BERIKUT adalah kronologi proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bermula pada pukul 8 pagi Ahad dan djangka berakhir pada pukul 5 petang:

3 petang: Kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi.

2.00 petang
: 7,110 pengundi atau 67 peratus pemilih telah keluar mengundi.

12.00 tengah hari: 54 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

11.00 pagi: Sebanyak 43 peratus atau 4,576 pemilih telah keluar mengundi.

10.35 pagi
: Sehingga pukul 10 pagi, peratusan keluar mengundi ialah 30 peratus.

9.00 pagi: Sebanyak 14 peratus daripada 10,679 pemilih telah mengundi.

8.40 pagi
: Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri, Zalifah Omar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Merlimau Pasir.

8.00 pagi
: Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil DUN Merlimau mula dibuka.

SUMBER :mstar.com.my