Views
Seorang ibu tidak menyangka pelukan pertama anak lelakinya, adalah pelukan terakhir yang diterima bila anak keempatnya itu maut dalam kemalangan,…
awal pagi, semalam.
Lebih menyayat hati, Zubaidah Ghani, 47, terpaksa menerima hakikat hilang dua anak sekali gus, selepas anak keduanya, Mohd Hafis, 28, meninggal dunia akibat kanser usus genap sebulan lalu.
Ibu anak enam itu yang masih terkejut bagaimanapun reda dengan kehilangan Muhammad Firdaus Md Said, 19, yang maut di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin Peringgit, , sebelum kejadian, Muhammad Firdaus yang dipanggil Acik juga berkelakuan pelik bila membalut tubuh dengan selimut milik arwah Mohd Hafis di rumah mereka di Bukit Meta, Telok Mas.
"Muhammad Firdaus tidak pernah peluk saya. Dia yang bersikap periang selalunya hanya mencuit- cuit saya tetapi semalam dia yang baru balik kerja sebagai penghantar surat terus memeluk saya dari belakang.
bila ditanya kenapa, dia tidak menjawab, hanya sekadar ketawa," .
Guna selimut arwah abang
Menurutnya, petang semalam anaknya itu duduk di sofa sambil berselubung menggunakan selimut milik arwah abangnya.
, Muhammad Firdaus menunggang Yamaha 125Z dari arah Jasin ke Alor Gajah maut selepas bertembung dengan sebuah Proton Saga Aeroback dari arah bertentangan.
Kereta yang terbabas memasuki laluan bersebelahan itu juga mengakibatkan penumpang kereta t, Abdul Rahup Yusof, 19, yang tersepit maut di tempat kejadian, manakala pemandu, Noh Hamrizal Ahmad, 21, cedera di muka.
Seorang lagi penunggang Yamaha LC, Khairul Bismi Romli yang datang dari arah sama dengan Muhammad Firdaus cedera di kaki akibat rempuhan
Sumber : Sinar
Citer Yg Lain :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan