Isnin, 26 Mac 2012

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


reena&#39;s online: <b>Klebang</b> Coconut Shake

Posted: 24 Mar 2012 08:47 AM PDT

Cuaca panas sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari kampung i di Johor, buatkan i selalu terfikir pasal Klebang Original Coconut Shake atau lebih dikenali dengan nama Klebang Coconut Shake. Tapi sebab kesuntukan masa dan takut lewat tiba di rumah nanti. Nak tak nak, i terpaksalah pendam keinginan i tu dalam hati je (alahai sedihnya...) Cuma kali ni, kita orang bertolak balik awal dari Johor (ehemm... nampak macam ada peluang ni). Jadi, bila i suarakan pasal Coconut Shake dekat hubby. Hubby pun setuju tanpa banyak soal (yeay!) Nasib baiklah jugak negeri Melaka ni ditengah-tengah perjalanan antara Johor dan Kuala Lumpur. Kalau tak, uhh... lambat lagiklah nampaknya dapat merasa Klebang Coconut Shake yang best ni.

Kira punya kira punya kira (berapa banyak kira daa...) rasa-rasanya dah dekat setahun i tak datang ke sini. Lama kan? Sampaikan i dah tak cam gerai / warung Klebang Coconut Shake. Kalau dulu, tempat beratur order coconut shake untuk take-away (bawa balik rumah) atau untuk makan, memang di tempat yang sama. Iaitu di tepi Jalan Pantai Klebang (bersebelahan dengan Stesyen Minyak Caltex). Waktu tu, ruang untuk makan dan tempat letak kereta pun tak banyak. Sesiapa yang nak duduk makan atau nak menikmati coconut shake kenalah jadi macam mata burung helang nak tangkap mangsa. Kalau buat selamba, memang sampai sudah, kena berdiri je (huhuhu... nangis).

Cuma sekarang ni, apa yang bestnya, gerai Klebang Coconut Shake dah ada improvement. Masih lagik mengekalkan lokasi gerai yang sama tapi kali ni, gerai di tepi Jalan Pantai Klebang tu hanya dijadikan sebagai tempat untuk sesiapa yang nak take-away aje. Jangan salah faham pulak, bila i sebut pasal take-away ni. Mana tahu korang fikir dah jadi macam Mc Donald Drive-Thru pulak (wah... hebat sangat tu. Tinggi betul imaginasi korang ye? Hehehe). Yang sebetulnya, korang masih kena hantar wakil / diri korang sendiri untuk beratur jugak. Kalau tak sanggup nak beratur maksudnya takdelah coconut shake. Untuk korang yang nak duduk dan makan di situ, korang boleh terus drive masuk di lorong / jalan bersebelahan warung asal Klebang Coconut Shake. Jangan risau, kawasan tempat letak kereta dan warung barunya lebih luas. Tandas pun ada disediakan. Selesa sikitlah berbanding dulu.
Nak tahu serba ringkas mengenai sejarah Klebang Coconut Shake? Meh, i ceritakan sikit.

Nama pemilik gerai Klebang Coconut Shake ini ialah Shafie Ahmad. Beliau merupakan seorang pesara tentera dan mula menjual air kepala serta tebu secara kecil-kecilan sejak hampir lapan tahun yang lalu. Pernah mendapat keuntungan hasil dari jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. Menurut Shafie, tiada resepi rahsia di dalam pembuatan coconut shakenya. Beliau hanya menggunakan isi dan air kelapa yang segar serta aiskrim berjenama. Malah beliau sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitikberat mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya.

sumber : Utusan

Alamat Klebang Original Coconut Shake ialah :-

231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)

Koordinat GPS : 2.21551, 102.206132

No. Telefon :-

[013] 399 4061 - Shafie

Waktu operasi : Hari Isnin hingga Ahad dibuka dari pukul 12:30 hingga 6:30 petang, manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 2:00 hingga 6:30 petang (cuti bila perlu).

Senarai harga minuman dan makanan di Klebang Original Coconut Shake (percaya tak? Harga ni tak pernah berubah dari dulu lagik. Kagum i) :-

Coconut Shake Biasa : RM1.50 (minum) dan RM1.80 (bungkus)
Coconut Shake Special : RM2.00 (minum) dan RM2.20 (bungkus)
Air Kelapa / Tebu 1 Gelas : RM1.00 (minum) dan RM1.20 (bungkus)
Air Tebu 1 Jug : RM5.00 (bungkus)
Air Tebu Tanpa Ais : RM1.20 (minum) dan RM1.50 (bungkus)

Nasi Lemak / Mee Goreng : RM1.20
Kuih 3 biji : RM1.00
Kuih 1 biji : RM0.40
Pulut Kuning : RM2.50

Dekat sini, i cuma suka minum air coconut shake je. Kalau tanya i untuk rasa makanan dekat sini pulak, pada i biasa-biasa je. Cuma anak i, Danish dan Ariana paling suka makan Donut bergula. Sampai tambah dua kali. Agaknya sedaplah tu. Hehehe... Ok, jom tengok gambar i sekeluarga yang happy dapat minum Coconut Shake.








p/s : Sekarang ni mana-mana tempat dah ada coconut shake. Agak-agak korang siapa agaknya orang pertama yang cipta coconut shake ni kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads