Isnin, 6 Februari 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Isu Lalat - MTD Pas Benut

Posted: 02 Feb 2012 04:39 AM PST


Oleh ibn_bacoks

SIMPANG RENGGAM – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Sdr. Suhaizan Kaiat berkata satu memorandum akan diserahkan kepada Y.A.B Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor di pejabatnya di bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya, jumaat ini.

Katanya para penduduk telah menandatangani memorandum itu bagi mendesak Ghani campur tangan berhubung isu lalat yang melibatkan penduduk di 14 Kampung dekat Machap, di sini.

"Pada jumaat 3 Feb kita akan serah memo kepada MB Johor," kata beliau lagi dipetik melalui laman Facebook rasminya.

Difahamkan, permasalahan ini berpunca dari pembuangan najis ternakan ayam yang sudah lama ditinggalkan.

Antara kampung yang dikatakan terlibat adalah seperti Kg Sri Jaya; Kg Perak; Kg Bukit Batu; Kg Sima; Kg Ulu Benut; Kg Empangan; Kg Paya Parlembang; Kg GSA; Kg Parit Jepun; Kg Bukit Keremoiyang; Kg Baru; Kg Mat Amin; Kg Hj Noh dan Kg Batu 6.

Satu laporan yang dipetik Sinar Harian semalam, kira-kira 500 penduduk di Machap, Kluang, telah menandatangani satu memorandum bagi menangani masalah lalat yang membelenggu mereka sejak 10 tahun lalu.

Penduduk mendakwa masalah ini telah lama disuarakan kepada pihak berkaitan, namun isu ini masih berpanjangan.

Sehubungan itu, penduduk berharap isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan kesihatan dan untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar berlaku.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads