Sabtu, 10 Mac 2012

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Lagi ceramah diganggu, Nurul nyaris jadi mangsa | MALAYSIAN <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 12:37 AM PST

Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.

NONECeramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan senagja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.

"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap … tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.

"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.

"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.

NONE"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.

Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rallyKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Insiden Sembrong: Umno bawa budaya ganas, samseng- AMK <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 11:15 PM PST

(Oleh: Aedi Asri Abdullah)

KUALA LUMPUR 21 Feb: Insiden keganasan yang berlaku di Sembrong, Johor baru-baru ini membuktikan Umno- Barisan Nasional membawa budaya ganas dan samseng, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, keganasan sedemikian dilihat lebih kerap berlaku di negeri yang dianggap kubu kuat Umno, seperti Johor dan Melaka, bertujuan untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat.

"Cara provokasi yang lebih kurang sama juga menunjukkan ada arahan khusus yang diberikan kepada jentera bawah,"

"Ini kerana Umno tidak mahu mesej perubahan yang dibawa Pakatan sampai kepada rakyat," kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Insiden di Sembrong Ahad lalu, menyaksikan lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, membuat kacau di program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan beberapa kecederaan.

Samseng Umno itu turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat ketika Anwar berucap.

Malah, kumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta Anwar dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.

Isnin lalu, ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Alor Gajah, Melaka turut dicemari dengan gangguan penyokong Umno- BNl.

Dalam pada itu, Shamsul kesal kerana pihak polis tidak memainkan peranan sewajarnya untuk meleraikan insiden keganasan tersebut.

"Polis yang bertugas tidak mengambil sebarang tindakan. Apakah perlu menunggu keadaan menjadi darurat terlebih dahulu?" soal beliau.

Justeru itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertanggungjawab berikutan insiden itu.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau harus beri penjelasan, bukan bertindak berdiam diri. Apatah lagi, beliau sendiri adalah ahli Parlimen di situ," jelasnya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26909

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads