04 di machap - Google Blog Search |
Lagi ceramah diganggu, Nurul nyaris jadi mangsa « ""Renunglah <b>...</b> Posted: 26 Feb 2012 10:29 PM PST Dari Malaysiakini Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang. Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.
"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap … tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu. "Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai. "Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya. Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.
Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan. "Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal. "Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini. Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno. Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.
Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA. 20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.
Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan. |
WARTA KERAJAAN RAKYAT: Nyaris jadi mangsa Umno Posted: 06 Mar 2012 05:29 PM PST Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi keterangan kepada tiga pegawai polis dari Kuantan berhubung siasatan insiden pada 26 Fenruari lalu yang mana beliau nyaris menjadi mangsa ditumbuk oleh samseng semasa ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang. Turut mengiringi ketika keterangan diambil ialah peguam N Surendran yang juga merupakan Naib Presiden PKR. "Kita ada Surendran yang membantu menerangkan semula soalan semasa kejadian itu," kata Nurul pada sidang media selepas keterangan di ambil di ibu pejabat PKR, petang semalam. Pada kejadian itu, PKR mendakwa ceramah mereka diganggu oleh ahli Umno yang dengan sengaja menganjurkan sesi karaoke dan memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Umno. Menurut ADUN Lepar Mohd Shohaimi Jusoh, lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah itu sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu. Tindakan susulan Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.
Pada sidang medianya, semalam, Nurul Izzah berkata, beliau turut disoal mengenai insiden pada malam kejadian, persekitaran, dan reaksi mereka yang membuat provokasi dengan tindakan mereka memainkan muzik dengan kuat sebelum ceramah bermula Selain itu, katanya, tindakan susulan terhadap kes seperti ini adalah penting bagi penguatkuasa undang-undang seperti polis untuk menunjukkan komitmen dan memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
"Tidak kira apa bentuk ancaman atau serangan, sama ada secara fizikal atau mental, ke arah mana-mana individu dan tidak hanya pemimpin-pemimpin politik, "katanya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148, Kanun Keseksaan kerana merusuh. Menjadi-jadi Sejak kebelakangan ini, gangguan ke atas acara dan ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang, semakin menjadi-jadi.
Dalam kejadian itu, beberapa ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA terus mengganggu acara yang dijalankan itu. Ia berakhir dengan dua wartawan cedera. Seorang daripada mereka terpkasa menerima lapan jahitan. 20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.
Awal bulan lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan. |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan