04 di machap - Google Blog Search |
Jumlah kenderaan <b>di</b> Lebuh raya PLUS meningkat | BorneoPost <b>...</b> Posted: 01 Sep 2011 07:27 PM PDT Posted on September 2, 2011, Friday KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan di semua laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai bertambah semalam dan pengguna diingatkan supaya bersabar dan bertolak ansur ketika menuju ke destinasi masing-masing pada musim perayaan ini. Petugas Pusat Kawalan Projek Lebuhraya Utara-Selatan berkata, peningkatan jumlah kenderaan dapat dilihat semalam namun, keadaan masih lagi terkawal dan hanya menyebabkan beberapa laluan yang keadaan trafiknya bergerak perlahan. "Contohnya di Plaza Tol Juru menghala ke Kuala Lumpur yang kita dapati terdapat baris panjang sejak pagi tadi (semalam) dan dijangka berlarutan hingga ke petang. "Laluan lain terkawal dan pergerakan lancar walaupun jumlah pertambahan kenderaan meningkat. Pengguna perlu bersabar ketika terlibat dalam mana-mana kesesakan (jika ada)," katanya ketika dihubungi Bernama semalam. Katanya tiada kemalangan serius berlaku kecuali kemalangan kecil yang berlaku di KM62.9 Simpang Renggam ke Machap melibatkan tiga kenderaan pagi semalam. Dalam perkembangan berkaitan, 17 kematian jalan raya dicatatkan pada hari kesembilan Ops Sikap 24 kelmarin, menjadikan jumlah angka kematian 166 orang. Menurut jurucakap trafik Bukit Aman, 14 kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, dua melibatkan pengguna kereta dan satu pengguna motovan. Beliau berkata jumlah kemalangan di seluruh negara semalam melibatkan 1,036 kes, dan sebanyak 4,832 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan. — Bernama |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan