Khamis, 5 April 2012

04 di ramuan china - Google Blog Search

04 di ramuan china - Google Blog Search


Che Syaedah: Utusan Online - Jenayah

Posted: 04 Apr 2012 11:42 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Nallakaruppan buat laporan polis lagi

Posted:

Nallakaruppan buat laporan polis lagi

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my


NALLAKARUPPAN (depan) keluar dari Balai Polis Sentul semalam selepas membuat laporan berhubung surat berbaur ugutan yang diterimanya.


KUALA LUMPUR 4 April - Senator Datuk S. Nallakaruppan hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima sepucuk surat berbaur ugutan yang diposkan ke peti surat rumahnya di Jalan Selekoh Tunku, Bukit Tunku semalam.

Nallakaruppan membuat laporan itu di Balai Polis Sentul di sini kira-kira pukul 1 petang.

Menurut beliau, surat yang disertakan di dalam sampul beralamat Parliament House, Jalan Parlimen itu diterimanya kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, surat bertulisan tangan dalam bahasa Inggeris itu mengandungi unsur ugutan ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai biseksual, baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bekas Ketua Wanita UMNO ditemui mati

Posted:

Bekas Ketua Wanita UMNO ditemui mati

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my


AHLI keluarga tidak dapat menahan sebak selepas Amrah@Sareah Abd. Rahman ditemui mati di rumahnya di Ramuan China Kecil, Alor Gajah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 4 April- Bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Solok Limau Nipis pada 1980-an, Amrah@Sareah Abd. Rahman, 78, ditemui mati di rumahnya di Batu 24, Ramuan China Kecil di sini hari ini.

Mayat mangsa ditemui anaknya, Abdul Ghafar Daud, 55, dalam keadaan hidung berdarah serta mukanya ditutup dengan bantal dan kain kira-kira pukul 8 pagi.

Abdul Ghafar ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia berasa curiga dan berpatah balik ke rumah ibunya selepas menghantar sarapan sebelum itu.

"Hampir setiap pagi sebelum saya pergi kerja, saya akan menghantar sarapan ke rumah ibu saya melainkan Sabtu dan Ahad.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads