Isnin, 13 Februari 2012

04 di tanjung kling - Google Blog Search

04 di tanjung kling - Google Blog Search


Bilik azan Masjid <b>Tanjung Kling</b> diceroboh | Info Gallery

Posted: 17 Dec 2011 09:30 PM PST

Bilal masjid menunjukkan almari yang diselongkar penjenayah.
Bilal masjid menunjukkan almari yang diselongkar penjenayah.

TANJUNG KLING - Masjid Tanjung Kling, di sini sekali lagi dipecah masuk penyamun, awal pagi kelmarin mengakibatkan beberapa barangan dalam masjid berkenaan lesap.

Kejadian pecah masuk masjid berkenaan dikatakan sudah dua kali berlaku sebelum ini dan terbaru kira-kira tiga minggu lalu apabila terdapat kesan cubaan pecah masuk ke masjid berkenaan.

Dalam kejadian kelmarin, penjenayah berjaya memecah masuk bilik azan yang menempatkan beberapa perala­tan elektrik termasuk set projektor, pemain cakera padat (VCD) dan peti menyimpan peralatan pertukangan elektrik.

Ia disedari seorang bilal masjid, Mohd Sirah Limat, 57, semasa mahu memasuki bilik azan untuk bersedia melaungkan azan Subuh, kira-kira 5.15 pagi.

Mohd Sirah berkata, ketika itu, dia mendapati pelapik engsel pintu di sebelah ruang solat sudah rosak akibat diumpil, selain beberapa kesan umpilan juga dikesan pada bahagian sisi pintu kayu bilik berkenaan.

Malah, katanya, dia terkejut apabila mendapati pintu di sebelah ruang mimbar serta pintu belakang turut dalam keadaan terbuka.

"Sebuah almari yang menyimpan beberapa peralatan masjid seperti set projektor, VCD termasuk surat dan kitab turut diselongkar," katanya.

"Ketika diperiksa, saya dapati set projektor bernilai RM2,400 yang dibeli kira-kira dua tahun lalu sudah hilang dipercayai diambil penjenayah berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di masjid berkenaan, semalam.

Mohd Sirah berkata, penyamun berkenaan juga dikesan mencuri sebuah peti menyimpan peralatan pertukangan elektrik yang dile­takkan di lantai.

"Almari yang diselongkar itu turut digunakan untuk menyimpan barang serta surat pegawai masjid iaitu Imam 1, 2 dan 3 termasuk barang dan surat saya sendiri," katanya.

Berikutan kejadian itu, katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling, di sini.

kredit : sinarharian.com.my

Info Gallery - Berani mencuri barang masjid!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads