Rabu, 21 September 2011

04 di merlimau - Google Blog Search

04 di merlimau - Google Blog Search


The Scribe A Kadir Jasin: Kemenangan BN <b>Di Merlimau</b> dan Kerdau <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2011 03:18 AM PDT


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
WALAUPUN agak lambah, saya rasa saya perlu membuat sedikit analisis mengenai keputusan pilihan raya kecil (PRK) kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang) bagi menjawab soalan adakah betul Barisan Nasional menang lebih besar.
Dalam PRK Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad memperoleh 5,962 undi atau 71.99 peratus undi sah manakala Yuhaizad Abdullah (PAS) mendapat 2,319 atau 28 peratus.
Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hassan memperoleh 4,981 undi atau 63.79 peratus undi sah manakala calon Pas, Mejer (B) Jasme Tompang mendapat 2,827 undi atau 36.2 peratus.
Jadi, antara PRU lalu dengan PRK Ahad 6 Mac, peratusan sokongan kepada BN naik 8.2 peratus. Maka betullah populariti BN secara mutlak meningkat dalam PRK Merlimau itu.
Di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN) memperoleh 5,060 undi (68.41 peratus) manakala Hassanuddin Salim (Pas) mendapat 2,336 undi (31.58 peratus).
Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim (BN) mendapat 4,135 undi (62.13 peratus) manakala calon Pas, Hassanuddin Salam memperoleh 2,520 undi (37.86 peratus).
Jadi, antara PRU lalu dengan PRK Ahad 6 Mac, peratusan sokongan kepada BN naik 6.28 peratus. Maka betullah populariti BN secara mutlak meningkat dalam PRK Kerdau itu.
Kesimpulanya, dalam PRK Merlimau dan Kerdau, pengukuhan kedudukan BN melawan Pas/Patakan Rakyat adalah sahih dan mutlak.
Namun perlulah diakui bahawa kedua-dua kerusi DUN itu adalah kubu kuat BN dalam dua buah negeri di mana kekuatan BN terus ampuh. Selain itu, BN menjanjikan banyak projek dan mencurahkan banyak peruntukan selain melakukan "carpet bombing" dalam kegiatan propagandanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads