Isnin, 26 September 2011

04 di sungai rambai - Google Blog Search

04 di sungai rambai - Google Blog Search


14 Kampung <b>Di</b> Jasin Kutip Sumbangan

Posted: 05 Sep 2011 04:46 AM PDT

JASIN – Penduduk di Sungai Rambai di sini mengutip RM1,400 untuk keluarga jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh di Somalia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hassan Abdul Rahman, berkata sumbangan itu adalah sebagai tanda sokongan moral terhadap pengamal media khususnya BernamaTV.

"Sumbangan ikhlas ini adalah hasil kutipan daripada penduduk 14 kampung yang terdapat di dalam kawasan Sungai Rambai sebaik sahaja berita kematian Allahyarham disebarkan oleh media," katanya selepas satu majlis tahlil kepada Noramfaizul bersama penduduk kampung dan wartawan di sini, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan kepada Ketua Biro BERNAMA Melaka, Mohamad Bakri Darus, untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham.

Hassan berkata, beliau masih ingat pertemuan pertamanya bersama allahyarham ialah apabila beliau dijemput oleh BernamaTV untuk ditemu ramah dalam satu siaran lansung sempena Sukan Malaysia ke-13 pada tahun lalu. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Japerun <b>Sungai Rambai</b> rai pihak bantu pembangunan

Posted: 12 May 2011 03:14 AM PDT

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

Japerun Sungai Rambai rai pihak bantu pembangunan

JASIN 11 Mei - Beberapa agensi kerajaan, syarikat swasta dan media tempatan diraikan pada majlis penghargaan kepada pihak terlibat yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dalam tempoh tiga tahun lalu.

Anugerah dan penghargaan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai itu disampaikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhammad sempena majlis Tiga Tahun Berlalu DUN Sungai Rambai di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin.

Antara media yang menerima penghargaan ialah Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, Sinar Harian, Astro Awani, Berita Harian dan Harian Metro.

Penerima Anugerah Khas diberikan kepada Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff dan Murad, diikuti Anugerah Pegawai Terpuji kepada Juruteknik Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jasin, Mohd. Yusof Abdullah.

Anugerah Pegawai Harapan pula diberikan kepada Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri, Lim Chow Beng; Juruteknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jasin, Muh Hardian Abd. Hamid dan Pegawai DUN MPJ, Ismail Ibrahim.

Turut sama ialah Penyelia Kemas Jasin, Juminah Sidi dan Penyelia Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Mutiara, Sarah Sabrah.

Anugerah Agensi Cemerlang Japerun Sungai Rambai turut diberikan kepada PKNM, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Pejabat Tanah dan Derah Jasin, MPJ, JKR, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, JPS negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Rambai Tengah pula dipilih sebagai pimpinan kampung paling aktif dalam DUN berkenaan di samping JKKK Batu Gajah Pasir yang diiktiraf sebagai kampung harapan.

Sementara itu, Hasan ketika ditemui berkata, anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan Japerun Sungai Rambai kepada semua pihak yang banyak membantu dalam usaha membangunkan kawasan tersebut sebagai Zon Gerbang Selatan.

"Saya begitu bangga dengan sumbangan tenaga dan idea semua pihak termasuk media cetak dan elektronik yang banyak membantu merealisasikan segala perancangan di Sungai Rambai sehingga ia begitu dikenali hari ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads