Selasa, 25 September 2012

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


(Video) Kemalangan Ngeri 10 Kenderaan <b>di Ayer Keroh</b>

Posted: 25 Sep 2012 05:13 PM PDT

MELAKA: "Saya hanya mampu melihat pemandu lori itu melambaikan tangan dan menggerakkan kepalanya beberapa saat untuk meminta bantuan sebelum dia terkulai di tempat duduknya," kata R Sivakumar, 32. 

Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam. 

Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera. Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor. 

Sivakumar berkata, ketika kejadian, dia yang memandu Proton Iswara bersama lima penumpang lain termasuk isterinya, S Eswari, 28, yang mengandung lima bulan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya ke rumahnya di Kesang, Jasin dikejutkan dengan dentuman kuat apabila kenderaannya dirempuh lori dipandu Chandran. - Harian Metro

(GAMBAR) Kemalangan Ngeri <b>di Ayer Keroh</b> Melaka 24 September <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 09:37 PM PDT


Dua maut dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, petang Isnin.
 Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, yang mautialah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam, R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.  Salehhudin berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lori terbabit yang datang dari arah Bukit Katil di sini dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.  "Lori tersebut kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal," katanya ketika dihubungi di sini. Katanya, akibat rempuhan itu pemandu lori terbabit tersepit di tempat duduk kenderaannya manakala Mukeudan terperosok di bawah lori tersebut sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.  Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera dalam kemalangan itu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka, Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang dan bergegaske tempat kejadian bersama tiga jentera, sebuah van dan dua unit bermotor dari balai bomba Ayer Keroh dan Bukit Katil.

"Operasi mengeluarkan mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih tiga jam," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.40 petang menggunakanpelbagai peralatan termasuk pemotong dan dua buah kren

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads