Ahad, 22 Julai 2012

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


UMNO Online - Gerak Kerja Jentera UMNO <b>Alor Gajah</b> Berjalan <b>...</b>

Posted: 25 Oct 2011 03:06 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Gerak Kerja Jentera UMNO Alor Gajah Berjalan Lancar, Makin Mantap

Oleh: Azlina Rosdy

ALOR GAJAH, 25 Okt – Setiausaha UMNO Bahagian Alor Gajah, Mohamad Norman Rusdi berkata, bagi memastikan gerak kerja Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berjalan baik, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam mengadakan perjumpaan mingguan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai setiap permasalahan di semua bahagian.

Katanya, dedikasi Ketua Menteri Melaka itu, memberikan inspirasi kepada semua bahagian terutamanya Alor Gajah sendiri bagi memastikan setiap gerak kerja menghadapi PRU berjalan baik.

"Sebab itu, kita telah lama megaturkan strategi malah sekiranya PRU diadakan dalam masa terdekat, saya yakin kita telah bersedia sepenuhnya.

"Sebarang permasalahan ataupun perkara yang terlepas pandang juga telah kita perbaiki agar Melaka menjadi negeri terbaik dalam menyumbang kemenangan kepada parti dalam PRU 13 nanti," ujarnya.

Menurutnya lagi, kaji selidik yang dilakukan menunjukkan bahawa masyarakat setempat telah kembali kepada BN. Ini dibuktikan apabila setiap program yang dianjurkan seperti Juara rakyat mendapat sambutan yang diluar jangkaan.

"Dahulu mungkin mereka keliru dan terpengaruh dengan dakwaan pembangkang dan cakap-cakap ahli keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur. Tetapi apabila tiga tahun telah berlalu, masyarakat sudah boleh menilai kebenaran. Kemusykilan mereka terjawab dengan sendirinya apabila pekung pembangkang terbuka satu persatu.

"Pakatan pembangkang tidak lekang dilanda pelbagai kontroversi terutamanya membabitkan ketua mereka. Sedikit sebanyak sudah pasti perkara ini membuka minda masyarakat untuk menilai kedudukan cerita sebenar. Maka, setelah kebenaran terungkap, mereka kembali ke pangkuan kita," ujarnya.

Norman memberitahu, bagi menguatkan lagi gerakkerja pilihan raya di bahagian Alor Gajah, bilik gerakan telah disiapkan dengan kelengkapan yang sepatutnya. Carta dan buku gerak kerja juga telah disediakan sebagai panduan mereka yang berkenaan.

"Kita mahu mengekalkan kesemua kerusi yang kita menangi di PRU 12. Bukan setakat menang, tetapi kita mahu menaikkan majoriti bagi membuktikan bahawa masyarakat di Alor Gajah telah kembali ke pangkuan BN malah ianya bakal membuktikan bahawa kita telah melakukan kerja dengan baik.

"Apa yang pasti dan harus diingat oleh rakyat, kerajaan yang diterajui oleh BN sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan kita tidak pernah berjanji kosong dalam membela nasib rakyat. Apa kita cakap, kita buat," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 6:06 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads