Khamis, 5 Julai 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


mi1: Lim Guan Eng: Saya bukan Chua Soi Lek

Posted: 04 Jul 2012 05:47 PM PDT

Saya ingin mengecam sekeras-kerasnya mengenai cubaan membunuh karektor peribadi yang dilakukan bukan sahaja terhadap diri saya tetapi juga terhadap isteri dan anak-anak saya oleh Barisan Nasional dan MCA. Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah. Sebelum ini anak saya yang berumur 15 tahun, yang masih di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan wanita sekelasnya oleh laman web UMNO, iaitu UMNO Online serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan blog-blog pro-UMNO. 
Gambar wanita yang kononnya menjadi mangsa anak saya tersiar di internet. Mangsa wanita yang dikatakan itu telah dikenal pasti sebagai Anya Corke, juara catur dari Hong Kong yang tidak pernah langsung bertemu saya atau anak saya. UMNO Online atau Khairy Jamaludin tidak pernah meminta maaf atas pembohongan mereka dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laporan polis yang difailkan oleh saya. Sebaliknya, tindakan segera diambil hanya apabila terdapat kempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN. 
Setelah gagal untuk menghancurkan hidup anak saya dan gagal untuk menjejaskan saya, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji, kali ini melalui perbuatan memburukkan isteri saya melalui MCA. Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo telah menyalahgunakan keistimewaan dan jaminan perlindungan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap saya dan isteri di dalam dewan tersebut. Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu. 
Jika Gan tidak berani berbuat demikian, maka dia telah menunjukkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin, ahli EXCO dan wakil rakyat. Lebih teruk lagi, dia akan menunjukkan dirinya sebagai orang yang tidak layak untuk menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana sanggup membuat tuduhan palsu terhadap orang lain untuk menghancurkan bukan sahaja karier politik tetapi juga kebahagiaan rumah tangga orang lain. Apakah jenis pemimpin seperti Gan ini apabila dia sanggup dipergunakan sebagai orangsuruhan UMNO untuk bermain politik longkang itu? 
Ulangi kenyataan di luar supaya saya dan isteri boleh buktikan di mahkamah bahawa Lim Guan Eng bukanlah seperti Chua Soi Lek.
DAP tidak pernah terlibat dalam politik longkang. DAP tidak pernah menyalahgunakan keistimewaan dan prosiding Parlimen untuk menyerang Presiden MCA Chua Soi Lek atas salah laku peribadi apabila terdedah video lucah beliau dengan seorang wanita yang bukan isterinya. Sebaliknya serangan terhadap Soi Lek dibuat oleh pemimpin-pemimpin MCA sendiri semasa krisis parti MCA. Walau bagaimanapun saya kecewa kerana walaupun DAP telah menahan diri daripada menyerang peribadi Soi Lek, MCA tanpa segan silu telah merendahkan maruah mereka. 
 Justeru, saya tidak meminta Chua Soi Lek untuk mengarahkan Gan mengulangi dakwaan palsu terhadap saya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka. Ini kerana Soi Lek tidak ada kuasa moral untuk mengarahkan orang bawahannya memandangkan Chua juga mempunyai skandal moral sebelum ini. 
Sebaliknya saya mahu Perdana Menteri Najib Razak mengarahkan MCA untuk mengulangi dakwaan palsu mereka di luar Dewan Undangan Negeri Melaka bahawa isteri saya telah menyerang bekas kakitangan saya kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan saya. Saya tidak mempunyai mana-mana hubungan rapat atau rahsia dengan bekas kakitangan saya. Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya. 
Biar saya dan isteri saya membuktikannya di mahkamah bahawa MCA berbohong dan meminta MCA mendedahkan cubaan untuk membunuh karektor dan mendedahkan sumber maklumat palsu ini. Biar MCA mengulangi dakwaan mereka di khalayak ramai supaya saya dan isteri boleh buktikannya di mahkamah bahawa "Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek". 
*Lim Guan Eng (gambar kanan) ialah Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap ahli parlimen Bagan.

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2012 03:42 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2012 03:13 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2012 03:05 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jun 2012 03:16 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2012 03:38 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2012 03:29 AM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Negeri Melaka</b> Negeriku Maju, Tiang Lampu <b>di</b> Tengah Jalan <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 08:32 AM PDT

Gambar ini diambil di Bukit Baru berhampiran dengan medan selera Bukit Baru. Mungkin satu-satunya tarikan perlancongan yang menarik bagi negeri Melaka ini yang tidak terdapat di negeri lain.

Tiang lampu terletak di tengah-tengah jalan ini sangat "unik" dan mampu dijadikan tarikan pelancongan baru ke kawasan Bukit Baru ini.

Agak sukar untuk melihat produk pelancongan unik seperti ini di Negeri Melaka ini.

Munginkah ianya dikekalkan sebegitu rupa supaya keunikan dan kepelikan dapat dihayati oleh penduduk kampung dan pelancong-pelancong yang datang ke Melaka kerana kawasannya sangat strategik.

Integrated Jabatan Kesihatan <b>Negeri Melaka</b> (iJKNM) « Blog ICT <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2011 05:52 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Selain daripada itu, sistem ini juga boleh digunakan oleh semua kakitangan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka untuk mendapatkan maklumat latihan dan kursus yang dihadiri oleh mereka. Spesifikasi Teknikal bagi sistem ini adalah seperti ...

1 MALAYSIA: PM MERAKYATKAN <b>DI NEGERI MELAKA</b>

Posted: 24 Feb 2012 05:22 AM PST

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyerahkan borang kepada seorang daripada penerima pangsapuri pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pangsapuri Rakyat, Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka hari ini. Seramai 336 diberi surat tawaran untuk membeli unit kediaman berkenaan pada harga RM35,000. Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 03:16 AM PDT

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2012 03:40 AM PDT

URL Sumber Asal :-

waadat: Karnival Pendidikan <b>Negeri Melaka</b>

Posted: 02 Apr 2012 12:00 AM PDT

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Jawatan Kosong Kerajaan <b>Negeri Melaka</b> ~ info kerjaya | jawatan <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 07:54 PM PDT

1. Dimaklumkan bahawa Pentadbiran ini sedang melaksanakan pengumpulan resume bagi jawatan Penghulu Gred NP27 (Tetap) dan Juruteknik Gred J17 (Tetap). Pengumpulan ini bertujuan untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku Pihak Berkuasa Melantik yang kekurangan calon-calon anak kelahiran negeri Melaka untuk kedua-dua jawatan berkenaan. Pengumpulan resume ini adalah terbuka kepada calon Bumiputera dan bukan Bumiputera kelahiran negeri Melaka sehingga 30 Jun 2012.

2. Berikut merupakan syarat-syarat lantikan bagi jawatan Penghulu Gred NP27 (Tetap) dan Juruteknik Gred J17 (Tetap) di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka untuk dimuat-turun:

Penghulu Gred NP27 (Tetap) - klik di sini
Juruteknik Gred J17 (Tetap) - klik di sini

3. Resume yang lengkap beserta sijil-sijil yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 1, Blok Bentara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

4.Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2012.

5. Pemohon dikehendaki untuk mengisi permohonan secara online di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu http://www.spa.gov.my sebelum mengemukakan resume di alamat di atas.

6. Setiap permohonan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam pelantikan.

Catatan Am
Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka;
Semua resume akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi tujuan senarai pendek dan temuduga.

sumber iklan : http://www.melaka.gov.my

BLOG MELAKA: <b>di negeri melaka</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2012 03:15 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Jawatan Kosong Kerajaan <b>Negeri Melaka</b> - info kerjaya

Posted: 10 Jun 2012 07:54 PM PDT

1. Dimaklumkan bahawa Pentadbiran ini sedang melaksanakan pengumpulan resume bagi jawatan Penghulu Gred NP27 (Tetap) dan Juruteknik Gred J17 (Tetap). Pengumpulan ini bertujuan untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku Pihak Berkuasa Melantik yang kekurangan calon-calon anak kelahiran negeri Melaka untuk kedua-dua jawatan berkenaan. Pengumpulan resume ini adalah terbuka kepada calon Bumiputera dan bukan Bumiputera kelahiran negeri Melaka sehingga 30 Jun 2012.

2. Berikut merupakan syarat-syarat lantikan bagi jawatan Penghulu Gred NP27 (Tetap) dan Juruteknik Gred J17 (Tetap) di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka untuk dimuat-turun:

Penghulu Gred NP27 (Tetap) - klik di sini
Juruteknik Gred J17 (Tetap) - klik di sini

3. Resume yang lengkap beserta sijil-sijil yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 1, Blok Bentara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

4.Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2012.

5. Pemohon dikehendaki untuk mengisi permohonan secara online di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu http://www.spa.gov.my sebelum mengemukakan resume di alamat di atas.

6. Setiap permohonan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam pelantikan.

Catatan Am
Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka;
Semua resume akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi tujuan senarai pendek dan temuduga.

sumber iklan : http://www.melaka.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads