Rabu, 17 Oktober 2012

04 di bukit katil - Google Blog Search

04 di bukit katil - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taman Melaka Baru FC Wakili Parlimen <b>Bukit Katil</b> Ke Peringkat

Posted: 25 Sep 2012 09:13 PM PDT

Futsal Melaka

BUKIT KATIL –  Berkat latihan yang konsisten berjaya membuatkan pasukan futsal dari Taman Melaka Baru menjuarai Kejohanan Futsal 1Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Katil baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Pejabat Parlimen Bukit Katil ini telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada hujung minggu yang lalu. Ianya menawarkan hadiah utama RM1000.00 untuk Johan bagi kategori Lelaki Terbuka. Turut dipertandingkan kategori Wanita Terbuka dan Lelaki Bawah-15 tahun.

Menurut salah seorang pemain Taman Melaka Baru FC, Sdr Abadrul Azan, mereka akan membuktikan kesungguhan dan menunjukkan prestasi yang maksimum di peringkat kebangsaan nanti. Mereka menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir.

Gambar 1.1 Aksi perlawanan Akhir : TMB FC vs MOHAMAS Paya Ikan FC

Gambar 1.2 Perlawanan peringkat awal di GF1M Taman Tasik Utama

Pada perlawanan akhir yang diadakan pada lewat petang itu, Taman Melaka Baru FC telah menewaskan Mohamas Paya Ikan FC dengan jaringan 3 berbalas 1. Manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan Taman Tasik Utama. Manakala bagi kategori wanita telah dimenangi oleh beliawanis dari Taman Rumpun Bahagia FC setelah menewaskan Marble FC. Taman Jati FC pula menewaskan Pasukan Bachanglona Jr FC untuk menjuarai kategori bawah-25 tahun.

Gambar 1.3 Pasukan yang beraksi di perlawanan akhir : Marble FC dan Taman RB FC

Gambar 1.4 Pemain Taman RB FC(kuning) cuba mengejar penyerang Marble FC

Sebelum itu, YB Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu telah meluangkan masa bersama-sama menyaksikan perlawanan yang berlangsung dan merasmikan kejohanan futsal ini. Katanya, penganjuran kali ke-3 ini memperlihatkan sokongan dan komitmen sukan yang tinggi dari setiap pemain. Untuk kejohanan kali ini, sebanyak 4 buah Gelanggang Futsal 1Malaysia yang dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan telah digunakan sepanjang kejohanan dengan GF1M Taman Merak Mas sebagai venue utama.

Tambahnya, prasana sukan yang telah disediakan harus digunakan dan dijaga sebaik mungkin untuk kemudahan sukan jangka panjang. Beliau juga memuji usaha dan kerjasama yang baik dari semua pihak yang menjayakan kejohanan kali ini. Beliau berharap program ini akan diadakan lagi sekerap yang boleh dan pihak Pejabat Parlimen sentiasa menyokong usaha Pejabat Belia dan Sukan Daerah dalam melahirkan masyarakat sihat yang aktif bersukan.

Gambar 1.5 Pen. Pengarah JBS Melaka, Tn Zailani Siran menyampaikan hadiah kepada pemenang

Gambar 1.6 Antara penyokong yang hadir memberi sokongan

Sebelum perlawanan akhir berlangsung, satu perlawanan persahabatan antara Jabatan Belia dan Sukan Melaka dengan Pejabat Parlimen Bukit Katil telah dilangsungkan.



BLOG MELAKA: 04 <b>di bukit katil</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2012 06:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sepaktakraw: Siri Jelajah Gelanggang - Kampung Baru <b>Bukit Katil</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 06:22 AM PDT

Siri Jelajah Gelanggang kembali lagi. Kali ini saya berkesempatan ke salah satu gelanggang yang berpengaruh di Ayer Keroh Melaka iaitu Kampung Baru Bukit Katil. Terletak berhamoiran dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, lokasi gelanggang ini agak tersorok ke dalam.
Kedudukannya yang berada betul - betul di halaman rumah En. Zamri, gelanggang ini sebenarnya sudah berusia lebih 15 tahun. Pemain - pemain ternama dari Melaka pastinya pernah menjejakkan kaki di sini diantaranya Tony, Bonen, Boy, Izan , Saiful dan ramai lagi telah merasai gelanggang berpagar ini.
Khabarnya juga Saiful mengalami kecederaannya yang terkini iaitu terkoyak otot digelanggang unik ini.
Kepada anda yang ingin merasai pengalaman bergasak dengan pemain - pemain denga kawalan gelanggang yang baik, jangan lupa singgah di Kampung Baru Bukit Katil.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads