Selasa, 7 Februari 2012

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di</b> Melaka : <b>Alor Gajah</b>

Posted: 07 Dec 2011 07:57 PM PST

Assalamualaikum.....

Alahai.... x dapat nak jengah blog lama2. Maaflah kawan2. Ada yang x sempat kita jalan2 ke rumah blog masing2. Nanti dh lega, kita datang yer... Minggu nie agak sibuk dengan kerja pejabat. Dan minggu depan sepatutnya ada program yang dah menanti. Harap2, ada masa untuk kita jengah blog. Nak transfer gambar pun tak sempat lagi nie... Lagipun, kalau buat auto publish pun x leh caya. SELALUUU sangat terkena dgn blogspot nie, dah penat2 menaip entry utk auto publish, alih2 dia tak moh kuar plak. Dh make sure jadi 'scheduled' nnt bila bukak balik, jadik 'draft' pulak. Sudahnya, kita berserah jer.

Ok, entry hari nie berkenaan dengan kedai yang kita dgn hubby dan Adam selalu pergi utk makan kalau di Alor Gajah. Bukan x ada kedai lain, tapi kat sini kami selesa sikit. Lauk memenuhi selera dan rasa, ruang makan pun selesa, x semak dan kebersihan terjaga. Bukan nak cakap apa, tapi kita kalau pergi di food court kat bus stand tu, adoii tgk dapurnya mmg x lalu. Kat kedai nie, keadaan dapurnya, memang acceptable lagi. Bukan tu jer, harga makanan mmg berpatutan.

Inilah kedainya. Dah lama kedai nie agaknya. Tgklah signboardnya sampai dah pudar. Lokasi betul2 selepas roundabout utama Alor Gajah menuju ke Kelemak. Senang cerita, betul2 seberang pintu masuk balai polis Alor Gajah. Takkan miss punya. Masa ni, kita datang utk sarapan. Tgklah Adam. Mmg favourite dia sarapan dgn roti canai. Lauk pula dia suka asam pedas ikan pari. Ha. kat kedai nie masa tu pukul 9.00, lauk tgh hari dah mula keluar sikit2. heavenlah utk Adam makan roti canai cicah asam pedas ikan pari. Air Horlick tuuu... Seterusnya, nikmatilah pemandangan Adam menikmati ikan pari...hehehehehhe.
Antara deretan menu yang dah keluar.
Kalau pagi, memang ada macam2 sarapan. Semua nasi lemak berlauk, nasi goreng, mee, meehoon, roti canai, lontong, mee soto, mee rebus, mee kari... Sampai x tau nak pilih makan apa. Kalau sarapan, kira boleh skip lunchlah. Kenyang sampai ke petang ( err..pukul 2.00 tu petang gak kan... hehehehehhe).
So, sesiapa yang ke Alor Gajah, bolehlah cuba makan kat sini yer. Yer lah, manalah tahu, nak ke Melaka, baru sampai Alor Gajah dah lapar. Nak tunggu sampai ke Melaka, lambat lagi. Jangan risau, asam pedas kat sini memang sedap. Even mak dengan mommy pun suka tapau asam pedas kat sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads