Ahad, 25 Mac 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Bas Double Decker <b>Di Negeri Melaka</b> | AR-Mujahid

Posted: 28 May 2011 02:55 AM PDT

Buat pengunjung atau pelancong dari luar Negeri Melaka sering bertanya adakah benar Bas Double- Decker wujud di negeri melaka? Inilah salah satunya yang menjadi kebanggaan penduduk dari negeri tersebut kerana hanya di Melaka sahaja yang anda boleh temui replika bas tersebut. Bukan sahaja replika, bas double-decker itu memang benar-benar digunakan sebagai kemudahan pengangkutan penduduk negeri Melaka atau pengunjung dari luar. Seperti di Negeri Pulau Pinang, kebanggaan mereka adalah feri yang sedia ada di sana.
Bas Panorama Melaka. Nama diberikan kepada perkhidmatan bas yang istimewa ini.Lapan buah daripadanya merupakan bas yang biasa anda pernah lihat di mana-mana sahaja. Cuma yang menariknya, kerajaan Negeri Melaka telah membeli 2 bas dua tingkat yang di bawakan khas dari Kota London untuk membawa pelancong mengelilingi bandar Melaka. Bagi Bas Panorama Double-Decker ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 sehari dan Bas Panorama biasa bayaran yang dikenakan adalah RM2 sehari. Jadi ini sudah menjimatkan para pelancong yang datang berkunjung di Negeri Melaka. Dan memudahkan mereka mengelilingi Melaka tanpa menghadapi masalah pengangkutan atau tersesat di sana.

Tujuh laluan Bas Panorama yang sediakan setakat ini iaitu:

MITC               - Seri Negeri,
Melaka Sentral - Ayer Keroh - UTeM,
Melaka Sentral - Ujong Pasir,
Melaka Sentral - Bukit Rambai,
Melaka Sentral - Mahkota Parade,
Melaka Sentral - Bukit Katil
Melaka Sentral - Batu Berendam - Taman Merdeka.


Antara laluan lain ialah ke Hang Tuah Mall melalui Kampung Chetty, Jonker Walk, Masjid Kampung Hulu, Stadhuys, Muzium Samudera hingga ke Dataran Pahlawan, Kampung Portugis, Perigi Hang Li Poh, Bukit Cina, Melaka Sentral dan kembali ke Hang Tuah Mall.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads