Khamis, 1 September 2011

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


Utusan Malaysia Online - Terkini

Posted: 01 Sep 2011 05:32 AM PDT

Rakyat patut tolak Pas berikutan kenyataan Mat Sabu

Rakyat patut tolak Pas berikutan kenyataan Mat Sabu

01/09/2011 7:43pm

ALOR GAJAH 1 Sept – Rakyat patut menolak parti Pas pada pilihan raya umum akan datang berikutan kenyataan kontroversi yang dicetuskan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu baru-baru ini dilihat menghina pejuang kemerdekaan dan sebaliknya memuliakan gerila komunis.

"Dia (Mat Sabu) sepatutnya memohon maaf kepada pejuang negara dan rakyat atas kenyataannya itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Abd Karim Sulaiman di Tanjung Bidara dekat sini, hari ini.

Mohd Ali, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, berkata, tanpa pengorbanan pejuang negara terdahulu seperti polis, tentera dan pemimpin, sudah tentu negara tidak mencapai kemerdekaan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads