Rabu, 23 Mei 2012

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 11:32 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2012 11:07 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2012 11:25 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Tanjung Bidara</b> banyak tarikan - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 27 Mar 2012 09:54 AM PDT

Tanjung Bidara banyak tarikan

Tanjung Bidara banyak tarikan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Pantai Tanjung Bidara sentiasa menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu untuk bersantai bersama keluarga. - UTUSAN/GAIE UCHEL


TANJUNG BIDARA 26 Mac - Strategi pembangunan oleh kerajaan negeri Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) berupaya menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara terus berkembang pesat dan maju terutama dalam sektor pelancongan.

Sehubungan itu, tidak hairanlah Tanjung Bidara cukup sinonim sebagai pantai perkelahan terkenal di negeri ini yang menjadi tarikan pengunjung sejak dahulu hingga sekarang.

Pantai Tanjung Bidara yang terletak berdekatan Kem Terendak dan hanya 10 minit perjalanan dari bandar Masjid Tanah merupakan pantai perkelahan yang terkenal di kalangan pelancong.

Keadaan pantainya yang landai menghadap Selat Melaka menjadi persaingan utama pantai di Port Dickson yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Masjid Tanah.

Pantai kegemaran ramai itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.

Pantai Pengkalan Balak dan Padang Kemunting turut menjadikan DUN Tanjung Bidara perhatian pengunjung luar setiap cuti hujung minggu dan cuti umum.

Pesisir pantainya yang luas di samping keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.

Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terdapat di sini bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak.

Sehubungan itu, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak merupakan khazanah alam yang terus dipelihara dengan baik.

Tidak kurang daripada 15 resort dan calet terdapat di tiga lokasi tumpuan pelancong itu termasuk penginapan persendirian yang diusahakan penduduk tempatan di sepanjang pantai tersebut.

Tarikan tiga lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara itu sebenarnya memberi rahmat kepada penduduk tempatan meraih rezeki tambahan.

Selain mengusahakan calet persendirian, ada pula membuka gerai makanan.


PELANCONG boleh melihat suasana di sekitar perairan Selat Melaka dengan menggunakan teropong di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara.


Padang Kemunting pula menjadi tarikan kerana ia menjadi Pusat Penetasan Penyu Karah di bawah pengendalian Jabatan Perikanan negeri.

Pusat itu berperanan menyelamat dan melindungi spesies penyu karah yang kerap mendarat di sepanjang pesisir pantai Melaka dari Kuala Linggi hingga ke Klebang.

Jika berkunjung ke Padang Kemunting, orang ramai berpeluang melihat dari dekat usaha-usaha yang dijalankan untuk memastikan spesies penyu karah tidak pupus.

Berdekatan pantai pula terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan balai cerap, planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

Setiap kali menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kompleks Falak Al-Khawarizmi menjadi lokasi untuk melihat anak bulan, malah orang ramai juga boleh membuat lawatan di kompleks berkenaan.

DUN Tanjung Bidara yang terletak dalam kawasan Parlimen Alor Gajah terdiri daripada 11 kampung tradisional yang penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan.

Kampung tersebut ialah Kampung Pulau, Seri Jeram, Londang, Air Hitam Darat, Air Hitam Pantai, Balik Pulau, Padang Kemunting, Pasir Gembur, Pengkalan Balak, Lubok Redan dan Ujong Padang.

Usaha yang dijalankan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri membangunkan pantai Tanjung Bidara, Pengkalan Balak dan Padang Kemunting banyak membawa perubahan hidup kepada penduduk tempatan.

Selain pelbagai infrastruktur kemudahan awam, dua buah institusi pengajian dan sebagainya yang dibangunkan di DUN Tanjung Bidara menjadikan rakyat di situ hidup selesa.

Dua institusi pendidikan yang terdapat di situ adalah Kolej Matrikulasi Londang dan Pusat GiatMara bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik termasuk dalam bidang kemahiran.

DUN Tanjung Bidara juga mempunyai empat sekolah rendah kebangsaan, dua sekolah menengah, sebuah sekolah tahfiz, tujuh masjid dan 14 surau.

Kawasan itu juga mempunyai pejabat pentadbiran Japerun DUN Tanjung Bidara di Taman Bidara Jaya dengan sebuah dewan yang luas untuk sebarang majlis keraian di samping sebuah stadium mini dan sebuah padang futsal yang boleh digunakan secara percuma bernilai RM2.5 juta.

Selain itu, Kompleks Perahu Layar Hang Jebat di Pengkalan Balak turut menjadi kebanggaan penduduk dan ia menjadi lokasi acara perahu layar pada Sukan Malaysia (Sukma) 2010.

Diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium Melaka, kompleks itu berkemampuan menganjurkan pertandingan bertaraf tinggi.

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2012 11:18 PM PDT

URL Sumber Asal :-

yatt_kecik: MaNdI MaNda <b>Di tanJuNg BIdaRa</b>

Posted: 10 Jan 2012 03:38 PM PST

mama.. abang nak mandi laut..itu lah ayat anak aku... selagi tak dapat mandi laut.. dari tahun baru ari tu nak bawa pi PD.. tapi tak jadi sebab hubby aku keja tak pat cuti.. so ahad lepas lah baru dapat pegi.. tapi pi kat Tanjung Bidara jerk.. dekat ngan umah aku.. 10 minit dah sampai..

kat sini tak ramai sangat.. tapi air dia dah cantik.. bersih.. dulu kotor..


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2012 11:06 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2012 11:44 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2012 11:47 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2011 05:41 AM PST

URL Sumber Asal :-

JeMaRi AsMaRa: Semalam <b>di Tanjung Bidara</b> Melaka

Posted: 18 Dec 2011 05:47 AM PST

Rakaman percutian berserta sedikit info tentang resort..
Seperti yang ibu ceritakan sebelum ini, selepas dua malam di Johor bahru kami beredar pula ke Melaka untuk menikmati percutian di tepi pantai. Rakaman kami bercanda di tepian pantai tanjung Bidara ibu dah kongsikan pada n3 sebelum ini.
Untuk n3 yang ini, ibu nak kongsikan tentang penginapan kami di Tanjung Bidara. Kami menginap di sini..
Samudera Bidara Resort.. Yang ni semua bilik superior. Ada roof top lagi..
Sebelum ibu ceritakan tentang resortni, ibu nak kongsikan pandangan sekiranya kawan-kawan nak bercuti di sini.
Jika anda memilih lokasi yang tenang tanpa hiruk pikuk, ibu cadangkan pilihlah resort atau chalet di Tanjung Bidara. Cuma resort atau chalet di sini agak tersorok dan perlukan kenderaan kalau nak keluar makan. Cari je papan tanda Komplek Falak Al Khawarizmi Jabatan Mufti Melaka, selepas kompleks tu akan jumpa banyak resort atau chalet. Tinggal pilih je yang mana satu.. Samudera Bidara Resort tu kami main terjah je, ada kosong terus check in.
Jika anda memilih, lokasi yang senang nak ke pantai, senang nak cari makan, ibu cadangkan pilihlah resort di Pangkalan Balak. Cuma suasana agak bising sebab betul-betul tepi pantai peranginan. Chalet dan resortnya juga bersusun rapat-rapat. Kalau tak nak leceh, baik di Pangkalan Balak berbanding Tanjung Bidara. Semua ada di sini..
Lagi satu, kalau pergi bukan di waktu puncak (cuti sekolah atau hujung minggu) tak perlulah book dulu. Datang, tengok dan pilih. Sebab ada setengah chalet tu dalam internet bukan main, sekali datang rupa rumah kampung je. Harga pun kedebabom.. Tapi, kalau pergi di waktu puncak dan tak book dulu, jangan marah kalau tak dapat bilik. Hihi..
Okeylah, itu pandangan dari mata kasar ibu je. Meh ibu cerita tentang SBR ni, best ke tak nilai lah sendiri ye..
 Pemandangan dari roof top. Antara kelemahan resort ni, dia tak ada pantai berpasir, pantai dia tambak batu. Kalau nak mandi kena jalan kaki jauh sikit atau keluar ke pantai yang dekat dengan Kem Terendak yang kami pergi tu..
 Resort yang sama cuma semua tu bilik standard.. RM130.00 semalam termasuk makan pagi untuk 2 orang.. Bilik superior RM150.00 semalam termasuk makan pagi untuk 3 orang..
3 kekasih ibu, ibu paksa ambil gambar atas roof top.. Hihi..
 Ni nak panggil apa ek? Lobi resort ke?
 Ahha.. ini sarapan yang disediakan. Ada juga sampingannya, sosej dan wedges, roti bakar pun ada. Buah pun ada. Air teh dan kopi serta oren kordial. Bukan fresh oren tau..
 Gelanggang bola tampar. Ayah tu saje tunjuk skill lepas gian. Kalau siapa-siapa yang datang buat family day dan nak buat BBQ kat sinilah tempatnya..
Resortni ada swimming pool.. Tuuu, Maryam dah sain kontrak jadi model swimming pool resort ni. Hihi...
Bilik? Tak yah tunjuklah. Sangat biasa-biasa.. Katil pun dah uzur dan senget sebelah. Karpet dia pun berbau hapak. Ibu rasa tak sesuai sebenarnya resort tepi pantai dan ada swimming pool macamni guna karpet. Orang basah-basah terus naik bilik sebab swimming pool dia tak sediakan tuala mahupun penjaga.. Oh ya, keadaan tu mungkin untuk bilik yang kami dapat je kut, bilik 602.. Ayat cover nih. Haha..
Wi Fi? Masa check in dia kata ada, dah malam dia kata tak ada pula. Hmm tak apa, sepanjang di Tanjung Bidara memang tak ada masa nak berinternet pun.
Cuma ada satu insiden yang buat ibu hangat hati, pekerja dia masuk bilik tanpa ketuk pintu dengan alasan nak ambil tuala. Masatu ibu cuma lock je tanpa pasang selak. Mujur ibu lengkap berpakaian, kalau tengah berkemban? Takke naya?
Secara keseluruhannya, jika tidak mengambil kira insiden hangat hati tu, resortni okeylah. Nama pun resort, tak perlulah mengharap standard hotelkan?
Baiklah, sampai di sini sahaja. Ada masa nanti ibu buat n3 tentang ikan bakar di Pangkalan Balak pula.
Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads