam..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads