04 di merlimau - Google Blog Search |
Dua Pelajar Politeknik <b>Merlimau</b> Maut ~ Kemalangan Jalan Raya Posted: 04 Feb 2012 01:12 AM PST Inalillahi wainailaihi rojiun MELAKA: "Seorang daripada mereka terbaring atas jalan dengan kecederaan parah di muka manakala seorang lagi terbaring dalam keadaan tempurung kepala pecah." Demikian kata saksi kemalangan yang mengorbankan dua pelajar Politeknik Merlimau, Jasin, selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berdekatan Taman Paya Rumput Indah, di sini, awal pagi semalam. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Md Azrul, 20-an berkata, dia antara individu terawal memberi bantuan kepada mangsa kerana secara kebetulan melalui tempat kejadian sejurus kemalangan berlaku. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Muhammad Ubaidullah Sharfuddin, 20, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Rakannya yang juga pembonceng, Ainol Haffiz Mohammad Hassan, 20, pula mengalami keretakan di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Melaka. Dua lagi rakan mereka yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dan Honda EX5 mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Melaka manakala seorang lagi hanya cedera ringan. Difahamkan, sebelum kejadian kedua-dua mangsa yang terbunuh bersama tiga lagi rakan mereka menghabiskan masa di Kolam Air Panas Gadek dan kemudian menjamu selera di sebuah kedai makan berhampiran. Mereka menunggang motosikal untuk pulang ke Politeknik Merlimau, namun sebaik tiba di selekoh berhampiran Taman Paya Rumput Indah, tiga motosikal dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjatuh dan terseret di atas jalan. Seorang lagi saksi, Shadan Othman berkata, dia yang memandu kereta dari Alor Gajah menuju pusat bandar menyaksikan sekujur tubuh manusia atas jalan selepas melihat sebuah lori berhenti mengejut di tengah jalan. "Mujur lori itu cepat berhenti, jika tidak pasti melanggar mayat mangsa atas jalan yang terbabit kemalangan, tambahan pula laluan itu menuruni bukit berselekoh. "Saya terus memberhentikan kereta untuk melihat keadaan mangsa yang ketika itu tidak bergerak manakala tiga penunggang yang cedera berada di atas tebing pembahagi jalan," katanya. Seorang mangsa yang cedera, Muhammad Firdaus Mohd, 20, berkata dia menyedari sikap pelik Muhammad Ubaidullah yang lebih banyak berdiam diri, tidak seperti biasa, namun hanya membiarkannya. "Ketika kami berlima bersembang dan berkongsi cerita di kedai makan, arwah hanya mendiamkan diri tidak ceria seperti selalu. Saya tidak bertanya kerana berasakan dia mungkin ada masalah," katanya. Al-Fatihah Sumber: |
You are subscribed to email updates from di merlimau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan