Khamis, 27 September 2012

04 di sungai udang - Google Blog Search

04 di sungai udang - Google Blog Search


Lagi Mee <b>Udang Sungai</b> Dua | JuadahMalaysia.com

Posted: 05 Sep 2012 01:29 AM PDT

Cuti panjang hari Merdeka baru-baru ni daku & mr suami ke Penang atas urusan kerja sekaligus melaksanakan misi jalan-jalan singgah makan..hehe

Kali ni kami nak pekena mee udang di Restoran Aur Gading. Kata orang Penang, mee udang di sini antara yg terbest di Sungai Dua berbanding gerai2 mee udang yg bersepah disekitarnya. Lokasi restoran Aur Gading agak jauh ke dalam iaitu di Titi Timbul, Sungai Dua. Walaupun jln menuju ke situ agak masuk ke dalam, namun kedainya mudah nak jumpa.

sebelum pilih makanan, lihat dulu harga dia

tu diaa…. udang yg masih fresh dan bersaiz besar. kita kena pilih nak makan berapa ekor udang pastu serahkan pada chef utk penyediaan juadah berikutnya

pemandangan dlm kedai yg luas dan kebersihan yg dijaga rapi. satu lagi kat sini ada ruang air cond & ada ruang terbuka.

ruang makan di belakang kedai yg mengadap sungai – panoramanya sangat indah

wallaaa… juadah yg ditunggu-tunggu dah tiba. Mee udang semangkuk besar utk 2 org makan. ada 4 ekor udang semuanya berharga rm 26.50 semangkuk. huh, berpeluh-peluh….puas betul kami makan mee udang di sini mmng tidak mengecewakan. kuahnya pekat dan terasa kemanisan rebusan udang yg seimbang rasanya. Amacam korang terliur tak…terliur tak? :D

sotong kangkung pun sedap juga dgn kombinasi kuahnya yg serasi dgn menu. harga sepinggan RM5.

kerang rebus pun menyelerakan bila ia didatangkan dgn sos yg enak (gambar sos lupa nk selit).

lauk-pauk utk dimakan bersama nasi namun daku hanya mampu meratah sotong&ikan tnpa nasi krn perut kekenyangan melantak mee udang

sotong salut tepung… memang terbaik. adunan rempah secukup rasa dgn salutan tepung membuatkan sotong menjadi ranggup. puas sungguh daku meratah beliau krn kekenyalan sotong membuatkan ia bertambah nikmat. sos dia pun sedap juga.

cuma siakap 3 rasa yg agak kureng menangkap pada deria rasa daku

ada cili jeruk.. tapi tak tau nak makan dgn apa…

Pada pendapat daku, makanan di sini sedap (serius, menu yg daku order di atas mmng sedap) dan ada banyak lagi pilihan makanan. Harga ikut pasaran semasa. Quite mahal tapi reasonable. Makanan pun cepat je sampai. Gerai kelihatan bersih tapi byk lalat. Oleh itu daku sarankan agar tokey kedai (kalau dia terjumpa blog ni) agar dpt atasi masalah lalat yg mengganggu pelanggan / kami apabila makanan tiba di meja hidangan. Penat kami menepis hurungan lalat haritu. nasib baik ada kipas berdiri yg kami hala ke meja kami semata-mata utk halau lalat-lalat tu..huhu…entah la. agaknya kami duduk kat meja berdekatan sungai barangkali :(

How to get there: Restoran Aur Gading, Mee Udang Sg Dua Lot 228, Jalan Pangkalan Machang, Titi Timbul, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Penang. Tel: 012-466 7967.

Kalau korang dari KL (lalu PLUS highway) dinasihatkan korang jgn masuk pulau dulu (jambatan Pulau Pinang)…..tapi terus ke Sungai 2, korang exit seblom tol…turn kanan…pas tu jalan sikit korang akan nmpak byk gerai2 mee udang. tapi jgn berenti lagi. tempat yg daku nak bagitau ni kena jalan lagi lebih kurang 3KM. Sblm naik jambatan, korang akan nmpak signboard kuning di sblh KIRI spti di atas…haha dah sampai la tu

Kat Penang ni dah banyak gerai mee udang yg daku pernah terjah. kalau nak baca pengalaman & review daku, boleh la cari di ruang "select category" dan klik "mee udang". Selamat menjamu selera.

pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain untuk makan mee udang? Jom kongsikan dikotak komen di bawah supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads